BAB 3

63 9 0
                                    


Bab 3

Embun melembapkan suasana pagi yang tenang itu. Kelopak matanya terbuka perlahan. Sinaran cahaya pagi menyuluh masuk ke kornea mata kelabu jernih itu. Nafas yang disedut terasa segar dan nyaman. Otaknya terus memproses dengan baik. Dia bingkas bangun kerana secara tiba-tiba perasaan aneh menyelubungi hatinya. Sedarlah dia sekarang berada di suatu tempat yang tidak pernah dia ketahui. Hatinya mulai gelisah. Fikirannya mula berputar-putar mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.

"Puteri Kasturi" panggil seorang pemuda sambil tersenyum manis.

Lelaki itu bergerak ke tingkap menyelak tirai yang menutupi pemandangan indah di luar. Matanya dikecilkan sedikit dek pancaran matahari menikam masuk.

"Putera Adi? Kenapa? Kenapa aku di sini?" soalnya.

"Bawa bertenang Kasturi aku tiada niat jahat terhadapmu"

"Jadi bawa aku pulang segera ke istana Samudera"

"Kita jauh dari tempat itu sekarang. Aku bukan tidak mahu menolongmu tetapi istanamu sekarang mengalami satu kejadian yang aneh."

Minda wanita itu mula memutar kembali kejadian yang dilihatnya di istana Samudera. Keadaan amat mengerikan. Perkara terakhir yang terlintas dalam ingatanya ialah apabila dia mendengar suara jeritan dari tentera Samudera. Hatinya berdebar kencang kerana terkejut akan jeritan itu, lalu dia terus berlari ke kamar bondanya. Pintu kamar dibuka, terlihat sekujur tubuh yang telah dibanjiri darah. Jantungnya berhenti berdegup. Nafasnya putus. Terkejutnya bukan kepalang. Dengan sekuat hati dia berlari keluar. Bibir nipisnya mula pucat kerana ketakutan. Gelap. Pandangannya gelap tiba-tiba. Memorinya tidak jelas. Dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku terhadapnya. Namun, dia masih dapat mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya.

"Putera Adi Dahlan" sebutnya perlahan.

"Ya Kasturi?" jawab Putera Adi.

Pandangan matanya tajam menikam anak mata Putera Adi. Api kemarahan dan dendam mula memuncak dari matanya. Putera Adi yang perasan akan perubahan Puteri Kasturi itu terus bangkit untuk beredar dari situ.

"Tidak akan aku maafkan apa yang telah terjadi!" ungkapnya penuh kemarahan.

Air mata darah mengalir dari birai mata. Matanya betukar hitam seluruhnya. Mulut wanita itu terbuka luas dan mengeluarkan beribu-ribu serangga yang aneh.

"Khai...Khai! Bangun!"

"Bangun Khai kau mimpi ni," kata Syakir.

Terpisat-pisat matanya membuntang. Nafasnya turun naik. Peluhnya memenuhi permukaan bantal. "Apakah itu? Apa yang sedang berlaku padanya?" gumam Khairul.

"Khai, kau tidur senja-senja ni. Tak elok lah macam ni. Tengok dah mimpi mengarut-ngarut. Terjerit-jerit"

Melihat Khai yang masih tidak berganjak, Shakir menarik rakannya bangun sambil melafazkan istigfar berkali-kali.

"Dah, pergi mandi bersihkan diri. Kita pergi masjid sama-sama nanti. Cepat sikit maghrib dah nak masuk ni" tambahnya lagi.

Khairul mencapai tualanya yang tersidai di birai katil dan terus membersihkan diri. Otaknya tidak dapat melupakan mimpinya tadi. Gambaran suasana yang sangat menakutkan. Wanita itu sering menjengah masuk ke dalam mimpinya. Siapakah wanita yang bermata kelabu itu? Bulu matanya lebat, kulitnya mulus putih kemerahan. Raut wajahnya redup tetapi mimpinya yang tadi telah menampakkan satu sisi lain wanita itu.

Shakir membuka fail-fail kerjanya yang berselerak di atas meja. Dia memeriksa jika masih ada lagi kes-kes yang tidak diselesaikan lagi. Seketika itu matanya tertancap pada fail putih di suatu sudut. Terkandung di dalamnya beberapa maklumat peribadi seseorang. Dia mengambil sebatang pen dan menuliskan sesuatu di satu sudut kertas.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now