CMD - 1

8.4K 259 7
                                    

RAMBUT yang disikat diikat tocang. Kulit muka yang putih itu diletakkan sedikit bedak. Bibir yang merah semula jadi itu pula diletakkan sedikit lip balm. Dia membuka laci meja soleknya. Jam tangan berjenama Bonia diambil. Lalu dipakaikan di tangan kanan.

Beg sekolah dicapai. Dia membuka pintu bilik dan keluar. Bau sarapan yang disediakan di bawah mula masuk ke rongga hidungnya. Dia mempercepatkan langkahnya untuk turun ke bawah.

Setelah turun ke bawah dia mengambil tempat di meja makan untuk bersarapan dengan ibu dan abang sulungnya.

"Good morning ibu abang" dia menyapa dengan lembut

"Morning Mel" jawab ibu dan abangnya dengan serentak

"Kejap lagi kita pergi sekolah. Kamu makanlah dulu Mel. Mel memang dah bersedia ke nak masuk sekolah tu? Bukan apa, selama ni kan bila ibu ajak pergi sana teman ibu mesyuarat kamu taknak. Nanti blur sorang-sorang sebab takda kawan" Datin Sri Tengku Juliana senyum.

Tengku Mellisa Dahlia mengangguk tanda dia sudah bersedia. Abangnya ketawa mendengar ayat terakhir itu.
Setelah bersarapan dengan makanan yang disediakan oleh Datin Sri Juliana, Mellisa bangun. Lalu menuju ke pintu utama untuk memakai kasut.

Setelah 5 minit menunggu Mellisa tersentak dan tersedar dari lamunan apabila ada seseorang menepuk lembut bahunya

"Jauh termenung, fikir pasal sekolah baru, ey?" abang tunggal Mellisa, Tengku Mikail Darwish bertanya dengan lembut berserta senyuman manis di bibir (entah ikhlas ke tak)

"Eh abang, abang taknak pergi kerja lagi ke?"

"Ish dia ni, orang tanya dia. Orang tanya, dia tanya orang balik pulak. Dah nak pergi la ni. Mel, nanti kalau ada orang kacau Mel, Mel BUNUH je diaorang tu"

Perkataan BUNUH itu sengaja ditekan. Terkejut? Sikit pun Mellisa tak terkejut. Bukannya abangnya tidak tahu bahawa Mellisa seorang ketua mafia, malah abangnya juga seorang ketua mafia, kumpulan TIGER.

"Amboi abang, pandai la Mel jaga diri nanti. Abang ingat Mel ni budak 5 tahun ke? Abang tak perlulah risau ye" balas Mellisa lalu memeluk erat lengan Mikail.Mikail cuma mengangguk sahaja. Kemudian Datin Sri Juliana datang dan menegur

"Haa.. dah siap dah Mel? Jomlah gerak nantikan lewat pulak"

Mukail terus menyalam tangan Datin Sri Juliana dan mengucup lembut kedua-dua belah pipi ibunya itu. Kemudian Mellisa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mikail. Mikail menyambut dan mengucup lembut dahi satu-satunya adik bongsu yang dia ada.

"Mika pergi dulu ibu, ibu bawa kereta hati-hati tau"

"Hm, kamu pun sama hati-hati bawa kereta tu" pesan Datin Sri Juliana terhadap anak sulung nya itu.

"Baiklah bu, assalamualaikum" balas Mikail sambil melambaikan tangan. Lalu berjalan menuju ke garaj dan menghidupkan kereta Audi R8 Black Matte miliknya.

"Waalaikumsalam" jawab Datin Sri Juliana dan Mellisa.

Selapas kereta Mikail menghilang, Mellisa dan ibunya berjalan menuju ke kereta BMW I8 milik Datin Sri Juliana.

SETIBANYA mereka di DAHLIA HIGH SCHOOL, wajah Mellisa tiba-tiba sahaja menjadi sedikit pucat seperti tidak mencukupi darah dalam tubuh badan. Kepalanya melihat sekeliling. Agak cantik-cantik juga pelajar perempuan di sini. Pelajar lelaki pun apa kurangnya.

"Mel, kamu ok tak ni?" soal Datin Sri Juliana prihatin

"Erm, Mel o.. okay ibu, tapi Mel takut la. Mel tak biasa lagi dengan sekolah ibu ni. Buatnya kena buli macam mana?" jawab Mellisa gagap sedikit.

Walaupun ini sekolah ibunya tetapi Mellisa tidak biasa dengan keadaan di sini, dia tidak mahu dirinya diketahui oleh orang luar sebagai seorang anak pengetua kecuali pada 2 orang rakan baiknya dan anak-anak buahnya di sekolah ini.

"Ibu tahu kamu takut kalau orang lain tahu yang kamu ni adalah anak pengetua sekolah ini kan? Kalau ada orang buli, buat reportlah" Datin Sri Juliana mengusap lembut pipi gebu Mellisa.

Datin Sri Juliana kenal sangat dengan perangai anak perempuannya yang seorang ini tidak suka akan dirinya diketahui oleh orang luar.

"Ye" balas Mellisa ringkas.

"Takpa ibu faham, nanti dalam sekolah kamu boleh panggil ibu 'PENGETUA' sahaja"

"Ok"

"Dah jom turun"

Mellisa menjadi perhatian kerana keluar dari kereta pengetua dan berjalan bersama-sama pengetua.

'siapa tu? Cantik la'

'Rambut dia tu, Ya Allah. Cantik la'

'Aku rasa dia budak baru kut'

Mellisa sempat mendengar beberapa orang murid yang sedang bercakap tentang diri dia.

"Dah jom ikut ibu" tangan Mellisa ditariknya


SEORANG wanita yang berusia dalam lingkuan 30an datang mendekati Mellisa.

"Datin Sri, ini ke murid baru tu?" soal cikgu itu.

"Ha iya, sila memperkenalkan diri cikgu" arah Datin Sri Juliana.

"Nama saya Cikgu Farah, cikgu kelas kamu" Cikgu Farah memperkenalkan dirinya dengan lembut. Nampak peramah orangnya.

"Cikgu Farah, kamu boleh bawa Mellisa ni ke kelas kamu"

Cikgu Farah mengangguk dan membawa Mellisa keluar dari bilik Datin Sri Juliana. Dalam perjalanan ke kelas, mereka berbual-bual kosong tentang isu semasa. Akhirnya, sampai juga di kelas 5 Marikh. Cikgu Farah meminta Mellisa supaya menunggu di luar sebentar.

Mellisa hairan ini kelas ke pasar malam, riuh semacam aje. Padahal ni kelas pertama.

CINTA Mellisa Dahlia ✔️Where stories live. Discover now