K E S 1 9 : P E N G A K H I R A N

153 22 6
                                    

Maaf atas ralat yang berlaku tadi. Entah apa jadi sampai boleh ada dua copy KES 18. Saya bernasib baik kerana saya punya salinan dalam Microsoft. Terima kasih atas kesabaran anda semua. Terima kasih juga kerana sudi membaca cerita ini.

Terimalah, KES 19 : PENGAKHIRAN

=====

"HOI, Encik Warden. Hoi, kau dengar tak?" Sambil menjulurkan lengan ke luar sel, Farhan memanggil. Ini sudah masuk kali ke-10 dia melakukan sedemikian. Mungkin itulah sebab kenapa wajah warden itu kelihatan marah dan serabut.

"Bisinglah kau ni! Kau tahu tak sekarang ni pukul berapa? Baru pukul 6:59, tahu? Yang kau memekak pagi-pagi buta ni dah kenapa?"

"Sebab dah 6:59 pagi-lah saya memekak. Encik dah solat? Saya yakin sudah. Jadi, saya nak minta kebenaran untuk saya pula solat."

"Kalau kau nak solat, solat sajalah di situ. Tak sangka penjenayah pun solat. Mimpi masuk neraka ke apa jantan ni?" Dua ayat paling akhir warden tersebut ditutur perlahan. Namun, ia tetap masih boleh didengari Farhan.

"Encik, saya mungkin penjenayah, malah mungkin lebih teruk. Tapi, itu tak bermakna saya tak boleh solat. Saya mengaku saya tak sebaik encik. Saya mengaku saya jahat. Tapi, jahat dan solat adalah dua perkara yang berbeza. Allah tak kata solat hanya untuk orang baik-baik. Tapi Allah kata solat adalah permulaan untuk satu kehidupan yang lebih baik. Jadi, senang kata, saya solat bukan kerana saya perasan baik. Tapi saya solat sebab saya masih sedar bahawa saya ni adalah hamba Allah Yang Esa." Panjang lebar Farhan berceramah. Sungguh dirinya terasa panas apabila solat diperlekehkan sebegitu. Orang jahat dilarang solat? Entah mazhab mana yang cakap.

Warden itu terkedu. Senyap seribu bahasa. Bukan sekadar tidak percaya seorang banduan amat mementingkan solat, malah turut sama tidak percaya dia baru sahaja diceramah oleh banduan tersebut.

"Jadi encik, boleh saya minta kebenaran solat? Nak solat dekat sini tak selesalah, encik. Busuk. Kang tak khusyuk solat saya nanti. Boleh encik bawa saya ke musolla warden? Dekat sana pasti lebih banyak kemudahan. Jangan risau. Saya janji saya tak lari. Kalau saya lari juga, maka saya adalah seorang yang berdosa."

Jeda. Tiada jawapan. Tanpa menuturkan apa-apa kata lagi, terus warden itu berjalan mendekati sel Farhan lantas membukanya. Farhan sekadar tersenyum. Tidak sangka pula kata-katanya memberi kesan. Tapi, semestinya, kepercayaan bahawa dia tidak akan lari adalah tipis. Oleh sebab itu, tangannya tetap digari.

"Aku bagi kau masa 10 minit saja. Pastikan kau cepat."

Farhan mengangguk faham. Mereka kemudian berjalan beriringan menuju ke musolla penjara.

Setibanya mereka di sana, Farhan cepat-cepat mengambil wudhuk sebelum menghampar sejadah mengikut arah kiblat. Tangannya sudah tidak digari. Warden tadi pula setia menunggu di luar kalau-kalau Farhan mahu meluru melepaskan diri. Farhan berdiri tegak. Takbir diangkat bersama niat yang dibaca di dalam hati. Maka, bermulalah solat Subuhnya pagi itu.

Beberapa minit berlalu, Farhan sudah berada di tahiyyat terakhir. Warden itu pula sudah terlelap di atas kerusi yang diduduki. Lama sangat menunggu lagaknya. Diakibatkan oleh kecuaiaan si warden, seorang lelaki misteri berjaya memasuki musolla itu tanpa sebarang masalah. Di tangannya adalah sebilah pisau tajam yang bakal menembusi tubuh seseorang. Dia berjalan mendekati Farhan yang sedang memberi salam pertama. Genggaman pisau semakin erat.

"Assalamualaikum warah matullah..." Solat itu diakhiri dengan salam terakhir sebelum dia meraup wajah. Farhan terlampau khusyuk berzikir sehinggakan kehadiran lelaki itu juga tidak diperasan-nya, tidak sehinggalah badannya terasa dicucuk oleh sesuatu yang tajam dari belakang. Matanya terbeliak. Farhan batuk, mengeluarkan darah.

Misi IVTGWhere stories live. Discover now