RAYA SPECIAL I

6.8K 575 80
                                    

"Sayang! Kejap." Hilman memanggil Umairah yang sudah turun dari kerusi dan menapak ke arah sliding door rumahnya. Wajah gadis itu masam mencuka sewaktu melangkah kembali ke bilik Imran.

"Sayang!" Untuk kali kedua, Hilman memanggil Umairah kembali. Umairah berhenti menapak sebelum menoleh ke arah Hilman yang berada di pagar rumahnya. Sambil tayang wajah cemberut, Umairah menjeling ke arah tunangannya itu.

"Hmph!" Umairah berpeluk tubuh seraya menapak ke masuk ke dalam bilik Imran. Hilman mengeluh perlahan. Hanya mampu melihat bayang Umairah yang semakin menjauh. Umairah menarik sliding door dengan kasar sehingga mengejutkan Imran yang baru duduk di atas katilnya.

"Kau kenapa ni Maira?" Melihat wajah cemberut Umairah, Imran segera bertanya. Tangan adiknya ditarik agar gadis itu duduk di sebelahnya. Umairah tidak menjawab sebalijnya hanya memeluk tubuhnya.

"Gaduh dengan Bang Ngah lagi?"

"Suka hatilah." Jawab Umairah acuh tak acuh.

"Maira--"

"Dahlah nak tidur." Tanpa mendengar bicara selanjutnya daripada Imran, Umairah bangkit dan berura-ura ke arah pintu bilik abangnya. Imran hanya mampu mengeluh. Songkok yang berada di atas kepalanya dibuka dan diletak ke atas drawer. Quran yang berada di tangannya diletakkan kembali ke tempatnya. Niatnya untuk membaca satu muka surat Quran setelah solat terawih sebentar tadi terbantut dek melihat Umairah yang cemberut.

"Maira. Sini!" Suara Imran tiba-tiba berubah tegas. Umairah yang baru sahaja memegang tombol pintu bilik abangnya terhenti. Segera dia menoleh. Sedikit cuak tatkala melihat wajah abangnya yang tegang.

"Along cakap sini." Arah Imran lagi. Nak tak nak Umairah akur. Gadis itu menapak kembali ke arah Imran. Punggungnya dilabuhkan ke atas birai katil, bersebelahan dengan Imran.

"Tolonglah jangan cemburu sangat. Kesian Bang Ngah." Ayat mukaddimah  Imran menyentak tangkai hati Umairah. Segera wajah abangnya direnung. Macam mana along tahu?

"Mana ada."

"Ada. Along perasan. Bang Ngah kau tu sebaik-baik lelaki dah tu. Tak pernah layan orang lain. Along tahu kau sayang Bang Ngah, tapi jangan cemburu buta. Berpada-padalah." Pesan Imran lagi. Umairah menunduk. Walaupun nasihat abangnya tepat mengenai hati, dia masih tidak berpuas hati.

"Bang Ngah cerita kat along ke? Lelaki, memang back up lelaki lah." Gumam Umairah perlahan. Masih lagi berdegil. Kejadian petang tadi bermain dibenaknya. Hatinya panas ketika ada seorang gadis cantik menegur Hilman di pusat membeli belah itu. Katanya kawan kerja, tapi kenapa perempuan tu macam peramah?

"Mulut tu elok sikit. Tahu kau cuti, emosi tu jangan terbawa-bawa sangat. Bang Ngah tu penyabar betul layan perangai kau. Jangan sampai dia hilang sabar."

"Kalau Bang Ngah nak cari lain, carilah." Umairah segera bangkit dari duduknya dan berlalu ke biliknya dengan amarah yang semakin membuak-buak. Lelaki semua sama. Umairah merebahkan badannya ke atas katil dan mula menangis teresak-esak. Umairah sakit hati dengan kata-kata Imran. Dalam kepalanya sudah pelbagai andaian menjelma. Umairah bukannya mahu cemburu buta, tetapi Umairah takut kehilangan Hilman. Punyalah susah nak dapat, andai dia hilang Hilman lagi macam mana?

Maira tak nak hilang Bang Ngah.

---

Imran mengeluh perlahan. Tak sangka kata-katanya semakin mengguris perasaan Umairah. Jejaka itu lekas sahaja bangkit dari kationya dan mula menapak keluar menuju ke pagar yang menjadi penghalang antara rumahnya dan rumah Hilman.

"Ngah." Tegur Imran ketika anak matanya menangkap Hilman yang sedang bertumbuk. Hilman segera berhenti dan mula melabuhkan punggungnya ke atas pangkin yang berdekatan.

"Okay ke?"

"Maira okay long?" Soalan Imran dibalas soalan oleh Hilman.

"Nampak macam tak okay lagi tu. Apa jadi?" Imran jungkitkan keningnya. Hilman memgeluh perlahan. Kain yang dililit pada tangannya dibuka.

"Maira cemburu. Tadi ada kawan kerja aku tegur masa aku keluar dengan dia. Perempuan. Aku nak terangkan, tapi dia tak nak dengar. Aku tak tahu nak buat macam mana." Hilman mengeluh lagi. Langsung tiada senyum di wajahnya.

"Maira ni. Esok lusa nak kahwin dah, buat perangai lagi." Imran turut mengeluh saat mengenangkan adiknya. Bahu Hilman ditepuk perlahan, memberi kekuatan kepada bakal adik iparnya itu.

"Takpe, long. Aku tahu dia sayang aku. Itu yang macam tu. Punyalah susah dia nak dapat aku, takkan dia tak boleh cemburu. Lagipun cemburu tanda sayang." Hilman cuba berkata positif. Saat Umairah cuba menambat hatinya dahulu mula bermain dibenaknya. Susah payah sang gadis menyatakan sayangnya namun ditolak beberapa kali. Ada logiklah kalau dia nak cemburu sekalipun.

"Tapi tak elok lama-lama macam ni. Nanti hidup kau--"

"Kau doa baik-baik je long. Nanti aku settle dengan dia." Hilman memeluk bahu sahabatnya itu sambil mengukir senyumnya. Nak tak nak Imran terpaksa mengalah. Mungkin Hilman ada caranya.

---

Komen banyak banyak guys!

Nanti ada sambungan part II.

Aku dah hampir lupa dah cerita ni. Betulkan hero Hilman? AAHAHHAHAHAHAHAHAHHA

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now