K E S 7 : D E N D A M

192 23 4
                                    

SUDAH larut malam. Tetapi itu tidaklah menjadi halangan untuk kelab itu terus beroperasi. Apatah lagi, kelab itu memang dibuka hanya pada waktu malam. Cahaya berwarna mewarnai segenap sudut bangunan itu. Musik yang dipasang pada kadar maksimum menjadi rentak tari para pelanggan.

Suasana di dalamnya tidaklah begitu enak dipandang. Ramai gadis yang berpakaiaan menjolok mata. Ramai juga yang menari tarian yang tidak senonoh. Tidak kurang juga dengan yang terlebih minum sehingga mabuk.

Dalam kesibukan itu, seorang lelaki berpakaiaan korporat berjalan terhuyung-hayang keluar dari pintu kelab. Bajunya basah. Rambutnya tidak terurus. Jelas kelihatan mabuk. Bersama botol arak di tangan, dia berjalan merapatkan dirinya dengan sebuah kereta mewah yang diparkir di hadapan kelab, seolah-olah memang sedang menunggunya.

Terhuyung-hayang dia berjalan. Sekali-sekala, dia berpegang pada objek terdekat bagi mengelakkan kejatuhan. Hingga beberapa langkah, dia akhirnya tiba di kereta. Pintu dibuka, terus dia menghenyak punggungnya pada kerusi belakang.

"Hoi, bawa aku pulang sekarang! Hehe.. hehe..." matanya separa terbuka. Di akhir kata dia tergelak sendiri.

Si pemandu menjenguk majikannya di tempat duduk belakang menggunakan cermin hadapan. Jelas majikannya itu mabuk teruk. Entah berapa banyak galon arak diminumnya.

"Baiklah, tuan. Saya akan bawa tuan pulang." Kata-katanya diakhiri dengan senyuman sinis.

Pedal minyak ditekan. Kereta mewah tersebut akhirnya memecut membelah keheningan malam.

***

Dia memejamkan matanya. Dari balik kotak kayu yang menjadi benteng, dia menyusun pergerakan. Satu per satu corak serangan keluar dari mindannya. Setelah mendapatkan corak paling efektif, dia membuka mata. Bersedia mahu menyerang.

Dia berguling dari satu kotak ke kotak yang lain. Apabila tiba di kotak yang terhampir dengan musuh, dia melepaskan tembakan.

Bang!

Tepat mengenai dada musuh. Dia kemudian bergerak lagi, mencari sasarannya yang kedua. Setelah mengenal pasti posisi pihak lawan, dua das tembakan dilepaskan.

Bang! Bang!

Bahu dan kepala musuh menjadi sasaran peluru. Semuanya belum berakhir. Masih berbaki dua orang lagi.Dengan penuh lincah dia mengelak tembakan musuh. Kakinya pantas dikorak untuk menumbangkan dua lawannya yang terakhir.

Dia menerkam lawan yang berada di sebelah kanan. Dengan pantas tangan yang memegang senjata dicantas, membuatkan pistolnya jatuh ke tanah. Menyedari bahawa lawannya yang kedua ingin melepaskan tembakan, terus dia menggunakan lawannya yang pertama sebagai perisai.

Klik! Klik!

Lawan kehabisan peluru. Inilah peluangnya!

Mayat lawan pertama dibiarkan jatuh ke tanah. Dia meluru ke arah lawannya yang sedang menukar magazin. Magazin berjaya ditukar, namun ketika itu pistol di tangan sudahpun melayang. Lawannya kelihatan terkejut melihat ketangkasan yang ditunjukkan.

Belum sempat lawannya mengangkat muka, satu tumbukan padu telah dilayangkan mengena wajah. Lawannya itu terundur beberapa langkah. Geram dengan tindakan lelaki di hadapannya, si lawan mula mengeluarkan senjata lain dari dalam poket.

Pisau lipat.

Segera pisau itu dirodok ke arahnya. Namun, tiada satu pun mengena. Sangat pantas dia mengelak!

Misi IVTGWhere stories live. Discover now