Bab 3⌛

4.6K 636 128
                                    

Aianos | Forever

LANGKAH kaki Taehyung dan Haerin sama- sama terhenti bila dia lihat Haerin yang baru keluar dari kamar mandi itu, sedang berkemban.

Taehyung meneguk air liurnya sedikit kasar manakala Haerin terkebil- kebil. Cepat- cepat dia melangkah ke almari untuk mendapatkan baju tidur.

Taehyung pula gelabah berjalan ke katil sebelum melabuhkan punggung dibirai katil, matanya gatal dan bagai digaru- garu hendak melihat Haerin, namun hatinya menghalang. Tak patut dan tak boleh.

Kelibat gadis itu hampir sama dengan mendiang bekas isterinya Haera, buatkan hati lelakinya menjerit kata rindu.

Haera, dia rindukan Haera.

“Taehyung? Awak okay?” soal Haerin, pelik dia melihat Taehyung yang merenung wajahnya dari tadi. Cepat- cepat Taehyung alihkan pandangan.

“A- aku okay.” balasnya. Sempat dia mengerling wajah polos Haerin sebelum dia rebahkan tubuhnya diatas katil, selimut putih ditarik hingga ke leher.

Haerin cuma memandang pelik. Dia labuhkan punggung di birai katil lalu telefon pintarnya dicapai, dari tadi telefonnya bergetar menandakan ada pesanan dari group Whatsapp keluarganya. Tubuh dibaringkan atas katil, membelakangi Taehyung yang pastinya.

ParkFamily💗

Averaaa
+@haerin
+Akak haerin cntik sngatlah! Sepadan sngt dengan abang tae!

ParkJeman👀
+yelah, pengantin kilat.
+nasib tak lari dua ekor tu
+sempat jga dikahwinkan

P.wonhaee
+dey
+bang jeman bila lagi?

ParkJeman👀 went offline.

Daddypark
+asal tnya pasal kahwin je offline.
+eloklah tu.

Mommypark
+Huhu
+tak merasalah nak timang cucu keluarga park tu!

Haerin cuma tergelak hambar. Hey, fikir happy ke orang yang kena paksa kahwin ni? Dengan bekas suami kakak pulak tu! Argh!

Drt drt!

New messages from Averaaa

+akak haerin okay tak?
+avera dah dengar cerita dari abang Jimin.
+about your marriage.
+i feel so sorry.

Haerin(you)
No, its fine.
Akak okay.

+oh btw, jaga- jaga tau akak.

Haerin(you)
Jaga- jaga knapa?

+abg tae tu kan bekas duda?
+mesti lain aura dia, kan?

Terdiam Haerin jadinya. Terus matanya dilirikkan pada Taehyung yang sedang berbaring membelakanginya.

Haerin(you)
Uish
Vera ni buat akak takut je.

Averaaa
+AHAHA
+btw, selamat pengantin baru akakku shantek!

Haerin (you)
Maseh, vera bila lagi?

Averaaa
+huhu
+tunggu habis belajar

Haerin(you)
Okay, belajar leklok

+🙌💗

“Haera..” panggil lelaki itu dalam tidurnya dan serentak lengannya melingkar pada pinggang Haerin. Tersentak gadis itu jadinya.

Teragak- agak Haerin mahu menegur. Telefon pintar diletakkan atas meja lampu, pelukan lengan Taehyung dia cuba longgarkan namun makin dia cuba, makin erat pula pelukan lelaki itu.

“Taehyung-”

Haera..” bisiknya tepat ditelinga Haerin. Gadis itu memusingkan tubuh agar berhadapan dengan Taehyung.

“Taehyung, ini saya Haerin, bukan Haera.” bisiknya, pipi Taehyung ditepuknya perlahan. Bila lelaki itu celikkan mata, pandangan mereka terpaut antara satu sama lain.

“Saya Haerin, bukan Hae-”

Belum sempat Haerin mahu habiskan kata- katanya. Bibir lelaki itu sudah menyatu dengan bibir miliknya. Haerin bulatkan mata.

Terkejut! Terus tubuh Taehyung ditolaknya hingga ciuman mereka terlerai.

“YAHHH!”

ParkFamily💗

ParkJeman👀
+korang ada dengar suara orng menjerit tak?

.

Huhu, kalau duda ni mmg hot ke sntiasa?

Okay 3 chapter je untuk hari ni, arasseo?

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now