Bab 12

36 9 0
                                    

"Umairah"

Mia menoleh ke arah Shakir yang separuh berbisik memanggilnya. Raut wajah Shakir seperti ingin memberitahu sesuatu yang penting kepadanya.

"Yang awak ni dah kenapa macam penceroboh je ni?" soalnya

Shakir menarik lengannya masuk ke dalam bilik yang paling hujung dalam rumahnya. Pintu dikunci dengan pantas. Nafas dihembus perlahan. Mia yang terpinga-pinga hanya mengikutkan sahaja langkah Shakir.

"What you get from that place?" soal Shakir

Mendengar sahaja soalan itu meluncur dari mulut Shakir, fahamlah Mia apa yang dipinta Shakir

"Saya rasa tekaan kita sangat tepat. Bukti dah terang-terang sekarang yang banyak benda pelik belaku and guess what, banyak benda yang awak nak tahu saya dah dapat" terang Mia panjang lebar.

Senyuman terukir dibibir Shakir. "That's my girl"

Mia mengeluarkan sebuah fail kuning dari beg sandang berwarna hitam yang dibawa.

"Now look at this," sambil tangan Mia menyelak-nyelak helaian bercetak dan juga helaian yang nampak lusuh dan kekuning-kuningan di dalam fail itu. Kertas-kertas itu bertukar tangan kepada Shakir. Diteliti satu-persatu kandungannya.

"Ni cetakkan sebenar rekod tentang negeri Cahaya dan yang penting sekali rekod tentang negeri Samudera ni sendiri pun ada sekali".

Dahi Shakir berkerut setelah meneliti semua rekod itu satu persatu. Tangannya cuba menyelak dan mencari-cari sesuatu. Mia yang melihat reaksi kekasihnya itu mulai hairan.

"Rekod ni tak lengkap" kata Shakir.

"But i'm sure saya mintak rekod yang lengkap dari Puan Izrin".

"Tak, maksud saya rekod negeri Samudera ini tidak ditulis sejak tahun 1900"

Mia kebingungan. Bukan bidangnnya untuk meneliti di setiap inci maklumat yang di terima seperti dilakukan oleh Shakir yang arif untuk merungkai kes-kes sebegini.

"Tarikh akhir rekod negeri Cahaya adalah pada tahun 1970" kata Shakir lagi.

"I don't get it" kata Mia

"Kedua-dua negeri ni sangat berkait rapat. So, seharusnya rekod ni berakhir dengan tarikh yang sama. Cuba awak tengok tarikh akhir kegiatan kerajaan di negeri Cahaya ni, ia berkisah tentang pendamaian tiga negeri. Pada rekod akhir ini terdapat cop rasmi negeri Samudera, negeri Ukalaz dan negeri Cahaya. Ini bermakna kerajaan ketiga-tiga negeri ini masih lagi bergiat. Jadi sangat mustahil jika dikatakan negeri Samudera tiada rekod pada tahun sebelum negeri-negeri ini berdamai," terang Shakir dengan bersungguh.

"Pada tahun yang sama juga, negeri cahaya ini dengan rasminya menukar nama negeri mereka atas sebab-sebab tertentu" kata Mia pula.

"Saya rasa ada sesuatu yang pewaris negeri Samudera ini rahsiakan"

"Yes, that's it. Rekod yang hilang itu mungkin bertujuan merahsiakan kegiatan negeri Samudera pada tahun itu dan seterusnya" kata Mia.

"Jadi pewaris seterusnya dirahsiakan juga oleh negeri Samudera" sambung Shakir

Mia mula faham dengan konflik yang ada ini.

"So awak nak kata yang rekod tu hilang?" soal Mia

Shakir membelek lagi rekod tahun akhir negeri Samudera ditulis. Terdapat hanya dua helai surat rasmi yang disertakan dengan rekod itu. Salah satu surat itu terkoyak separuh tetapi masih disertakan juga serpihan itu. Dahinya berkerut. Dia memandang tepat ke arah Mia.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now