Tujuh Belas

6.5K 553 33
                                    

Ian_

Abang dah ada kat luar rumah.

Maira_

Gimme five minutes.

Nak pakai kasut jap.

Ian_

Baik.

Usai mengikat tali kasutnya, terkedek-kedek Umairah berlari anak keluar dari rumahnya. Pintu pagar dibuka sambil mengerling jam tangannya. Bimbang membuat Ian menunggu lama.

"Abang--" Panggil Umairah perlahan. Ian membuka earphonenya dan lantas menoleh ke arah Umairah. Senyumnya automatik terukir ketika melihat Umairah sudah berada di sebelahnya.

 Senyumnya automatik terukir ketika melihat Umairah sudah berada di sebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sweet." Puji Ian. Keningnya dijungkitkan. Pintu kereta dibuka dan Ian mempersilakan Umairah masuk. Usai sahaja menutup pintu, Ian laju sahaja menapak ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin.

"Fuh, nasib baik sempat." Tanpa disangka, pintu belakang kereta dibuka dari luar. Ian dan Umairah berpaling serentak. Hilman dan Imran sudah tersengih-sengih di belakang. Tanpa dipelawa mereka melabuhkan punggung dan menutup pintu kereta, seolah-olah mereka sebahagian daripada perjalanan pada hari ini.

"Korang nak pergi mana ni?" Ian bertanya sambil mengukir senyumnya. Ketawanya kecilnya terhambur. Tidak menyangka Hilman dan Imran dapat menghidu rancangannya pada hari ini.

"Mana Along dengan Bang Ngah tahu ni?" Tanya Umairah pula.

"Kan, Maira? Hancur date kita hari ni." Ian pula mendukung kata-kata Umairah dengan penuh keyakinan.
"Aku tak percaya korang keluar berdua." Ujar Imran, meluahkan kerisauannya.

"Bang Ngah boleh pulak keluar dengan Maira?" Soalan Umairah keluar dari mulutnya. Umairah segera mengerling ke arah abangnya, Imran. Padahnya, Imran menyekeh kepala Umairah sehingga mengaduh kesakitan.

"Diam." Bisik Imran

"Haa-- ini aku tak suka. Apahal aku tak boleh, Hilman boleh? Ini diskriminasi. Padahal Hilmanlah tak boleh. Dia dah ada awek. Aku, kasi chancelah. Aku nak ngorat adik kau." Kali ini Ian pula bersuara. Imran mengeluh. Ey aku bantai jugak kawan-kawan aku ni. Bentaknya dalam hati. Hilman buat tidak tahu. Jejaka itu menyandarkan badannya dengan tenang.

"Ah, mulai hari ni, semua tak boleh bawak adik aku keluar tanpa aku atau Irwan." Imran memberi kata putus yang dianggap adik baginya. Ian mengeluh perlahan. Hilman pula senyum puas hati. Senang hati apabila Umairah tidak akan keluar berdua dengan sesiapa. Umairah jungkitkan bahunya.

"Maira pakai seatbelt." Umairah akur. Seatbelt ditarik dan dipasang sebelum kereta itu meluncur di atas jalan raya.

"Bang Ngah nak tanya something ni." Tiba-tiba suara Hilman bergema setelah sekian lama menyepi.

"Hm bendapa?" Umairah layan acuh tak acuh.

"Semalam ada bunyi something jatuh tak?" Umairah teguk liur. Segera gadis itu membuang pandang. Tak semenanya figura-figura semalam kembali menempel di otaknya. Umairah menggigit bibirnya. Matilah aku.

"Kucing jatuh kerusi kut." Jawab Umairah dengan teragak-agak. Imran dan Hilman saling berpandangan dengan senyuman dibibir.

"Macam mana Maira tahu bunyi tu bunyi jatuh kerusi." Tanya Imran pula. Hah kantoi! Umairah segera menyengih. Wajahnya sudah membahang.

"So, abang Ian hot tak?"

"Long, pegang aku. Aku rasa nak cekik je Ian ni!" Bentak Hilman.

"Bukan kau je, Ngah. Aku rasa nak cekik jugak. Kurang ajar tanya benda tak senonoh kat adik aku." Sambung Imran. Ian ketawa mengekek. Sempat jejaka itu mengenyit matanya ke arah Umairah. Umairah menunduk malu. Jantungnya sudah tidak keruan. Entahlah. Abang Ian ni setanding Bang Ngah!

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now