BAB 2

92 9 0
                                    

Bab 2

Sebuah Chevrolet meluncur perlahan memasuki pintu gerbang yang begitu memukau dengan seni ukiran halus, corak floral dipersembahkan.

"Woahh! Ape benda tu? Apsal aku tak pernah tahu pon tempat ni wujud? soal Khairul.

"Ini lah pintu gerbang istana Cahaya yang dah lama tidak berpenghuni sejak 100 tahun dahulu" jawab Mia yang juga sedang memerhati gerbang yang di bina berketinggian dalam 20 meter.

Kereta Shakir berhenti di tempat letak kereta berdekatan pintu masuk istana. Mereka turun dari kereta. Tangan Khairul ligat menekan punat kamera DSLR-nya menangkap beberapa gambar sekeliling bangunan yang tersergam indah itu, dihiasi cantik dengan alam semula jadi yang dijaga rapi.

"Hemm dah macam rusa masuk kampung dah aku tengok si Khai ni" kata Shakir yang sejak dari tadi mendiamkan diri ketika memandu.

Dia lebih suka menumpukan perhatian ketika dia memandu dan sebabnya dia sendiri tidak tahu tetapi itu yang selesa baginya ketika memandu. Shakir hanya mendengar sahaja perbualan Mia dan Khai sejak dari berjumpa di rumah Mia sebentar tadi. Tekaannya tepat tentang Khairul apabila bersemuka dengan teman wanitanya itu. Khai berborak mesra dalam perjalanan ke situ. Namun dalam hatinya tidak pernah terdetik untuk cemburu kerana dia percaya akan perasaan Mia terhadap dirinya sama sekali tidak akan berubah dan dia juga sudah berniat untuk melamar dan menikahi Mia apabila tiba waktunya.

"Wey, apsal aku rasa lain macam je ni?" soal Khai sambil memegang tengkuk, terasa romanya sedang menegak.

Tersenyum Shakir mendengaranya."Seram ke? Kau nak tau kenapa kau rasa macam tu? Come on baybeh"

Kaki mereka menapak masuk ke dalam istana itu. Beberapa orang pekerja disitu menyambut tetamu dengan mesra. 

"Selamat datang semua. Silakan masuk dan menikmati sejarah lama kita." Kata salah seorang pekerja wanita dengan dandanan yang tidak berapa menonjol dan ianya nampak asli. Dia mengambil tempat untuk menjemput pelancong yang hadir ke istana itu.

"Haa ni lah gambar- gambar lama sejak ribuan tahun dulu. Aku memang teringin sangat nak pergi sini tapi tak ada masa free nak pergi. Alang-alang aku tak busy hari ni kau pun cuti. Itu yang aku ajak," kata Shakir sambil tersenyum lebar.

"Apa yang you teruja sangat? Macam bosan je. Tak banyak benda kat sini" kata Mia.

"Ha ah" sokong Khai.

"Ehh relakslaa dulu. Meh aku tunjuk korang apa yang patut korang tau. Haa sebelum tu aku nak tanya korang dulu. Korang pernah tau tak cerita tentang negeri yang kita duduk sekarang ni?

Mia membuat muka kosong.

"Aku tau nama tempat ni je dulu. Tempat ni yang diberi nama Cahaya kan dulu sama macam istana ni" jawab Khai.

"Yes, betul. Ada cerita lagenda tentang penduduk istana negeri Cahaya ni. Ada sesuatu peristiwa tragis yang diselindungkan. Aku sebenarnya tertarik untuk selidik tentang kes ni. Aku dengar peristiwa tu ada beribu orang yang mati"

Khai mula rasa seram sejuk. Perasaan itu dapat dirasakan sejak dari rumahnya tadi. Dia terasa ada orang yang sedang merenungnya. Shakir perasan akan tingkah laku rakannya itu tetapi dia memilih untuk berdiam sahaja.

Sewaktu berlegar-legar, Khai memerhati di setiap sudut istana itu. Binaanya sungguh mengagumkan. Ukiran halus pada dinding tergambar akan kemurnian reka bentuk istana itu dengan gabungan olesan warna yang terang dan corak flora. Dia melangkah ke suatu sudut istana itu dan merasai sendiri dengan jarinya, dinding yang kukuh di sekelilingnya. Jika lihat dengan mata kasar didapati ianya adalah batu asli namun apabila merasainya ia begitu licin dan seperti bahan yang ringan, dalam hatinya terdetik yang dinding itu mungkin campuran dari bahan-bahan yang unik untuk membinanya.

SAMUDERAOnde histórias criam vida. Descubra agora