Empat puluh dua

6.6K 553 94
                                    

"Hi Bang Ngah!" Usai sahaja memanjat kerusi, kepala Umairah muncul disebalik pagar tersebut. Namun tidak sampai sesaat, gadia itu kaku. Mulutnya ternganga.

Haris.

Puan Diana.

Matilah nak!

"Err hai Bang Long. Hai ibu. Sihat?" Terasa liur yang melalui kerongkongnya sangat pahit bagai hempedu tatkala ini. Puan Diana dan Haris masing-masing memandang ke arah Umairah dengan senyuman dibibir.

"Oh ini kerja Bang Ngah eh? Malam-malam dating dengan Maira?" Sakat Puan Diana sambil jungkitkan keningnya. Umairah menunduk sambil menggigit bibir. Habislah aku.

"Ma--mana ada ibu. Maira datang ni sebab ada something nak bincang dengan Bang Ngah. Tapi macam Bang Long dengan ibu ada hal dengan Bang Ngah, Maira mintak diri dulu. Esoklah Maira jumpa Bang Ngah. Good night Bang Long. Good night ibu, Bang Ngah!" Tanpa mendengar jawapan daripada mereka Umairah turun dari kerusi dan berlari ke arah bilik Imran dengan wajah yang membahang. Malunya bukan kepalang. Mana nak sorok muka ni dati Bang Long dengan ibu? Malu!

"Eh cepatnya?" Tegur Imran yang sememangnya menjadi pemerhati di pintu.

"Ada Bang Long dengan ibu. Malunya Maira!" Kepalanya digeleng beberapa kali seraya melangkah kembali ke biliknya. Mukanya disembamkan ke atas bantal sebelum gadis itu menjerit sekuat hati. Imran yang berada di bilik sebelah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Macam-macam!

---

Usai sahaja Puan Diana dan Haris menapak masuk ke dalam rumah, Hilman mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Nombor Imran dicari.

Hilman_

Long, Maira dah tidur?

Usai menghantar pesanan itu, Hilman mendongak memandang langit. Bintang-bintang indah bertaburan menyebabkan hatinya sedikit lapang. Bulan pula mengambang penuh pada malam ini. Benar kata orang, dalam pekat malam, pasti ada indahnya. Dalam diri seseorang, pasti ada baiknya.

Perbincangan panjang dengan Puan Diana dan Haris sebentar tadi sedikit sebanyak mengganggu gugat hatinya. Benarkah perkara itu adalah apa yang dia inginkan? Dadanya dipegang. Semoga semuanya berjalan lancar sahaja. Semoga langkahnya tidak terlambat. Mungkin ini adalah waktu yang tepat untuknya bertindak.

Imran_

Pehal cari adik aku?

Hilman_

I need to talk to her.

Imran_

Esoklah, Ngah.

Malam tak elok sangat.

Esok datang rumah, okay?

Hilman_

Okay.

Hilman mengeluh perlahan. Peristiwa petang tadi berlegar dimindanya.

"Sejak bila kawan dengan Maira?" Sudah menjadi kebiasaan, memang Imranlah yang bakal membuka bicara. Wajah garangnya ditayang. Muiz teguk liur. Enam lawan satu, mana aci!

"Dari diploma." Jawab Muiz sepatah. Perutnya makin kecut. Dahlah muka garang semua. Semua sepet kecuali Imran dan Irwan. Umairah ni ada kacukan cina ke? Abang-abang majoriti sepet!

"Berkawan elok-elok. Jangan buat benda tak elok." Pesan Haris dengan tenang. Senyumnya diukir seraya menepuk bahu Muiz beberapa kali.

"Kawan je, tak lebih?" Kali ini Hilman pula bersuara. Masing-masing mula beralih ke arah Hilman dengan senyuman penuh makna. Nampaklah jealous tu. Bang Ngah, Bang Ngah.

"Tak lebih. Maira tak suka saya." Suara Muiz sudah terketar-ketar. Siapa sahaja yang tidak cuak apabila berhadapan dengan enam jejaka itu. Payah betul nak dekat Umairah ni! Habislah bakal laki dia nanti. Gumam Muiz sendiri.

"Okay." Dengar sahaja jawapan daripada Muiz, Hilman tidak mampu menyembunyikan senyumnya. Hatinya berbunga riang. Mungkin masih ada peluang untuknya mengubah keadaan.

"Ada peluang. Cepat bertindak. Nanti kau rugi." Bisik Ian sambil menyiku perut Hilman. Hilman mengaduh kesakitan. Namun tidak sampai sesaat, senyum di wajah jejaka itu muncul lagi. Hilman menoleh ke arah Ian sambil memganggukkan kepalanya.

Brrr!

Brrr!

Hilman akhirnya kembali ke dunia nyata setelah telefonnya bergetar, menandakan ada pesanan WhatsApp yang diterima.

Umairah_

Sorry Bang Ngah.

Maira fikir Bang Ngah je yang ada.

Ini semua salah along.

Along yang suruh Maira cakap macam tu.

Hilman hanya mampu mengukir senyumnya seraya menggelengkan kepalanya. Macam-macam. Pesanan WhatsApp yang diterima di balas satu per satu.

Hilman_


Its okay.

Ibu dengan Bang Long je.

Macam tak biasa.

Ada apa nak jumpa Bang Ngah?


Umairah_

Esoklah.

Tak best kat WhatsApp.

Face to face baru best.

Hilman_

Okay.

By the way

Betul ke mata awak suci?

Bukan ke dulu hari-hari usha Bang Ngah tanpa baju?

Umairah_

Mana ada

Maira tertengok je.

Hilman_

Eceycey.

Ya ya je.

Umairah_

Ish Bang Ngah ni.

Malu Maira.

Hilman_

Tak payah malu-malu,

I love you ❤️

Cantik tak pantun Bang Ngah?

Lima minit berlaku, pesanan WhatsAppnya tidak dibalas oleh Umairah. Hilman mengeluh perlahan. Rambutnya diselak ke belakang. Aku direct sangat ke?

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now