TKT | 34

4.4K 177 2
                                    

" Begging is better than try to run corruptly false coins "

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

NAK taknak, Faizal terpaksa tebalkan jugak mukanya untuk bertanya. Dah hatinya sudah terusik. Nak ditahan macam mana lagi kan?

Kalau dia tak berusaha, macam mana nak dapat hasil.

"Erm.. Ziyad, kalau aku nak berkenalan dengan adik ipar kau boleh tak?" spontan soalan itu terungkap daripada bibirnya.

Dia mencari peluang sesuai apabila Tasha dan anak-anak Ziyad sudah masuk ke dalam kereta.

"Kau jangan nak buat lawak kat sini, Zal. Aku tak suka main-main benda macam ni. Ingat sikit eh, Tasha tu adik ipar aku" sengaja Ziyad berlagak serius. Nak menguji sejauh mana ketulusan hati temannya.

Sejak dekat dalam restoran lagi dia sudah dapat meneka kenapa sikap Faizal berubah. Terlebih pemalu dan terlalu sopan.

Biasanya, dia yang paling tak senonoh kalau ajak lepak luar.

"Apa pulak main-main? Aku serius ni. Main-main apa benda nya?" tegas Faizal.

Senyuman Ziyad sudah mula menjelma.

Tidak boleh dibayangkan macam mana kawannya yang sorang itu boleh terpaut hati kepada Tasha ketika baru pertama kali berjumpa.

"I'm serious"

"Tapi, aku tetap tak percaya. Takkan kau nak berkenalan dengan Tasha? Dia tu still belajar kut. Muda lagi"

Faizal sudah mengeluh.

Risau jika Ziyad menentang keinginannya. Sesungguhnya, dia sudah mula tertarik dengan perwatakan Tasha.

"Aku bersungguh-sungguh ni, Ziyad" tekan Faizal lagi.

"Tapi kau belum kenal dia macam mana lagi, Zal. Takut esok belum apa-apa lagi kau dah lari"

"Aku tengok dia okay aje. Ada rupa pulak tu"

"Orangnya memang lah manis. Tapi dekat dalam dia lain. Kau belum kenal sikap and keperibadian dia lagi macam mana"

"Maksud kau, Tasha tu gadis tak baik?" dahi Faizal sudah berkerut.

"Maksud aku, kau tak boleh buat andaian tentang Tasha just because you know her sister. Memanglah diorang berdua tu adik-beradik, but sikap dan personaliti masing-masing different habis" terang Ziyad lebih mendalam.

"So, Tasha tu orangnya macam mana?"

Ziyad mula bercerita serba sedikit tentang sikap Tasha. Orangnya memanglah nampak memikat.

Tetapi dalamannya, siapapun tak sangka. Termasuk dia sendiri.

"Kau rasa kau boleh terima ke perempuan macam tu?" soal Ziyad untuk kesekian kalinya.

Bukan dia nak membuka aib adik iparnya sendiri, tapi... itulah. Dia takut kalau-kalau Faizal hanya tertarik disebabkan rupa Tasha sahaja.

Takdir Kita Tercipta [ C ]Where stories live. Discover now