Bab 68⏳

3.2K 521 124
                                    

Aianos | Forever

“ARGH! Sungguh comel anak buahku ini!

Bahu Jimin dipukul bila suaranya agak kuat. Nasiblah Haeyoon dah bangun, bayangkan kalau dia tidur tadi?

Mahu seharian dia menangis terkejut disebabkan pakcik kepoh dia datang.

“Eii omel. Ah ya, kenapa tak namakan dia sempena nama aku? Jimin? Kan ada perempuan nama Jimin.” soal Jimin serentak buatkan Taehyung dan Jiyoon merenungnya tak puas hati.

“Kalau kau nak letak nama tu, baik kau kahwin dulu. Buat baby sendiri, lepas tu kau namakanlah anak kau tu dengan nama kau. Biar keliru satu keluarga.

Eii, tak hinginlah aku letak nama anak aku dengan nama kau, nanti tak laku.” perli Taehyung buatkan Jimin merengus kecil.

“Pakcik bila nak kahwin? Takkan nak jadi bujang terlajak?” soal Jaehwan.

Muncung bibir Jimin jadinya. Lengan Haerin digoncangnya bertujuan mahu mengadu dengan gadis itu.

Semua pakat nak kenakan dia.

Syedihlah cenggini.

“Kalau ada jodoh, pakcik kahwinlah.” balas Jimin dengan bibir yang muncung buatkan Haerin ketawa kecil.

Kena- kena lagi dengan Jimin yang dengan relanya membahasakan dirinya dengan panggilan pakcik.

Lah, ganteng- ganteng kok dipanggil pakcik?

“Em, aku ada belikan kau pakaian bayi. Sempat singgah kejap dengan kedai baju tadi. Comel- comel semuanya.

Nanti kalau Haeyoon dah besar sikit, pakaikan dia lepas tu gambar sebagai bukti, okay?” ucap Jimin dengan penuh terujanya beberapa plastik besar berisi pakaian bayi ditarik lalu diberikan kepada Taehyung.

“Banyaknya kau beli. Tak membazir ke?” soal Taehyung dengan dahi yang berkerut.

“Alah biarlah! Daripada aku membazir ke benda yang tak berfaedah. Kan lagi elok aku belikan anak buah aku pakaian? Oh ya, Jiyoon dengan Jaehwan pun ada juga.” kata Jimin.

Asyik sungguh dia merenung wajah si Haeyoon. Geram dengan pipi tembam si kecil.

“Argh! Aku pun nak kahwin juga!” jerit Jimin tiba- tiba buatkan Taehyung menekup mulutnya.

Bising anak orang, Jimin!

“Carilah jodoh cepat, ni yang tengah baca ni pun boleh jadi. Terus masuk minang. Palli.” kata Taehyung, punggung Jimin dipukulnya geram.

Bibir Jimin kembali muncung.

Haih.

Kalaulah bakal isteri dia yang dulu tak lari, merasalah dia ada anak sekarang. Tapi itulah masalahnya, Jimin dulu suka menangguh- nangguh.

Sampai si gadis menghilang sebab tak tahan dengan perangai Jimin.

Yang peliknya, Jimin tak datang cari. Dia fikir si gadis hanya pergi sementara, tapi bila bertahun menunggu, Jimin baru perasan yang dia telah ditinggalkan.

Sedih tak?

Hiks.

“Pakcik!” lengan Jimin digoncang perlahan buatkan Jimin yang sedang mengelamun itu tersentak.

“Pakcik boleh cuba apps ni untuk cari jodoh, Yoon tak jamin akan bahagia atau berkekalan, tapi atleast samchon cuba. Right?” ujar Jiyoon seraya menayangkan telefon pintarnya kepada Jimin.

Berkerut dahi lelaki itu jadinya.

“Macam mana Yoon boleh ada apps ni?” soal Jimin, mata dikecilkan. Jiyoon cuma tersengih kecil.

“Taehyung-”

“Eh Jiyoon baru download lah! Untuk samchon, lepas samchon guna, Jiyoon uninstall lah!” jawab Jiyoon buatkan Jimin tergelak kecil melihat wajah gelabah Jiyoon itu.

“Betul ke ni?”

“Yalah!”

“Apa tu, Jiyoon?” soal Taehyung dengan dahi yang berkerut. Jiyoon menggeleng kecil lalu tersengih.

“Okay, samchon cuba.” Jimin merenung aplikasi tersebut.

“Eum... The Dating Game? Tinder? Omi? Jiyoon prefer yang mana?”

“Molla.”

“Eh, Jiyoon uninstall ni, samchon download dekat phone samchon sendiri.” ujar Jimin sebelum dia sendiri yang memastikan Jiyoon membuang aplikasi- aplikasi tersebut.

“Dah, pergi main jauh- jauh. Kalau dah selesai, samchon panggil Jiyoon. Okie?” ujar Jimin. Jiyoon mengangguk kecil sebelum dia melangkah pergi dari situ.

“Apa tu?” soal Taehyung. Kepala dijongketkan mahu melihat ke telefon Jimin.

“Aku nak cuba nasib dekat Tinder.

“Puft- BUAHAHAHHA” tawa Taehyung terlepas. Terlebih single dah Jimin ni.

“Kau, kalau aku buka program Mencari Jodoh Buat Park Jimin, beribu orang beratur nak jadi isteri. Tinder yang tak ada class juga kau pakai. AHAHAHAHHA” gelak Taehyung tak ingat dunia.

Nasiblah Haerin dah pindahkan Haeyoon keatas, kalau tak, hei, tak tahulah apa terjadi.

“Gelak, gelak. Aku sumbat baju bayi ni dalam mulut kau kang!” baju bayi dibaling ke wajah Taehyung yang tak berhenti- henti gelak itu.

.

Do check this story too;

Kerana dia by tgkujha

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now