Bab 58⏳

3.9K 614 304
                                    

Aianos | Forever



SUAMI Puan tak apa- apa. Dia cuma mengalami gastrik kerana kurang makan, dan maafkan saya jika saya menyoal perkara ini.” Doktor lelaki itu menjeda ayatnya, cermin mata bulatnya dibetulkan.

“Suami Puan pernah berkahwin sebelum ini?” soalnya.

“Err, ya. Dia pernah berkahwin dengan kakak saya. Kenapa, ya?” soal Haerin, doktor lelaki itu mengangguk- anggukkan kepalanya.

“Dan kakak Puan pernah mengandung?” soalnya.

Haerin menggeleng lagi. Sekali lagi Doktor lelaki itu mengangguk kepalanya.

“Berat untuk saya katakan perkara ini kepada Puan, tapi suami Puan mandul. Saya ada check suhu badan dan tekanan darahnya, keputusannya agak tak memuaskan.”

Sample darah juga saya ada ambil sedikit untuk dibuat ujian. Tapi melalui penelitian saya, suami Puan tak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan sperma sihat, dalam erti kata lain.

Sperma suami Puan dah mati.” terang doktor lelaki tersebut.

Haerin tetap mendiamkan diri, dia tak tahu hendak membalas apa.

“Itu saja yang saya mampu terangkan buat masa ini, Puan. Untuk maklumat lanjut, saya akan maklumkan selepas ujian darah dilakukan. Saya minta diri, selamat malam.” ucap doktor lelaki tersebut sebelum dia melangkah keluar dari situ.

Haerin masih lagi terkebil- kebil. Jadi selama ini, bukan Kak Haeralah yang mandul?

It turns out, Taehyung yang mandul? What the fish is this?

Kreak.

Haerin menolak daun pintu bilik tidur yang menempati Taehyung itu. Lelaki itu sedang berselubung didalam selimut.

“Taehyung?” panggil Haerin. Namun tak ada jawapan dari Taehyung. Haerin lepaskan keluhan kecil sebelum dia labuhkan punggungnya dibirai katil.

“Taehyung? Are you sleeping?

Geunyang ka (just go) saya tak nak jumpa sesiapa buat masa ni. Leave me alone.” balas Taehyung. Haerin mendiamkan diri.

“Kenapa ni Taehyung?”

“Saya malulah Haerin! Benda tu adalah perkara yang paling ditakuti buat kaum lelaki!” pekik Taehyung buatkan bahu Haerin sedikit terhinjut.

Terkejut dengan Taehyung yang tiba- tiba saja menaikkan nada suaranya itu.

Yalah, selama dia tinggal dengan Taehyung, lelaki itu tak pernah walaupun sekali mengasari dirinya, apatah lagi meninggikan suara. Ini kali pertama Taehyung bersikap sedemikian.

“Saya dah tak berguna, Haerin... i can't give you baby. Saya malu...” bisik Taehyung, nada suaranya rendah seperti sedang menangis. Seketika kemudian terdengar bunyi hingus ditarik.

Haerin menarik nafas lalu menghembuskannya.

“Saya tak kesah pun Taehyung, kalau kita memang ditakdirkan untuk hidup berdua selama- lamanya, saya rela. Tak ada anak tak bermaksud kita tak boleh bahagia Taehyung.

Banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk dapatkan anak, contohnya dengan mengambil anak angkat. Janganlah macam ni, Taehyung...” pujuk Haerin, lengan Taehyung disentuhnya sebelum lelaki itu sendiri menepisnya.

“Saya lelaki tak guna Haerin... baik awak tinggalkan saja saya. Saya dah tak berguna buat perempuan macam awak-”

“Hey, kenapa cakap macam tu? Tahu tak didalam dunia ni, setiap manusia yang lahir sudah ditulis jalan hidupnya oleh Tuhan? Ada yang bahagia, ada yang tak bahagia.

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now