Bab 55⏳

3.5K 675 116
                                    

Aianos | Forever

TAEHYUNG duduk diam diatas sofa ditengah ruang tamu tersebut.

Niatnya mahu menceroboh masuk tidur bersama Haerin terpaksa dia batalkan bila gadis itu sendiri yang terlebih dahulu mengunci bilik tidur.

Hasilnya Taehyung memilih untuk tidur di ruang tamu.

Haih, susahlah kalau bini dah merajuk ni.

Telefon pintarnya dicapai sebelum dia capai. Nombor Haerin dicari.

Tak nak temankan
saya tidur luar ke?
Sofa masih luas lagi.
Hey ingat tak yang saya tak
boleh tidur tanpa peluk benda?
how can i sleep without you?

Wifey🌈

+Tidur jelah mcm biasa.
+Pejam mata.
+Selesai.

aloh
Tak best.

+kesah pula.

Taehyung mencebik, dia mengiringkan tubuhnya ke kiri berhadapan dengan televisyen yang tak terpasang.

Sayang buat apa?

Wifey🌈

+tengok movie.

Nak ikottttt!

+Apa gunanya tv besar dkat tengah ruang tamu tu kalau awak tak guna?
+Dahlah jangan kacau.
+my hero nak keluar dah.

Your hero?
Sayang?

Taehyung berdencit kecil. Kalau Haerin cakap yang hero dalam movie tu lagi handsome dari dia, dia sanggup panjat tingkap bilik tidur sebab nak tidur dengan Haerin.

Dia akan goda Haerin habis-habisan. Baru Haerin tahu yang tak ada lelaki yang lagi handsome dari lelaki bernama Kim Taehyung! Suami dia ni!

Taehyung mengiring menghadap siling, telefon pintar sudah dibuang diatas lantai.

Bosanlah malam ni tanpa Haerin. Yalah, kalau ada Haerin dia boleh peluk erat- erat. Lena tidur dia.

Haih, tulah kau Taehyung, tak nak belajar dari kesilapan. Dulu pun kau buat Haera macam ni.

Dah ada bini cantik pun kau masih lagi nak menggatal, desis Taehyung dalam hati sebelum melepaskan satu keluhan kecil.

Baru saja dia mahu pejamkan mata, tak semena- mena televisyen dikirinya itu menyala menyebabkan mata Taehyung terbuka luas.

Terkejut!

Aduh.

Jangan cakap yang..

Taehyung...” panggil seseorang didalam televisyen yang memaparkan channel yang tergendala itu. Taehyung menelan liur.

Lambat-lambat dia bangun dari pembaringan sebelum duduk diatas sofa tersebut. Matanya sedang ralit meneliti kaca televisyen tersebut.

“Hae- Haera?”

Tolonglah jangan menggatal lagi...” ucapnya dengan suara yang separuh berbisik ditelinga Taehyung buatkan lelaki itu dengan cepat menoleh.

“Haera, janganlah macam ni. Saya tak suka-”

Awak fikir saya suka ke tengok awak menggatal dengan perempuan lain?” potong Haera sebelum wajahnya muncul di skrin televisyen.

Wajahnya masih lagi cantik, namun Haera sedang beriak sedih. Taehyung mengetap bibir.

Saya tak tenang selagi awak berdua macam ni.

Awak nak seksa saya ke?

Awak tak nak saya pergi ke? Awak nak saya kekal dekat sini dengan kamu berdua?” bertubi- tubi soalan yang Haera berikan buatkan Taehyung menggeleng berkali- kali.

“T- tak bukan macam tu.”

Macam mana?” soal Haera sebelum perlahan- lahan tubuhnya melangkah keluar dari kaca televisyen tersebut buatkan Taehyung menjerit takut.

“Haera berhenti!” jerit Taehyung seraya menekup wajahnya dengan tapak tangan.

Saya tak nak Haerin kecewa macam awak buat saya dulu...

“Saya minta maaf! Saya janji tak buat lagi! Tolonglah pergi!” jerit Taehyung seraya melambai- lambaikan tapak tangannya diudara.

“Taehyung? Taehyung!” bahu Taehyung disentuh sebelum ditepis perlahan oleh lelaki itu. Haerin mengerutkan dahinya.

“Kenapa ni?” soal Haerin lembut, laju Taehyung menundingkan jarinya pada televisyen.

“Hae- Haera..”

“Tak ada apa- apa pun.” ucap Haerin buatkan Taehyung laju mengalihkan tapak tangannya dari menghalang pandangan. Dia terkebil- kebil.

“Tadi ada.. err”

“Awak ngigau ni.”

“Taklah! Eh sayang nak pergi mana? Jangan tinggalkan saya kat sini!” laju Taehyung mengejar Haerin yang sedang berura- ura mahu melangkah naik ke tingkat atas.

“Saya tak nak tidur dengan awak!”

“AAAA NAK JUGAK!” jerit Taehyung sebelum menghempaskan tubuhnya diatas katil lalu berselubung didalam selimut.

Haerin cuma menggeleng kecil.

.

Happy 100k reader untuk fanfic Aianos ni😭❤~

Thank you yang sudi baca, nah mad love for you😠❤

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now