Jasmine terdiam seketika.

"Saya tak tahu macam mana saya boleh ada dekat sini."

Hazrin merenung wajahnya. Sama seperti renungan terakhir Hazrin sebelum berangkat ke Frankfurt setahun yang lalu.

"Hazrin, saya rindu awak sangat. Awak pergi mana? Kenapa awak tak balik?"

"Ini tempat favorite awak kan?" Ujar Hazrin sambil tersenyum.

Jasmine terdiam lagi. Kenapa Hazrin tak jawab soalan-soalan aku? Apa dah jadi pada dia sebenarnya? Ke mana dia menghilang selama setahun ini?

"Awak sihat kan, Hazrin? Awak akan balik kan?" Jasmine tidak henti menyoal.

"Adam dan Hawa sihat kan?"

Jasmine mengangguk. Dia mencuba lagi untuk bergerak. Tetapi, di saat kakinya sudah boleh bergerak, dia terlihat Lily di sisi Hazrin sambil memeluk lengan lelaki itu. Jasmine terpaku.

"Min, aku bawa Hazrin ya?" Ujar Lily.

Jasmine menggeleng laju.

"Tak, Ly. Kau nak bawa Hazrin pergi mana?" Soal Jasmine.

Lily tersenyum nipis.

"Dah cukup masa kau dengan Hazrin dekat dunia, Min. Aku dah lama tunggu dia." Balas Lily.

"Tapi, dia suami aku, Ly. Aku perlukan dia." Ucap Jasmine.

"Dia pun suami aku, Min. Aku pun perlukan dia!" Balas Lily lagi.

Jasmine tidak mengerti dengan situasi yang sedang berlaku itu. Aku mimpi ke apa ni? Kenapa rasa macam real?

"Apa maksud kau, Ly? Tolong jangan bawa Hazrin. Aku masih perlukan dia dekat dunia ni."

Kelihatan Lily berbisik sesuatu di telinga Hazrin dan lelaki itu angguk.

"Hazrin, jangan tinggalkan saya. Jangan ikut Lily. Awak dah janji dengan saya kan? Please, Hazrin. Saya merayu. Balik la sini, saya rindu awak sangat. Anak-anak rindu awak!" Ujar Jasmine.

"Maafkan saya, Min!" Ucap Hazrin.

"Lily!"

Jasmine semakin terpaku bila melihat kelibat arwah abahnya yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Lily dan Hazrin memandang wajah Jasmine dengan pandangan seribu makna tersirat.

"Kami pergi dulu!" Ucap Lily.

Jasmine menggeleng-geleng. Dia cukup tidak suka dengan kata-kata itu. Bayang-bayang mereka semakin lama semakin hilang. Dia jadi takut.

"Hazrin, jangan pergi. Jangan tinggal kan saya, Hazrin." Jerit Jasmine kuat.

Wajah abahnya dipandang.

"Abah, jangan bagi Lily bawa Hazrin. Tolong Min, abah." Jasmine menjerit meminta pertolongan abahnya pula.

Tapi, bayangan itu tetap menghilang. Kini tinggal dia seorang diri di taman yang sunyi itu. Tiada Hazrin, tiada Lily dan tiada abahnya juga. Hazrin, jangan tinggalkan saya. Saya takut!

"Hazrin!" Jerit Jasmine.

Puan Liana mengejut Jasmine yang sedang meracau itu.

"Min! Ya Allah, kenapa ni? Bangun, Min!" Kejut Puan Liana.

Jasmine terjaga dari lenanya yang terasa sangat panjang. Wajahnya berpeluh-peluh. Dia melihat wajah ibunya di sisi. Puan Sri Hazimah, Hidayah dan Sumayyah juga berada di bilik itu.

"Min kenapa ni? Min mimpi apa sampai Min meracau macam ni?" Soal Puan Liana.

"Ibu!" Terus tubuh ibunya dipeluk erat oleh Jasmine dengan linangan air mata.

Puan Liana kaget. Namun, dibalas juga pelukan anaknya itu. Rambut Jasmine dibelai lembut.

"Kenapa, Min?" Soal Puan Sri Hazimah pula. Dia turut duduk di sisi menantunya itu.

Jasmine meleraikan pelukan.

"Min mimpi jumpa Hazrin, ma!"

Mereka semua saling berpandangan.

"Lepas tu, apa jadi?" Soal Puan Liana.

"Hazrin pergi dengan Lily, ibu!"

Sumayyah tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Dia memegang tangan Hidayah. Hidayah memeluk bahu Sumayyah. Dia faham apa yang wanita itu rasa kerana dia juga merasakan hal yang sama.

"Ibu, mama, Min redha kalau Rin betul-betul dah tak ada. Tapi, kalau Rin memang dah tak ada, Min nak tengok kubur dia. Sekurang-kurang nya Min tahu yang dia dah tak ada."

"Min sabar ya, nak? Mama pun sedih bila fikir pasal Rin. Rin tu anak mama, mama yang lahirkan dia. Mama lagi terasa kehilangan dia, Min. Tapi, kita tak tahu apa yang jadi kan? Kita sendiri tak tahu sama ada Rin masih hidup atau dia dah meninggal dunia. Tak ada siapa yang tahu melainkan Allah, Min. Kita doa banyak-banyak untuk Rin ya, sayang?" Pujuk Puan Sri Hazimah.

"Tapi, apa maksud mimpi Min tadi tu, ma? Kenapa Min rasa seolah-olah Rin memang dah pergi dari dunia ni?"

Sumayyah semakin tidak mampu berdiri di situ melihat keadaan Jasmine. Dia meminta diri dari Hidayah dan keluar dari bilik Jasmine. Dadanya terasa sesak saat dia menutup pintu biliknya. Hazriq memandang pelik ke arah isterinya.

"Su, awak kenapa?" Soal Hazriq.

Sumayyah berjalan lemah ke arah Hazriq dan duduk di birai katil di sisi suaminya. Air matanya kembali mengalir.

"Su tak sanggup lagi tengok keadaan Min macam tu, abang. Dah setahun dia macam tu. Tiap-tiap malam meracau panggil nama Hazrin. Mimpi yang bukan-bukan. Itu belum Adam dengan Hawa lagi."

Hazriq terdiam mendengar kata-kata isterinya itu. Hazrin! Rin, mana kau? Kalau kau masih hidup, kau balik la ke pangkuan keluarga kau ni. Tapi, kalau kau dah tak ada, kitorang cuma mampu doakan kau dari jauh je.

Seharum Bunga JasmineWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu