TKT | 52

4.7K 181 3
                                    

Begging is better than try to run corruptly false coins

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

SEBAIK sahaja melangkah masuk ke rumah, dilihat Aliya dan Alisya tekun menonton televisyen tanpa memandang atau menegurnya. Mereka seolah-olah tidak menyedari kehadirannya atau sengaja buat-buat tak tahu!

"Hai, princess-princess daddy. Tengok cerita apa tu?" soalnya sambil duduk di belakang mereka.

Sengaja dia tanya perkara sebegitu padahal dah terang-terang yang anak-anaknya tu tengah layan cerita Doraemon. Tapi, demi mendapatkan secebis perhatian dia terpaksa melemparkan soalan darjah satu nya.

Kedua-duanya masih diam. Masih pegun menghadap tv.

Ziyad pelik. Apa yang berlaku? Dah kenapa pulak anak-anak aku ni? Merajuk? Tapi kenapa?

Bila dipandang lebih lama, memang ada tanda-tanda merajuk. Terkelip-kelip. Tengok tv tu macam nak tembus sampai ke belakang. Sebijik macam Aireen bila merajuk! Hisy, apa yang tak kena ni?

"Alisya... kenapa monyok ni? Marahkan daddy eh?" dia cuba memancing Alisya. Alisya ni mulut lepas sikit. Tak pandai nak menipu.

Bukan macam Aliya yang memang pendiam.

"Merajuk lah, bang" Tasha yang baru muncul menjawab bagi pihak anak-anak saudaranya.

Ziyad menoleh.

"Merajuk?"

"Yelah. Kalau mulut dah muncung mengalahkan Donald Duck tu tandanya tengah merajuk lah. Mata terkelip-kelip. Tenung sampai boleh tembus tv. Bercakap pun tidak. Takkan abang tak tahu? Itu namanya simpton-simpton orang yang tengah makan hati berulam jantung"

Ziyad menyorot pandangan ke arah kedua mereka. Merajuk ke? Apahal pulak dah?

"Mesti abang dah lupa. Kan abang janji nak bawak diorang pergi jalan-jalan. Pergi makan aiskrim, pergi McDonald's. Tapi bila dah separuh hari menunggu, eh-eh abang lupa pulak. Mana tak merajuk nya budak-budak tu"

"Alamak!" Ziyad menepuk dahi.

"Hah kalau macam tu lah gaya nya, betul lah kan abang lupa?"

"Oh ya. Daddy lupa lah, sayang. Kenapa tak call ingatkan daddy tentang ni?"

Tasha tergelak.

Aliya dan Alisya masih tidak bergerak dari kedudukan asal tadi. Muka yang kelat bertukar masam. Sekali-sekala mereka menghantar jelingan maut ke arah Ziyad.

Tasha yang melihat perkara itu ketawa terbahak-bahak. Tengok tu, sebijik kan dengan mummy dia bila merajuk?!

"Alah, sorry lah. Daddy tak sengaja" rayu Ziyad dengan muka seposen nya. Dia mencapai tangan kembar itu untuk mengharapkan belas kasihan.

Namun, Aliya dan Alisya tetap tidak menunjukkan tanda-tanda memafkan atau perdamaian.

"Tasha" Ziyad cuba meminta bantuan adik iparnya.

Tasha mengangkat kening. Mengejek. Itulah, padan muka!

"Tolong lah, Sha. Abang memang tak reti kalau bab pujuk-memujuk ni. Tolong lah..."

Takdir Kita Tercipta [ C ]Where stories live. Discover now