Empat

7.8K 569 4
                                    

Umairah menyandarkan badannya pada pagar kecil rumahnya. Telinganya dipasang untuk mendengar derap langkah Hilman. Senang nak mengekor! Jam pada pergelangan tangannya dikerling. Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi, namun bayang Hilman langsung tidak kelihatan. Selalunya pukul 7 dah start, tapi batang hidung tak nampak lagi. Omel Umairah. Pintu pagar dibuka dan kali ini gadis itu bercekak pinggang. Masih lagi gagah menunggu Hilman.

"Tak jogging ke hari ni?" Umairah musykil. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Mungkin dia dah tinggal aku kot! Ish. Lantas sahaja langkahnya dibuka. Kelajuannya ditambah, berharap dapat terserempak dengan Hilma di tengah jalan. Habis satu round perumahan itu, kelibat Hilman masih tidak kunjung tiba.

Huh. Umairah mengeluh perlahan. Sampai sahaja di hadapan rumahnya, gadis itu berhenti seketika untuk menghilangkan mengahnya. Pintu rumah Hilman yang masih bertutup di tatap. Pergi mana eh?

"Maira--" Sapa seseorang. Lantas sahaja gadis itu mendongak.

"Eh, ibu." Balas Umairah sambil menyengih. Gadis itu lantas sahaja menapak ke arah Puan Diana yang sedang menguntum senyum.

"Lambat jogging hari ni?" Soal Puan Diana.

"Haah. Maira tunggu Bang Ngah, tapi tak keluar. Tu yang lambat tu." Adu Umairah langsung tidak bertapis. Puan Diana menggeleng perlahan namun senyumnya masih dibibir. Sungguh, Hilman dan Umairah bagaikan belangkas. Dari kecil sampai besar panjang, tak boleh berenggang. Namun sejak masing-masing sudah dewasa, mereka sudah pandai jaga batas, terutama sekali Hilman.

"Bang Ngah cuti katanya. Nak keluar kejap lagi dengan kawan dia." Mulut Umairah membentuk O. Patutlah. Kepalanya diangguk sebagai tanda faham.

"Ibu nak pergi kerja ke?" Puan Diana angguk.

"Kalau macam tu, Maira masuk dulu. Have a good day, ibu." Umairah melambaikan tangannya sebelum menolak daun pintu dan masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Sempat dia menapak ke kawasan belakang rumah. Kerusi dipanjat dan matanya melilau melihat persekitaran belakang rumah Hilman. Sliding door tansparen masih tidak dibuka. Bayang Hilman juga tidak kelihatan. Umairah mengeluh kecewa.

"Kau skodeng anak teruna orang pagi buta apahal?" Suara Imran menyapa gegendang telinganya. Umairah lantas menoleh. Gadis itu memanjat turun kerusi dan menapak ke arah pintu rumahnya. Wajah suram ditayang.

"Along bagitahu mak nanti." Sambung Imran lagi. Umairah tidak menjawab sebalikya berlalu dengan riak sedih.

"Dah-dahlah tu, Maira. Kau tu dah 21 tahun tau. Bukan kecik lagi. Bang Ngah pun dah 24 tahun. Dah besar panjang. Dia takde masa dah nak layan kau. Better dia layan awek dia." Langkah Umairah terhenti ketika perkataan awek menyapa gegendang telinganya. Lantas gadis itu menoleh ke arah Imran dengan riak terkejut.

"Bang Ngah dah ada awek?" Tanya Umairah perlahan. Tangannya tiba-tiba sahaja menggeletar. Tanpa perasaan, Imran mengangguk laju. Mengiyakan pertanyaan adiknya.

"Bohong!" Nafi Umairah.

"Awek dia cantik. Along dah tengok." Umairah meneguk liurnya. Lantas sahaja gadis itu berlari anak menuju ke pintu utama. Masuk sahaja ke dalam biliknya, Umairah merebahkan badannya ke atas katil. Wajahnya ditekup dengan bantal. Kata-kata Imran terngiang-ngiang di telinganya.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now