"Entah sapa-sapa punya entah" gumamnya.

Dia meyeluk poketnya untuk melihat gelang yang sepatutnya milik adiknya. Jarinya ligat menari-nari di setiap penjuru pakaiannya.

"Encik cari ini ke?" soal seorang lelaki sambil menghulurkan sesuatu kepadanya.

"Ouh terima kasih", jawab Haidi sambil mengambil gelang itu ditangan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum dan berlalu pergi. Haidi mengelap mukanya yang dicuci tadi dengan sapu tangan ungunya lalu beredar keluar dari tandas. Kakinya berjalan menuju ke pintu wad ICU tempat adiknya ditempatkan dan dipantau rapi. Tangannya mulai mencapai tombol pintu wad, seseorang menepuk lembut belakang bahunya.

"Macam mana keadaan Nur?" soal Raja Hazimah

"Bonda" ucap Megat setelah menoleh ke arah wanita itu. Dia terus memeluk erat ibunya lalu menitiskan air mata dibahu wanita itu.

"Kenapa kamu nangis ni?" soalnya lagi sambil mengusap lembut belakang anak lelakinya.

"I think she is fine. Diy baru nak tengok dia ni. Jom masuk. Sekarang ni pon dah tiba waktu melawat" jawabnya.

Mereka melangkah masuk terus ke hadapan katil milik Nur. Kelihatan muka Nur penuh berbalut. Keadaanya nampak sangat kritikal.

"Ya Allah" hanya itu yang terucap keluar dari mulut Raja Hazimah. Air matanya mengalir deras apabila melihat keadaan anaknya.

Megat Haidi yang hanya memerhati, sebak melihat suasana sayu itu. Dia menoleh ke arah jururawat yang sedang memantau pesakitnya.

"Cik, boleh saya jumpa doktor yang in charge pesakit di katil P116?" soal Megat.

Jururawat itu meneliti kertas-kertas yang berada ditangannya. Sekejap-sekejap dia menyelak ke halaman lain. Dia berhenti di satu halaman dan kembali menutup halaman itu.

"Maaf encik, Doktor Fahmi tiada di hospital kerana ada urusan penting" jawab jururawat yang berambut pendek itu.

"Bila boleh saya jumpa dia? Kalau tak keberatan boleh saya jumpa dia di luar" soal Megat.

"Em maaf encik, Doktor Fahmi sedang menguruskan pengebumian isterinya. Saya harap encik tidak mengganggunya pada waktu begini" jawabnya sambil mengherotkan mulut mahu tersenyum palsu.

"Ouh maafkan saya. Takziah untuknya. Kalau macam tu takpa lah. Terima kasih ya cik Aisyah" katanya kesal dengan berita Doktor Fahmi itu.

Baru semalam dia dan Shakir berjumpa dengan doktor lelaki itu. Hari ini doktor itu dikejutkan dengan pemergian isterinya. Pasti perit dirasai gumam hati Megat. Doktor itu bersusah payah menyelamatkan nyawa adiknya tetapi takdir telah tertulis. Walaupun dia dapat menyelamatkan nyawa orang lain tetapi isterinya sendiri tidak dapat diselamatkan. Begitulah takdir bergerak mengikut kehendak Ilahi. Telefon bimbit milik Megat berdering mendendangkan muzik piano yang merdu. Megat menyentuh skrin telefonya, lalu mendekatkan ganggang telefon ke lubang telinga.

"Assalamualaikum Megat. How are you? aku telefon kau dari semalam tak angkat" sapa satu suara lembut yang membuat hatinya yang sejak semalam tidak tenteram menjadi lega seketika.

"I'm okay" jawabnya ringkas tersenyum nipis.

"Aku... aku risau gila dengan kau. Boleh kita jumpa?"

"Sure"

***

Sedikit gegaran berlaku ketika pesawat Boeing 744-001 CR ingin mendarat di Lapangan Terbang Besar Samudera. Lena Khairul sedikit terganggu dek sedikit hentakan pesawat itu.

"Khai, bangunlah kita dah sampai dah ni" kejut Shakir perlahan.

"Panasnya" getus hati Shakir apabila menyentuh tubuh Khairul.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now