Dua

10.4K 669 22
                                    

USAI menunaikan solat subuh, Hilman lantas sahaja keluar dari rumahnya untuk memulakan senaman pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

USAI menunaikan solat subuh, Hilman lantas sahaja keluar dari rumahnya untuk memulakan senaman pagi. Walaupun kantuknya masih ada, kakinya digagahkan juga untuk jogging. Hilman mengerling sekeliling. Nafas lega ditarik. Kelibat Umairah langsung tidak kelihatan. Selalunya ada je mengekor. Setiap hari!

"Good morning Bang Ngah! Handsome pagi-pagi nak pergi mana? Jogging je pun!" Hilman menjulingkan matanya ke atas. Poketnya digagau, mencari earphone. Bibirnya diketap apabila earphone tiada di dalam poketnya. Boleh pulak tertinggal! Lantas sahaja langkah dibuka seluas mungkin untuk menjauh dari Umairah.

"Bang Ngah, tunggu Maira!" Jerit Umairah sedikit kuat. Hilam buat bodoh. Jejaka itu masih dengan rentaknya. Ada sahaja karenah Umairah setiap pagi! Gagah mengikut Hilman jogging setiap hari.

"Bang Ngah, Itu pecut, bukan jogging!" Hilman ketap giginya. Lantas sahaja langkahnya dihentikan. Pinggangnya dicekak sambil menunggu Umairah tiba ke tempatnya.

"Kenapa berhenti?"

"Takde kerja lain?" Soalan Umairah dibalas soalan.

"Maira tengah tunggu keputusan UPU. So--"

"Tak penat ganggu aku hari-hari?" Pintas Hilman agak kasar. Wajahnya langsung tiada rasa bersalah. Setelah menamatkan pengajiannya beberapa bulan yang lepas, hidupnya tidak aman. Setiap masa, ada sahaja karenah Umairah sehingga dia naik rimas. Waktu kecil dulu, okaylah. Sekarang dah besar panjang. Sungguh dia perlukan privasi.

"Sorry." Umairah menunduk. Bibirnya digigit.

"Tak malu terhegeh-hegeh ikut aku?" Tanya Hilman lagi. Umairah diam. Tidak menjawab. Dadanya tiba terasa senak. Hatinya bagaikan dihiris belati.

"Kita dah besar. Bukan macam dulu lagi. Ingat sikit." Sambung Hilman lagi. Riak wajahnya tegang sahaja. Jejaka itu lantas membuka langkah, meninggalkan Umairah.

"Bang Ngah!"

"Stop! Aku rimas." Bentak Hilman menyebabkan Umairah terkedu. Gadis itu terpaku. Matanya memandang Hilman dengan berkaca-kaca. Umairah tidak berganjak. Kakinya bagai digam. Hilman yang semakin menjauh hanya mampu dilihat dengan matanya.

"Bang Ngah, tunggulah." Bisik Umairah perlahan. Air matanya mula mengalir membasahi pipi. Hatinya berkecai setelah mendengar setiap bait yang diutarakan oleh Hilman. Sakit. Umairah jatuh terjelepok di atas jalan tar. Lemah segala urat sendinya.

"Bangun." Tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinganya. Umairah mendongak dengan air mata yang berlinangan. Hilman ternyata kembali mendekatinya.

"Bang Ngah--"

"Ya, bangun." Hilman menyahut dingin. Perlahan-lahan Umairah bangun, mengikut arahan Hilman. Jejaka itu mengeluh perlahan. Lengan bajunya ditarik sehingga tangannya tenggelam. Air mata Umairah dikesat menggunakan hujung lengan bajunya. Cengeng.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now