BAB 1

183 10 0
                                    


Bab 1

Jari Syakir bergerak cekap menuliskan maklumat yang penting di atas buku nota. Matanya terarah pada skrin komputer riba. Setiap perkataan yang terpapar, dibacanya dengan teliti. Air kopi yang masih berasap dihirup perlahan. Akhbar bertajuk 'Penemuan Lubang Batu yang Aneh' di pegang erat. Setelah disiasat terdapat beribu serpihan rangka manusia yang sudah hancur dijumpai di dalam lubang itu. Jarinya menyelak pula helaian rekod tentang misteri "Lautan darah" di negeri Cahaya. Tubuhnya bersandar pada kerusi. Dia mengeluh panjang. Papan maklumat diperhatikan dari jauh. Mengapa setiap maklumat yang di terima untuk kes ini sentiasa tertera nama negeri Samudera? Otaknya ligat memikirkan teka-teki itu.

Shakir bangkit dari duduk. Kakinya melangkah menuju ke bilik rakannya. Tombol pintu dipulas perlahan. Terjengket-jengket kakinya menapak masuk. Dia menoleh ke arah rakannya yang sedang lena di atas katil. Laci meja dibuka. Tangannya ligat mencari sesuatu.

Sejak dua menjak ini kelakuan rakannya itu terlihat aneh. Dia sudah kurang berkongsi cerita dan kadang kala, Shakir merasakan ada sesuatua yang Khai sembunyikan daripadanya.

"Siapa?" tutur Khairul yang masih terbaring di atas katil.

Shakir menoleh pantas. Khai hanya bercakap ketika tidur, fikirnya. Dia berjalan menuju tubuh yang masih lena di atas katil itu. Jarinya mencapai sesuatu di dalam poket seluar pendeknya. Lengan Khairul pula dicapai perlahan-lahan. Ibu jari rakannya itu diletakkan pada alat pengimbas. Bunyi bip terdengar apabila maklumat di muat turun dengan pantas.

Seketika itu, tubuh Khairul perlahan-lahan terapung ke udara. Shakir terlongo memandang rakannya itu. Tubuh Khairul berpusing-pusing di udara. Perasaan cemas mula menguasai diri Syakir, dia cuba mencapai Khairul. Apabila tangannya sampai sahaja pada tubuh Khai, ada satu renjatan elektrik dapat dirasakan. Dahi Shakir berkerut bingung. Suara Khairul terdengar membacakan sesuatu yang kurang jelas tetapi kedengaran seperti sebuah puisi sedang dilagukan. Seiring dengan itu, samar-samar terdengar bunyi bisikan di sekeliling bilik Khai. Pantas dia belari menuju ke biliknya semula. Dahinya berpeluh deras. Dadanya turun naik menarik nafas tercungap-cungap. Komputer dicapai. Dia menekan butang ENTER. Segala maklumat tentang Khairul Azlan pantas memasuki ke dalam simpanan komputer itu.

***

Sejuk menyelubungi petang, tidak lansung dirasai dek perasaan di dalam hatinya telah menghangatkan tubuh itu. Hujan mulai turun gerimis. Wajahnnya yang mulus, tenang dan kulitnya yang putih berseri itu tetap mempamerkan kejelitaan walaupun tegang perasaan di dalam benaknya. Apabila hujan mulai lebat dan guruh juga kedengaran semakin ligat di langit, sebutir air jernih jatuh keluar dari kolam mata yang sekian telah memenuhi ruangan. Dia sudah tidak tahan dengan rasa yang perlu diselindungkan ini entah pada siapa harus dirahsiakan tapi sakitnya itu tidak dapat diluahkan dengan jelas. Masa berlalu dengan pantas baginya. Seketika itu, kedengaran lembut suara seorang wanita separuh usia menegurnya.

"Kasturi Putih...," mendatar suara itu memanggilnya.

Dia berpaling. Jelas raut benci terpamir dari wajah jelita itu. "Akan menyesal engkau dan setiap keturunan kau!" Bergema di seluruh ruang langit kata-kata itu dari mulut wanita jelita itu.

Papp! Papp! Tamparan yang kuat membuatkan pipinya sedikit pedih. Khairul cuba membuka matanya perlahan-lahan. Terlihat wajah yang sering mengganggu tidurnya.

"Woi, kau kalau aku sepak sekali..." omelannya mendatar tidak dapat didengar dengan jelas. Sempat dia mengerling jam pada dinding yang sudah menunjukkan pukul 10.03 pagi.

"Nasib harini cuti," getus hatinya.

"Hihihihi" terkekeh Syakir melihat rakannya yang masih mamai. Memang menjadi hobinya mengganggu lena rakannya itu. Bagi Syakir, itu telah menjadi rutin sehariannya. Syakir awal-awal lagi sudah menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Rumah pun sudah dikemas rapi dan hanya yang tinggal ialah bilik rakannya yang seakan sarang tikus itu.

SAMUDERADonde viven las historias. Descúbrelo ahora