BAB 6

48 9 0
                                    


Bab 6

Sinaran mentari mencuri-curi masuk ke dalam kelopak matanya. Badannya letih dan sakit-sakit kerana tidur hanya beralaskan kerusi besi di ruang menunggu Hospital Besar CS11. Peluhnya mulai mengalir kerana kehangatan yang dirasai. Matanya terbuka perlahan dan memutarkan fikirannya yang masih dibawah sedar. Dia duduk menegakkan struktur badannya perlahan-lahan . Megat menoleh ke kerusi kirinya, terlihat seorang wanita berambut perang kehitaman yang tidak diikat melepasi bahu. Megat tersentak.

"Nur?" panggilnya.

Tiada jawapan diterima. Gadis itu duduk dalam posisi membelakanginya. Megat tidak dapat pastikan sama ada gadis itu benar adiknya atau hanya pesakit disitu memandangkan gadis itu juga berpakaian pesakit hospital berwarna biru cair.

"Nur, is it you?" soalnya lagi lalu bangun terus kehadapan gadis itu.

"Jangan datang dekat. Nur dah tak cantik lagi. Nur dah kotor, buruk"

Dengar sahaja suara itu, Megat berhenti melangkah. Jarinya terketar-ketar. Bagaimanakah Nur boleh bergerak sedangkan baru malam tadi dia melakukan pembedahan tulang belakang. Megat meneruskan langkahnya perlahan ke arah gadis itu. Perasaanya memaksa untuk melihat wajah adiknya yang sangat disayangi.

"Abang Diy tak dengar ke apa yang Nur katakan? Berhenti disitu. Nur dah tak tahan lagi" tangisan mulai kedengaran sayup dari gadis itu.

Sesampainya Haidi dihadapan gadis yang tertunduk itu, dia membongkokkan tubuhnya untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih jelas. Kemudian gadis itu memandang tepat ke arah Megat dengan pandangan yang sangat tajam. Megat langsung tidak kenal gadis dihadapannya itu yang tadinya dianggap adiknya. Muka gadis itu penuh dengan kesan luka yang dalam, bercalar-calar seperti diseret pada benda tajam. Rahangnya sudah beralih dari tempat asalnya. Lidah gadis itu perlahan-lahan menjalar keluar mendekati leher Megat. Dia menjerit sekuat hatinya. Gadis itu memegang erat lengannya.

"Lepaskan aku syaitan!!" teriak Megat.

"Lepaskan aku!!"

"Ahahahahahaha aku bukan syaitan. Akulah pedamping adik kau yang kau sayangkan tu. Yang kau puja. Hahahahahha. Tak lama lagi aku akan bertukar tuan. Aku sangat sangat sangat gembira kerana engkaulah yang akan mengambil alih hahahaha" suara gadis itu yang tadinya halus lembut kini menengking kasar dan garau. Megat menekup telinganya.

"Pergi!!!!.. Pergi kau setan!!." laungnya.

Bahunya terasa digoncangkan.

"Encik"

"Encik bangun encik, ni ramai pesakit kat sini. Kalau encik nak tidur ada bilik kosong dihujung sana"

Megat membuka matanya. Bajunya sudah kuyup menyerap peluh jantannya. Suasana yang ngeri tadi sudah bertukar terang dan hingar bingar dengan bisikan-bisikan pelawat dan pesakit yang menunggu gilirang nombornya dipanggil. Kaunter dihadapan dipenuhi oleh jururawat yang sibuk menyelesaikan kerjanya. Megat memandang ke arah wanita yang tadinya mengejutkannya dari mimpi ngeri. Wajah wanita itu ditatapnya. Wanita itu seperti pernah bertemu dengannya, namun fikirannya tidak dapat mengingatinya dengan baik.

"Nah, ini gelang encik ya? Jatuh bawah kerusi ni tadi" hulur wanita itu ke tangan Megat.

Dia mennyambutnya dengan terpinga-pinga. Megat bangun dari kerusinya dan bergegas ke arah tandas untuk membasuh muka bagi menyegarkan dirinya. Dalam tidak sedar entah bila dia tertidur disitu dan bangun sahaja sudah ramai manusia mengelilinginya. Dia membasuh mukanya berkali-kali menghilangkan memori mimpi ngerinya yang seperti benar-benar berlaku. Megat memandang cermin dan fikiranya terawang-awangan. Dia melihat gelang milik Nur di sebelahnya. Aneh. Dia meneliti kembali gelang itu. Haidi baru tersedar ini bukan gelang yang dia hadiahkan kepada Nur. Rupanya seakan gelang yang dibeli dari Pulau Jingga untuk adiknya. Dengan pantas dia pergi ke arah tong sampah automatik lalu melemparkan gelang itu terus kedalam.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now