"Adam demam?"

Puan Sri Hazimah mengangguk. Jasmine segera berlalu ke bilik anak lelakinya itu. Di dalam bilik, Hidayah sedang menemani Adam yang sedang berbaring di atas katil.

"Adam! Sayang mama demam ya?" Ujar Jasmine sambil menyentuh dahi anaknya itu. Ya Allah, panasnya!

"Mama, papa mana? Kenapa papa tak balik lagi?" Soal Adam.

Jasmine sedaya upaya menahan air matanya dari mengalir di depan Adam bila anak itu menyebut soal papanya.

"Papa work kan, sayang? Nanti papa balik la!" Jawab Jasmine.

"Adam rindu papa!"

Mama pun rindu papa, sayang!

"Iya, nanti papa balik ya, sayang? Now Adam kena pergi klinik dulu okey? Adam tak sihat kan?"

"Tak nak, Adam nak tunggu papa!"

Jasmine menarik nafas dalam. Cuba menguatkan diri sendiri. Ini baru Adam yang bertanya soal papanya. Belum Hawa lagi. Mereka lebih rapat dengan Hazrin kerana itu Adam tercari-cari kelibat papanya.

"Macam mana Adam nak tunggu papa kalau Adam sakit? Adam kena sihat, baru papa balik. Ya, sayang?"

"Kalau Adam pergi klinik, papa balik ke, mama?" Soal Adam.

Jasmine angguk.

"Ya, papa mesti balik!"

Hidayah yang memerhati dari jauh tidak dapat menahan air matanya. Kuatkan Jasmine! Kalau akak dalam situasi Min, akak tak tahu apa akan jadi pada akak.

"Akak, kita bawa Adam pergi klinik ea?"

Hidayah tersentak.

"Ha... Okey. Kita pergi sekarang la!"

Jasmine angguk.

*****

JASMINE menyelimutkan tubuh anak nya yang baru saja terlelap selepas makan ubat sebentar tadi. Wajah Adam yang memang seiras Hazrin itu membuatkan dia makin sedih.

Hazrin, awak dekat mana sekarang? Walau di mana pun awak berada, saya harap sangat awak tak apa-apa. Saya akan sentiasa tunggu awak dekat sini.

"Min!"

Jasmine toleh.

"Kak Dayah!"

"Min okey?"

Jasmine angguk.

"Min memang seorang wanita yang kuat. Macam-macam dah dugaan yang Min lalui, akak tengok sikit pun Min tak pernah  mengalah."

Jasmine tersenyum nipis.

"Min ni tak kuat mana pun, kak. Akak nampak jasad Min kuat. Tapi, dalam ni dah rapuh sangat, kak. Min tak tahu macam mana hidup Min lepas ni kalau Hazrin takkan balik lagi. Min takut, kak!"

"Jangan cakap macam tu, dik. Inshaa Allah, kita doakan semuanya selamat ya?" Ujar Hidayah.

Jasmine angguk lemah.

~~~~~

AHLI keluarga itu berkumpul di ruang tamu selepas hampir dua bulan berita kehilangan pesawat AZ 232. Jasmine hanya membatu. Jiwanya sudah hilang separuh.

"Papa rasa kamu semua pun dah tahu kenapa papa kumpulkan kamu semua di sini kan?" Ujar Tan Sri Zaman.

Mereka hanya mengangguk. Keluarga Naufal dan keluarga Nik juga berada di situ. Hazriq yang menelefon mereka. Ibu Jasmine juga berada di rumah itu.

"Malam ini kita adakan lagi solat hajat untuk Hazrin serta seluruh anak kapal dan juga penumpang pesawat AZ 232 yang hilang di langit Frankfurt dua bulan lepas!"

Mereka mengangguk lagi mendengar kata-kata Tan Sri Zaman itu. Setiap hari keluarga itu membuat solat hajat tanpa ada rasa jemu. Di masjid-masjid juga turut diadakan solat hajat untuk para krew penerbangan dan juga penumpang AZ 232.

Sumayyah memegang tangan Jasmine yang hanya membisu itu. Jelas wajah wanita itu menunjukkan bahawa dia benar-benar sudah hilang semangat. Air matanya juga sudah mengering.

Sungguh, dia tidak mahu merasai kehilangan lagi. Dia sudah hilang ayah dan kakaknya. Dia tidak mahu kehilangan suami pula.

"Naufal dan Nik ada sekali kan malam nanti?" Soal Hazwan.

"Ada, long. Hazrin tu kawan baik kitorang sejak kecil lagi. Kitorang pasti ada untuk sama-sama doakan dia." Jawab Naufal.

"Betul, long. Along jangan risau la!" Sokong Nik pula.

Hazwan mengangguk.

"Along tahu macam mana rapatnya korang bertiga. Hazrin tu lebih rapat dengan korang berbanding dengan along."

Mereka berdua pula mengangguk.

"Kalau macam tu, kitorang minta diri dulu la. Malam nanti, kitorang datang balik!" Ujar Nik.

Mereka semua berdiri.

"Balik dulu, auntie, uncle, mak cik!"

Tan Sri Zaman, Puan Sri Hazimah dan Puan Liana hanya mengangguk. Mereka pamit kepada yang lain juga. Aufa dan Rose berkata sesuatu kepada Jasmine yang membuat wanita itu mengangguk-angguk.

"Achik hantar korang keluar ya?" Ujar Hazriq tiba-tiba.

Naufal dan Nik mengangguk. Mereka keluar tidak lama kemudian.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now