Bab 17

25 9 0
                                    

Setelah aku mengambil keputusan untuk meninggalkan Puteri Kasturi di tempat Putera Adi, aku terus berlari mencari Rojok. Aku takut apa yang sedang berlaku. Rojok akhirnya memberitahu perkara sebenar bahawa dia tidak menyimpanku di rumahnya tidak tanpa sebab. Dia sangat mengenali keluarga diraja. Rojok juga tahu siapa punya angkara yang menghuru-harakan negeri ini. Dengan itu, dia mengambil keputusan menurunkan semua ilmu yang dia ada kepadaku.

Namun satu ilmu yang dia tidak amalkan tapi disuruhnya aku amalkan. Aku hanya mengikutkan sahaja apa yang disuruh. Setelah enam bulan kejadian hitam itu, aku seorang memulakan langkah untuk ke negeri Cahaya. Ketika itu istana Samudera menjadi sungguh suram. Hanya tinggal ayahanda dan kakandaku sahaja disana. Aku sedikit simpati akan apa yang berlaku namun aku tidak boleh memunculkan diri dahulu sebelum aku melunaskan kerja aku agar misi aku tercapai.

Tidak mengambil masa panjang untuk aku sampai di hadapan istana negeri Cahaya. Aku sedikit terlongo dengan suasana disitu. Aku tidak dapat lihat senyuman rakyat disitu. Kebanyakkan mereka sudah tiada di kediaman mereka. Istana cahaya kelihatan begitu suram. Aku berfikir sejenak untuk meneruskan langkah. Aku mengambil jalan belakang agar kehadiranku tidak dilihat. Aku melompat masuk ke istana dengan berhati-hati. Istana itu berbau hanyir. Lantainya kotor dan berair. Aku sedikit berjingkit ketika berjalan. Ketika itu papan istana itu sedikit bekeriuk dek hujung jariku. Pantas aku memanjat tiang seri terus ke rasuk bumbung. Dari atas itu, pandanganku luas memerhatikan istana itu.

"Aku rasakan kehadiranmu" suara garau milik Sultan Dalha

Asri berhenti bernafas ketika disapa begitu.

"Apa urusan kau menyelinap masuk ke dalam mahligaiku" soalnya pula.

Asri sedikit gementar namun dia terus mengeraskan tubuhnya di rasuk itu sahaja. Seketika itu dia membaluti wajahnya dengan sehelai kain hitam agar tidak dikenali Sultan Dalha. Setelah itu dia melompat ke bawah dan seperti jangkaanya Sultan Dalha muncul dibelakangnya. Pantas dia menghalakan seranganya pada Sultan Dalha. Hanya sedikit tolakan sahaja Asri tercampak ke dinding istana. Namun dia tidak mengambil masa untuk memberi serangan kedua pula iaitu serangan bayangan agar musuh tidak dapat membaca pergerakannya. Satu tumbukan padu dihadiahkan kepada Sultan Dalha. Tersembur darah dari mulutnya. Dia tersenyum sinis.

"Kau orang Rojok ya" ujarnya lalu berlari ke arah Asri.

Pergelutan yang hebat berlaku antara mereka berdua sehingga senja tiba. Asri sudah kurang tenaga untuk melawan musuh. Sutan Dalha sudah sedikit terkulai di penjuru Istana.

"Pulang sebelum senja" terngiang pesanan Rojok padanya.

Namun Asri tetap meneruskan serangan bertubi-tubi. Calar balar tubuh Sultan Dalha dikerjakannya. Namun sungguh liat nyawa orang tua itu.

"Hahaha kau sungguh gagah dan berani ya orang muda".

"Aku fikir kau anak buah Rojok, mungkin tekaanku salah kerana kamu tidak gentar pada ku ketika disenja hari" semakin galak tawanya.

Sesaat itu muncul makhluk yang begitu besar yang menggerunkan dihadapan Asri. Tawa Sultan Dalha semakin galak ketika itu.

"Kau mungkin tidak sedar yang aku dari keturunan raja Samudera" ujar Asri sambil tersenyum menyeringai dibalik kain hitam.

Dengan sekelip mata berderai tubuh makluk itu menyembah tanah. Pantas. Sungguh pantas serangan terakhir yang dilakukan oleh Asri. Setelah itu Asri pantas meninggalkan negeri Cahaya. Semakin membuak-buak dendam Sultan Dalha pada Sultan Kasha Putih.

Dia berasa sungguh tercabar.

Kakinya melangkah masuk ke dalam istana Samudera. Dia mengintai-intai ayahandanya di kamar. Dia cuba menguak sedikit daun pintu kamar itu kemudian telapak tangannya telah memberi kesan darah pada pintu itu. Pantas dia menjauhkan tangannya. Darahnya mengalir deras dari luka.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now