Yoongi menekan pedal minyak. Keadaan semakin huru-hara, van yang dinaiki seperti roller-coaster yang amat mengerikan. Hanya beberapa meter lagi jarak di antara van kami dengan kereta itu.

Gaya Yoongi yang cekap mengawal stereng berjaya melanggar belakang kereta itu sedikit, keadaan bandar yang sibuk tidak dipedulikan lelaki itu. Tiada satu kenderaan pun yang dilanggarnya.

Kereta itu kemudiannya membelok laju ke kiri di simpang, Yoongi memusing stereng ikut belakang. Hampir nak terbalik van. namun masih stabil lagi.

"Aku tak rasa dia nak pergi ke arah hospital. Sepatutnya dia jalan terus, hospital dekat sana. Apa tujuan aku kejor kereta niee??!!", ujar Yoongi. Namjoon yang cuba menahan loya cuba menyampaikan sesuatu. Skrin cahaya dinyalakan bagi menyatakan satu plan.

Ya plan terbaru untuk hentikan kereta itu.

Done!

Kami semua mengangguk, bumbung van dibuka secara automatik dan Taehyung keluar dari atas. Bersedia untuk lompat ke atas kereta itu.
Aku akan terus duduk di dalam dan jaga berlian itu.

Jimin pula membuka cermin van, dia menyuahkan kepala ke arah luar lalu mengacukan pistol. Tayar kiri kereta itu menjadi sasaran.

Get ready.


______♛______

Jungkook berdiri kaku seorang diri di lorong itu, orang di sekeliling tidak berani untuk cuba menegurnya. Kepalanya mengalirkan cecair darah yang likat hingga membasahi kolar baju kemeja putihnya. Dia tersenyum sinis...

Tidak berkata panjang, Jungkook bergerak ke tingkat atas di mana Hoseok ditempatkan di situ. Dia mengambil jalan di tangga kecemasan. Setiap anak tangga dipijaknya satu per satu. Nafas dikeluh berat.

Bagai seekor arnab bengis yang dahagakan air embun daripada sekuntum bunga yang mekar di pagi hari.

Dia terus memburu– Sehinggakan–


"Gotcha~", bilik yang bernombor 0294 telah dijumpai. Pintu ditolak perlahan, selangkah kaki masuk ke dalam bilik yang sunyi itu.

Hoseok yang masih terbaring di atas katil dengan matanya berbalut ditenung lama. Jungkook menutup daun pintu dan bersandar sebentar. Entah mengapa nafasnya begitu memenatkan, dia cuba melawan bisikan itu lagi.

No, he can't.
Jungkook merapati katil Hoseok, di tangannya sudah tersedia dengan sepucuk pintol. Perlahan-lahan senjata itu diacukan ke arah kepala Hoseok yang masih tidak menyedarkan diri. Jungkook mengetap bibirnya sendiri...

Aku akan bunuh dia?


"Tak sabar nak tengok rupa adik aku seorang ni..."

"Eh Kook, macam mana rupa warna langit duh. Mesti gelap ja hahaahaha even panas haaahahaha uhuk–"

"Aku... tak nampak pun takpe. Janji aku still boleh hidup dengan korang haaa..."







"Come on sayang~ Cepat. Sebelum semuanya terlambat~", suara bisikan itu datang menghasut lagi. Jungkook mengalirkan butir air mata, tangannya terketar-ketar untuk menarik picu pistol yang akan menamatkan riwayat saudaranya itu.

"A-Aku tak boleh...hiks apa tujuan kau nak aku bunuh dia..."

"Untuk aku sayang~"

"NO!"

"Kau tak nak buat untuk aku? Ouh wow~ Jangan menyesal jika aku yang menggantikan tempat kau. Jeon~", balas suara misteri itu.

Blank.

Jungkook tersedar semula. Pistol terlepas daripada pegangan, selangkah dua dia terundur ke belakang. Nafasnya diatur secara tercungap-cungap.
Bila dilihat ke arah cermin, habis kepalanya basah dengan darah yang bercampur peluh sendiri. Air mata yang membasahi pipi dikesat laju.


"Look at you Jeon! Kau memang gila!", Jungkook bengang terhadap diri sendiri dan segera mencuci darah yang melekat di kain fabrik kemejanya di sinki. Hoseok dipandang sekilas dengan rasa gugup.

"Aku kena jaga Hobie hyung..."


BOOM!!
Satu gegaran membuatkan imbangan badannya kurang sesaat, struktur bangunan itu seperti diserang dengan satu letupan di tingkat bawah. What?? Jungkook berlari ke arah tingkap dan menyelak langsir bagi melihat keadaan di bawah.

Orang awam lari bertempiaran. Asap juga berkepul keluar daripada bangunan yang diduduki. Terdiam sejenak dibuatnya lelaki berambut hitam itu.



"A-Apa yang terjadi?", Jungkook bergegas ke arah butang yang terletak di sisi katil Hoseok lalu ditekan bagi meminta pertolongan. Dua orang jururawat datang dengan tergopoh-gapah, agak terkejut mereka berdua dengan keadaan Jungkook.

"Tolong saya keluarkan Hobie hyung dari sini. Tempatkan dia di tempat yang selamat. Cepat!", arah Jungkook. Tanpa membuang masa, dua orang jururawat itu cuba menolak katil Hoseok untuk dibawa ke tempat yang lain. Pesakit yang lain juga.

Jungkook mengikuti langkah mereka dan cuba mendail Yoongi. Keadaan di dalam hospital itu semakin huru-hara, puncanya tidak dapat dikesan lagi. Siapa yang letupkan tempat ni?



Panggilan tidak dijawab...





-End Chapter 26-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now