BAB 8

40 10 0
                                    

Bab 8

Alunan chaklempong dan serunai memenuhi ruang memainkan muzik indah yang dipenuhi penonton persembahan diraja yang dipersembahkan sendiri oleh Puteri Kasturi Putih. Lenggok tarian yang diiringi dengan muzik tradisional itu memukau semua mata yang menikmatinya. Pelbagai jenis manusia yang hadir, ada yang datangnya dari negara luar dan ada juga dari negeri lain. Majlis keramaian itu tampak sangat mempersonakan ramai umat manusia yang berlainan bangsa dan agama juga turut bersama hadir memeriahkan lagi suasana.

"Gema suara alunan menari bersama"

"Yang indah fikirannya memiliki dengan mudah"

"Dia pujaan jua derita"

"Samudera teragung tinggi berkuasa"

Puisi dilagukan seiringan tarian Puteri Kasturi Putih. Wajahnya lembut dan indah. Ribuan mata jejaka yang segak sedang memerhati lenggok tari darinya. Sungguh indah dan megah seperti dialah yang memegang negeri Samudera itu. Kornea kelabunya meneliti setiap inci penonton yang hadir. Senyuman manis dihidangkan dari wajah mulus itu. Akhirnya pandangannya menikam mata seorang jejaka yang tampaknya dari keluarga yang ada-ada.

"Tuan Puteri sedang memerhatikan Tuanku" bisik seorang lelaki disebelahnya.

Senyuman terukir dibibir jejaka tampan itu.

"Khai" panggil Shakir

Cahaya lampu ruang tamu itu menyelinap masuk ke anak matanya. Berkedip-kedip pantas matanya membiasakan pandangan yang tadinya gelap.

"Khai, bangunlah. Dah satu hari kau tidur je ni" tambah Shakir lagi.

"Dah malam ke?" soalnya bingung

"Ya. Marilah aku bawa kau ke Gelanggang Malam jumpa Tok Mahdi".

"Apsal pulak nak gi jumpa Tok?"

"Badan kau tak kebah lagi tu. Mak Kiyah yang suruh aku bawa kau. Bangunlah bersihkan badan kau cepat" kata Shakir.

Khai mengagahkan badannya bangkit dari tidur yang panjang. Tidak dijangkakan yang dia terlelap selama itu. Seluruh badanya terasa sakit-sakit. Kakinya melangkah lemah ke arah bilik mandi. Apabila tubuhnya dibasahi air yang sejuk itu mindanya melayang jauh memikirkan gadis yang teramat indah rupa parasnya dalam mimpinya sebentar tadi. Entah mengapa air matanya tiba-tiba mengalir. Dia mengesat pantas air jernih itu.

Dia bergerak ke arah jeans yang digantungnya pada balik pintu. Tangannya menyeluk sesuatu di dalam poket. Perlahan jarinya membuka helai kertas yang sudah ronyok.

"Samudera...Samudera...Samudera" berkali-kali mulutnya menuturkan perkataan itu.

"Shakir terima kasihlah dah jaga si Khai tu. Mak Kiyah risau betul dengan dia sejak kebelakangan ini. Hati Mak Kiyah ni rasa tak sedap je" kata Puan Kairiah penuh kerisauan pada wajah tua itu.

"Takda apalah yang nak dirisaukan. Mak Kiyah tu je yang banyak befikir yang bukan-bukan" kata Shakir cuba menenangkan keadaan.

"Saya akan tengok-tengokkan Khai tu nanti. Mak Kiyah janganlah risau" tambahnya lagi.

Khai keluar dari biliknya dengan berseluar jeans hitam dan kemeja T biru gelap tertulis Linkin Park.

"It's that mine?" soal Shakir dengan muka berkerut.

"Hemm thanks" jawan Khai.

Shakir hanya membuat muka bengang sahaja melihat gelagat Khairul itu. Motor milik Khai dihidupkan ejinnya. Berderum enjin motor itu membingitkan telinga .

"Hati-hati bawa motor tu" pesan Puan Kairiah.

Mereka pun berlalu meninggalkan rumah kayu itu menuju ke Gelanggang Malam dimana semua anak lelaki di kamung itu mempelajari ilmu persilatan yang diketuai oleh Tok Mahdi iaitu rakan karib Encik Zadi.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now