TKT | final

16.6K 332 31
                                    

" Begging is better than try to run corruptly false coins "

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

2 tahun kemudian...

"SAYANG!"

Kaki Ziyad laju menuruni anak tangga. Hari ini dia sudah mendapat berita yang gembira. Mana tidaknya, insan yang sudah lama dia rindukan akhirnya kembali.

"Sayang!" laung Ziyad sekali lagi. Dia sibuk mencari kelibat isterinya.

"Reen dekat dapur ni. Abang jangan lah jerit macam tu. Nanti Fiya bangun, abang nak tolong dodoikan balik ke?"

Ziyad tersengih panjang.

Bila teringat anak bongsunya yang baru sahaja berusia 7 bulan itu, dia menekup mulut. Tak sangka anak-anak kembarnya sudah besar walaupun belum masuk ke alam sekolah rendah lagi.

Terbayang kembali saat apabila isterinya mengidam. Ya, baru hari itu dia tahu bagaimana tabiat Aireen ketika sedang mengandung.

Degil.

Kuat merajuk.

Dan manja.

"Abang... abang janganlah tidur jauh sangat. Reen tak boleh peluk. Kalau Reen tak peluk, nanti Reen tak boleh tidur"

Ziyad tersenyum dalam hati. Terhibur dia apabila melihat perwatakan isterinya yang manja tidak bertempat itu. Padahal dia sudah baring di sebelah Aireen tetapi masih sahaja gadis itu merengek kata dia sangat jauh.

Apalagi, sewaktu dia mengidam.

"Abang..."

"Hmm?"

"Reen nak mintak sesuatu boleh tak?"

"Sayang nak apa? Mintak aje. Semua abang boleh bagi"

"Kalau macam tu, Reen nak aiskrim. Alaa aiskrim yang Reen tunjuk dekat abang pagi tadi tu"

"Hah? Reen, aiskrim tu dekat Korea je ada. Malaysia takde, sayang"

"Alaa abang fly lah pergi Korea lepastu balik sini"

"Okay, hari Sabtu ni kita pergi"

"Tapi Reen nak aiskrim tu malam ni"

"Sayang, dah lewat malam ni..."

"Abang dah tak sayang Reen!"

Siapa sangka? Aireen yang dilihat seperti matang rupanya mempunyai sisi yang lain iaitu manja. Mengalahkan anak-anaknya pula.

"Abang? Abang dengar tak ni?" suara Aireen mengembalikan Ziyad ke alam nyata.

"Hu... huh?"

"Reen tanya ni, kenapa abang jerit tadi? Ada apa dekat atas tu?" Aireen menyoal lagi apabila melihat suaminya yang seakan-akan masih di bawa angin.

Takdir Kita Tercipta [ C ]Where stories live. Discover now