Dua Puluh Lapan

5.9K 480 23
                                    

Umairah menyandarkan badannya pada pagar rumahnya. Gadis itu menunggu Hilman keluar seperti selalu. Telinganya dipasang agar setiap bunyi pintu atau derap kaki Hilman dapat didengarinya.

"Umairah!" Umairah teguk liur. Lantas badannya tegak. Wajahnya tidak berani diangkat. Hanya rumput yang menjadi tatapannya. Jantungnya bagaikan ingin pecah tatkala ini.

"Buat apa kat situ? Masuk!" Suara ibunya bergema lagi. Laju sahaja kaki Umairah diatur menuju ke arah rumahnya. Bibirnya digigit. Perutnya kecut. Selama ini, mana pernah kantoi! Malam nilah yang nak kantoi.

"Buat apa kat situ?" Puan Hani mula bercekak pinggang sambil merenung anak gadisnya. Lantas sahaja lengan Umairah ditarik agar membuntunti langkahnya ke ruang tamu. Puan Hani melabuhkan punggungnya.

"Jelaskan." Pendek sahaja ayat yang keluar dari mulut Puan Hani namun hal itu sudah cukup membuatkan lutut Umairah menggigil.

"Awak skodeng Bang Ngah?" Apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut Umairah, Puan Hani cuba menebak. Umairah teguk liur lagi. Terasa pahit dikerongkongnya. Puan Hani lantas sahaja bangkit dan mendekati anaknya.

"Nur Umairah binti Afwan, jawab."

"Maira tunggu Bang Ngah tadi." Jawab Umaira sambil menggigil. Suaranya tersekat-sekat. Takut!

"Kenapa tunggu Bang Ngah? Awak buat apa tunggu Bang Ngah tepi pagar macam tu?" Soalan bertubi-tubi keluar lagi dari mulut Puan Hani.

"Maira nak jumpa Bang Ngah je." Jawab Umairah lagi. Matanya sudah berkaca-kaca. Puan Hani mengeluh perlahan. Lengan Umairah ditarik perlahan agar gadis itu duduk disebelahnya.

"Kalau nak jumpa Bang Ngah, jumpa siang-siang. Malam macam ni tak elok. Dah lah malam, tepi pagar macam tu pulak. Tak elok Umairah. Jumpa siang-siang tu tempat terang. Takdelah timbul fitnah nanti." Puan Hani jeda. Keluhan berat dilepaskan.

"Awak tu dah besar panjang. Bukan umur enam tahun. Masa tu bolehlah nak tepuk tampar dengan Bang Ngah. Sekarang ni, semua dah akil baligh. Jaga batas. Walaupun awak anggap dia tu abang awak, dia tetap bukan abang awak. Bukan mahram awak. Bukan lahir dari rahim mak." Sambung Puan Hani lagi. Umairah mengangguk faham. Dia tahu semua itu, namun semuanya bagaikan angin lalu sahaja. Masih terikut-ikut dari kenangan zaman dulu.

"Tahu mak. Along dah pesan hari-hari."

"Haa, habis tu?" Puan jungkitkan keningnya.

"Maira janji Maira tak buat lagi. Sorry mak." Puan Hani mengelus rambut anak gadisnya itu. Lantas sahaja tubuh anaknya diraih ke dalam pelukannya.

"Janji?" Puan Hani bertanya untuk kepastian.

"Janji." Sahut Umairah dengan yakin.

---

Korang layankan jelah. Jangan persoalkan kenapa sekali mak sekali ibu. Aku lupa Umairah panggil Puan Hani apa.

Abaikan je eh? Malas nak baiki. HAHAHHAHAHA.

Thanks. Aku habiskan malam ni tau. In shaa ALLAH. Janji komen banyak banyak?

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now