Lapan Belas

6.5K 538 52
                                    

Setelah penat merayau satu mall, Umairah melabuhkan punggungnya ke atas kerus yang disediakan. Penat mengekor tiga orang manusia itu ke hulu dan ke hilir. Shopping kalah perempuan.

"Eh? Tak nak ikut dah?"

"Penat. Pergi jelah. Maira tunggu kat sini." Umairah menggelengkan kepalanya sambil mengangkat tangah. Menyerah!

"Takpelah. Along teman. Korang pergilah." Imran melabuhkan punggungnya di sebelah Umairah. Mungkin tidak berniat untuk meninggalkan Umairah sendirian. Ian dan Hilman tak semenanya turut melabuhkan punggung mereka.

"Eh apahal pulak ni?" Umairah jungkitkan keningnya sambil bertanya. Pelik ketika melihat mereka duduk.

"Abang Ian perlukan Maira untuk beli benda ni. Selalu girls ada taste yang elok." Ian memuncung, kononnya tayang muka sedih. Umairah ketawa kecil.

"Abang Ian ni kan, Maira cubit kang. Dah pergi. Nanti sampai sana video call. Maira tolong--"

"Alaa." Rengek Ian lagi. Hilman dan Imran masing-masing sudah tayang muka menyampah. Hilman lantas sahaja bangkit dan menarik tangan Ian, agar bangkit dan segera berlalu.

"Dah jom." Imran pula bangkit dan menarik sebelah lagi tangan Ian. Masing-masing tidak mahu Ian menggedik dengan Umairah. Nak tak nak Ian bangkit.

"Maira diam-diam kat sini. Apa-apa call Along." Umairah mengangguk perlahan. Anak matanya menghantar kepergian tiga orang jejaka itu yang semakin hilang dalam kelompok orang ramai. Umairah mengeluarkan telefonnya. Aplikasi Twitter dibuka.

"Maira?" Eh siapa pulak? Lantas sahaja Umairah mendongak. Kerut keningnya jelas kelihatan.

"Bang Long?" Haris senyum sahaja. Lantas jejaka itu melabuhkan punggungnya di sebelah Umairah.

"ang Long buat apa kat sini?" Tanya Umairah lagi.

"Tadi jumpa kawan. Habis jumpa kawan, Bang Long merayau jap. Tak sangka jumpa Maira. Datang dengan siapa?" Haris menjawab soalan Umairah dengan tenang sahaja. Senyumnya diukir sehingga lesung pipitnya kelihatan. Ni satu lagi pesen sepet ni. Gen sepet datang dari Ibu kut. Gumam Umairah sendiri.

"Along, Abang Ian dengan Bang Ngah." Jawab Umairah. Haris mengangguk faham. Mereka kembali senyap. Tiada topik untuk dibincangkan. Janggal. Memamg dari dulu, Umairah dengan Haris tidaklah serapat Umairah dan yang lain. Haris yang paling tua antara mereka. Yalah, Umairah baru masuk sekolah rendah, Haris dah masuk sekolah menengah.

"Maira dah makan?" Haris bersuara, memecah kesunyian.

"Belum. Tunggu diorang lah ni. Shopping kalah perempuan tau tak, Bang Long. Penat Maira." Adu Umairah sambil buat muka. Haris hanya mampu ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya.

"Jomlah kita pergi makan dulu. Nanti diorang dah siap, kita ajak diorang sekali." Haris lantas sahaja bangkit. Namun selepas itu dia kembali duduk mencangkung di hadapan Umairah. Aneh dengan gelagat Haris Umairah mendongak untuk melihat Haris.

"Ta--" Ujar Haris sambil mendongak.

"Auh!" Malangnya, kepala Haris mengenai wajah Umairah yang sedang menunduk. Umairah mengaduh kesakitan. Haris lantas memerika keadaan gadis di hadapannya.

"Sorry. Sorry. Bang Long tak sengaja." Pinta Haris. Jejaka itu semakin kalut ketika melihat cecair merah keluar dari mulut Umairah.

"Maira ada tisu?" Umairah geleng.

"Jap eh. Bang Long pergi beli jap." Haris lantas sahaja bangkit dan berlalu ke Watson yang berada bersebelahan. Nasib baik dekat! Jejaka tiu membeli tisu dan antiseptik untuk merawat luka Umairah.

"Dongak." Arah Haris saat sudah kembali ke tempat Umairah. Tisu dibuka dan darah yang mengalir dari bibir Umairah dilap lembut.

"Ambik tisu. Lap tangan. Bang Long mintak maaf." Pinta Haris lagi. Umairah menggeleng.

"Sikit je ni, Bang Long. Maira okay. Bang Long beli banyak-banyak ni buat apa?" Umairah sempat memeriksa barang-barang yang dibeli oleh Haris. Tisu je dah 5 paket. Antiseptic pulak tiga. Luka kat bibir tu besar tahi mata je tau. Omel Umairah dalam hati.

"Sorry tau Maira." Haris menggigit bibirnya. Sungguh jejaka itu rasa sagat bersalah.

"Takde apalah, Bang Long. Jom makan."

"No. Duduk dulu." Haris kembali melabuhkan punggungnya di sebelah Umairah. Antiseptik dibuka.

"Pandang sini." Umairah akur sahaja. Antiseptik diletakkan pada putik kapas sebelum diletakkan pada bibir Umairah yang berdarah. Umairah mengaduh kesakitan.

"Sorry." Pinta Haris lagi. Tak semenanya jejaka itu meniup perlahan untuk mengurangkan kesakitan yang di alami oleh Umairah. Umairah terpegun. Hatinya berdegup kencang ketika melihat Haris sedekat itu. Wajahnya mula membahang.

"Sikit lagi, okay? Tahan sikit je lagi." Haris bersuara lagi. Tak semenanya anak matanya bertaut dengan anak mata Haris. Umairah teguk liur sebelum mengalihkan anak matanya. Setelah berdehem beberapa kali, Umairah angguk faham.

"Dah." Haris menyimpan segala perkakas merawat Umairah kembali ke dalam plastik sebelum mencangkung kembali di hadapan Umairah.

"Nak buat--"

"Jangan tunduk. Bang Long nak ikat tali kasut je ni. Maira dengan Bang Ngah sama je. Dua-dua tak reti ikat tali kasut elok-elok." Pintas Haris laju. Umairah akur. Ketawa kecilnya terhambur ketika mendengar ayat Haris yang terakhir.

Memang tak reti ikat tali kasut. Umairah ikat tali kasut Hilman. Haris ikat tali kasut Umairah. Dari kecik!

"Terima kasih Bang Long." Umairah mengukir senyum manisnya.

"Sama-sama. Jom makan." Umairah mengangguk faham. Gadis itu bangkit dan membuntuti langkah Haris. Haris yang berada di hadapan kelihatan sedang menelefon seseorang. Mungkin Hilman untuk mengkhabarkan keberadaan Umairah dan dirinya.

---

Kutlah ada yang keliru kan banyak sama neh.

Along - Imran (Abang Kandung)
Angah - Irwan (Abang Kandung)
Bang Long - Haris (Jiran Sebelah)
Bang Ngah - Hilman (Jiran Sebelah)
Bang Chik - Harraz (Jiran Sebelah)
Abang Ian - Ian (Jiran Sebelah Kiri)

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now