Bab 20

28 8 0
                                    

Dia membuat panggilan. Seketika itu talian segera disambungkan.

"Saya inspektur Shakir Ahmad, bole saya dapatkan maklumat semua pramugara yang bertugas ketika kejadian di lapangan Samudera?"

"Inspektur, saya dah email kan semua maklumat yang tuan minta tu, termasuk maklumat pramugara yang bertugas ketika itu"

"Saya rasa...." terdengar bunyi kertas diselak-selak dengan pantas.

"Ya inspektur, ada apa lagi yang tuan perlukan?"

"Saya rasa ada seorang yang tertinggal. Cuba awak check balik"

Talian senyap untuk beberapa minit.

"Hello.." suara Shakir menyapa.

"Tuan, saya yakin saya hantar semuanya"

"Boleh awak emailkan rakaman CCTV"

"Baik tuan"

Talian dimatikan. Untuk beberapa minit email diterima oleh Shakir. Pantas dia menayangkan semula rakaman video itu. Matanya memerhati dengan teliti. Setiap gerak- geri tidak dilepaskan.

"Yes, that guy. It's him. Dia bukan salah seorang steward kat situ"

Shakir pantas menghantarkan maklumat yang penting kepada pihak berkuasa agar dapat diberkas lelaki itu. Dia masih ingat lagi wajah lelaki itu di mindanya. Dirinya terasa dimainkan ketika dia tidak dapat bertindak lebih cepat ketika itu.

"Shakir...." satu bisikan dibelakang telinganya.

Pantas dia menoleh memerhatikan sekeliling. Kakinya melangkah setapak demi setapak ke hadapan sambil bersedia untuk apa-apa perkara yang bakal dijumpainya.

"Shakir..." sekali lagi bisikan itu betul-betul dibalik telinganya.

"Berhentilah bermain!" kata Shakir.

"Sedikit pun aku tak gentar dengan helah kau ni" sambungnya lagi.

Tiba-tiba bergema suara tawa yang begitu lantang. Shakir sudah tidak tahan dengan benda yang cuba mempersendakannya itu. Seketika itu, kerusi yang terletak elok dibiliknya melayang ke arahnya dan hampir mencederakannya. Shakir sudah membuka langkah bersedia untuk serangan seterusnya.

"Berhenti dari mempercayai" bisikan itu muncul sekali lagi dibaliknya dan pantas dia terus menghadiahkan tendangan belakang.

Namun kakinya sampai pada cermin yang tergantung pada dinding dan jatuh berderai ke lantai. Darah dari lukanya sedikit demi sedikit mengalir keluar dari kakinya Dia memandang cermin yang sudah berderaian. Satu kelibat sedang tersenyum lebar ke arahnya.

***

Mereka segera ke gelanggang malam setelah segalanya selesai. Mengumpulkan orang-orang Tok Mahdi untuk menentang musuh. Segala persiapan telah diatur rapi oleh mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, angin yang meniup dirasakan begitu dingin sekali. Mereka masih menunggu kepulangan Khairul.

"Dia sudah datang" kata Kas tiba-tiba.

Semua yang berada disitu merasakan aura gelap yang hampir mengelilingi mereka. Mata mereka melilau mengawasi sekitar mereka. Kumpulan ini diketuai oleh Shakir sendiri. Apabila mendengar kata-kata Kas dia sudah bersiap siaga untuk berlawan.

"Tidakkah kau fikir jumlah ini terlalu sedikit untuk menentang beta?" satu suara kedengaran.

"Tunjukkanlah dirikau pengecut!!" teriak Tok Mahdi.

Saappp!!! Tubuh Tok Mahdi terpelanting laju ke dinding buluh.

"Woii!! Mari kita bersemuka cara jantan kalau kau berani!" kali ini Luke pula bersuara dan mara kehadapan.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now