BAB 7

41 10 0
                                    


Bab 7

Jam tangannya menunjukkan pukul 12.12 tengahari. Bahang matahari menyucuk masuk ke liang pori kulitnya. Walaupun dia telah menyapu sunblock berlapis-lapis tetapi hari panas seperti mahu membakar kulitnya sehingga menjadi debu. Bahang terus dirasakan.

"Lambatnya laa mamat ni. Perut aku dah berparti lagu dangdut dah ni" Kas memerhati sekeliling depan rumahnya. Lengang. Jam tangan di telek sekali lagi.

"Pergh mamat ni lambat setengah jam, agak laa" marahnya bengang.

Dia mengipas-ngipas mukanya yang sudah kemerahan. Sebuah kereta Audi berhenti dihadapan pagar rumahnya. Dia terus mengunci pintu pagar dan bergerak menuju ke kereta. Megat keluar dari kereta dan menyapanya. Dia membukakan pintu Kas di belakang. Kas hairan dengan lelaki itu.

"Semalamnya mengamuk tak tentu pasal, hari ni cara macam nak ngorat aku dah caranya" bebel Kas didalam hati.

Dia terus masuk ke dalam kereta melabuhkan punggung di tempat duduk belakang. Pintu ditutup rapat oleh Megat lalu terus ke posisi pemandu. Kereta bergerak pantas. Kas terdiam kaku di belakang. Lagatnya dicuri pandang oleh Megat. Megat tersenyum sendirian sambil memandu.

"The hell mamat ni. Jangan cakap yang kat depan tu his mom. Oh god. It can't be true. Celaka betul si Megat ni. Mati kau aku kerja kan nanti. Now aku nak buat apa ni? Takkan nak salam tetiba. Muka mak dia dahlah macam nak telan aku je. Tegur aku pun tak. Senyum lagi lah. Aku bunuh kau Megat" sumpahnya di dalam hati dengan muka kemerahan menahan marah dan malu.

Audi berhenti di depan sebuah restoran mewah masakan melayu. Kas masih duduk tegak di tempat duduk belakang tanpa reaksi pada wajahnya. Megat keluar dari kereta lalu membukakan pintu ibunya dan membawa ibunya terus masuk ke dalam restoran tanpa menoleh ke arah Kas yang tercegat di dalam kereta. Tempat duduk telah diambil baru dia sedar bahawa Kas masih di dalam keretanya.

"Haha...minah ni aku baru bawa bonda je jumpa kau,dah macam ni perangai" getusnya sambil tersenyum nakal.

"Bonda duduk sini sekejap ye. Diy nak tengok kawan kat dalam kereta tu" katanya lembut. Raja Hazimah hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Megat kembali ke keretanya, terlihat Kas masih lagi kaku di dalam kereta.

"Eh minah ni. Biar betul. Entah hidup ke tidak gaknya" bebelnya sendiri sambil membuka pintu kereta untuk Kas.

"Hey cik adik. Ni dah kenapa macam patung je ni? Tak reti nak buka pintu sendiri turun? Ke kau memang tunggu aku manja kan kau?" soal Megat.

Dduubb!! Satu tumbukan tepat ke perut Megat. "Kepala hotak lu buat macam ni. Aku nak jumpa engkau jekan. Tu mak kau ke?"

Megat megosok-gosok perutnya menahan sakit. "Padu habis penumbuk dia ni" getusnya.

"Hey relaks lah Kas. Bonda balik sini sorang. So takkan I nak tinggalkan dia je?" pujuk Megat membetulkan salah faham mereka.

"Dahtu pehal tak bagi tahu awal?" balasnya tidak puas hati.

"Surprise for you" bisik Megat lembut di cuping telinga Kas.

Kas memandang kosong ke arah Megat.

"Come on babe. My mom dah lama tunggu tu. Jom" ajaknya sambil menarik lembut pergelangan tangan Kas. Kas terpana dengan tindakan Megat itu. Kakinya terpaksa mengikut langkah lelaki itu.

"Be nice. Okay?" bisik Megat lagi.

"Sumpah mamat ni hilang akal" marahnya dalam hati.

Kas mengambil tempat duduk di hadapan Megat. Dia melabuhkan punggung di kerusi kayu itu. Dia cuba tersenyum namun senyuman itu tampak begitu palsu. Ketika itu dia cuba melarikan pandangan dari memandang ke arah dua beranak itu. Megat selesai memesan makanan yang biasa di pesan sebagai kegemaran dua wanita kesayangannya itu. Megat tersenyum manis.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now