"Aku nikahkan dikau dengan kakak kandungku, Hazwini Raihana Binti Zamarul Hafshah dengan mas kahwinnya dua puluh dua ribu ringgit tunai...."

"Aku terima nikahnya Hazwini Raihana Binti Zamarul Hafshah dengan mas kahwin dua puluh dua ribu ringgit tunai...." Senafaz lafaz kabul meluncur di bibir Airil Adryan Mikael. Tenang dan jelas.

"Sah?" Tanya tok kadi kepada dua saksi. Iaitu Adam Hariz dan Tan Sri Arshad Altezza, papa Airil Adryan. Kelihatan Affan dan Dyaz turut menangguk-angguk juga walaupun mereka bukan saksi. Tan Sri Arshad Altezza hanya tersenyum di samping Airil Adryan sambil mengusap- usap belakang badan anaknya.

"Sah!!!!!! Yeayyyy!" Jerit Aqil Aryan dengan gembira walaupun dia bukan saksi. Over lebih ni. Hahaha.
Tapi tak lama, Adam Hariz mengetuk kepala Aqil Aryan yang berlapikkan songkok. Teruk punya perangai! Pandangan tajam di beri oleh Adam Hariz tidak di endahkan olehnya. Mereka yang lain hanya menahan gelak sahaja.

Melihat keadaan itu, Airil Adryan menepuk dahinya. Rasa nak teranjang kembarnya ketika ini. Suasana di dalam masjid tiba-tiba jeda. Mungkin terpempan jeritan Aqil Aryan macam esok nak mati.

"Ehem! Saya tanya lagi sekali, sah atau tidak?" Soal tok kadi itu dengan tegas.

"Sah!" Kata Adam Hariz dan Tan Sri Arshad Altezza serentak.

Alhamdulillah kini Hazwini Raihana sah menjadi milik Airil Adryan Mikael selama-lamanya. Ikatan murni yang baru terbina itu disucikan lagi dengan bacaan doa oleh Tok Kadi.

"Pengantin lelaki boleh batalkan air wudhu."

Apabila Airil Adryan mendengar bicara tok kadi itu, dia tersenyum nakal ke arah isterinya yang menayangkan muka sayu. Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan oleh papanya.

"Tahniah, Mika! Papa harap kamu akan jadi suami yang baik... Insya Allah!" Kata Tan Sri Arshad Altezza dengan pelat Melayu campur Bahasa Italinya, tanpa di duga tubuh sasa anaknya di peluk erat.

Airil Adryan membalas pelukan papanya. Air mata lekakinya yang jarang keluar, akhirnya menitis jua. "Grazie (Terima kasih) Papa!"

"Bro, cepatlah batalkan wudhu kau tu! Aku tak sabar nak tengok kau cium isteri kau ni," sela Aqil Aryan sambil tersengih unta.

Tan Sri Arshad Altezza hanya menggeleng  kepalanya dengan anakn kembar yang lagi satu ini. Lantas dia bersuara. "Mika dah sah  jadi suami orang... Ryan bila lagi?" Aqil Aryan tersengih bila papanya mengusik. Memang papa dan mama selalu memanggil namanya Ryan. Seketika pandangannya ke arah Liana yang leka bersembang dengan Hazwini.

"Papa, Mika pergi dulu ya? Papa layan je lah Ryan ngok ngek ni. Huhuhu.." celah Airil  Adryan lalu mengorak langkah ke arah isterinya.

Aqil Aryan hanya menjuling matanya ke atas. Nasib baik ni masjid. Kalau tak memang abang kembar  itu dapat makan teranjangnya!

******************

"Assalamualaikum, sweetheart..." suara Airil Adryan kedengaran romantis  membuat jantung Hazwini berdegup laju. Pandangan mereka bertaut. Rasa nak pengsan Hazwini apabila iris biru itu merenung anak matanya.

"Wa... wa.. waalaikumussalam.. A..a..bang," tergagap Hazwini menjawab bila tubuh suaminya semakin rapat dengannya. Kelihatan Airil Adryan menghulurkan kedua-dua tangan untuk bersalam. Dengan lembut Hazwini juga turut menyalam tangan dan di mencium  lembut  tangan suaminya itu.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now