Dua Puluh Tujuh

5.7K 477 22
                                    

Ian dengan selamba menapak masuk ke dalam kedai barang kemas. Hilman pula hanya melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan. Jejaka itu berubah dingin sejak tadi. Marah ke? Umairah mengeluh perlahan.

"Maira, sini." Umairah mengangguk seraya melangkah mendekati Ian. Mulut Umairah ternganga melihat deretan barang kemas pelbagai jenis yang dipamerkan. Cantik! Detiknya.

"Mana satu cantik?" Ian jungkitkan keningnya. Wajah Umairah direnung. Umairah tercengah. Ketika soalan itu ditanyakan, gadis itu segera mendongak dan merenung ke arah Ian. Anak mata mereka bertentangan seketika sebelum Umairah melarikan anak matanya.

"Untuk siapa ni?"

"Someone special." Laju sahaja jawapan diberikan oleh Ian. Anak matanya langsung tidak kalih dari merenung Umairah. Hilman yang jadi pemerhati sudah tidak senang duduk. Sekali sekala jejaka itu berdehem.

"Nanti taste dia tak sama macam Maira. Kesian dia." Ian ketawa kecil.

"Pilih je. Confirm dia suka nanti." Ujar Ian. Memberi kepastian tentang pilihan yang bakal dibuat oleh Umairah. Walaupun tidak senang hati, gadis itu turutkan jua permintaan Ian. Deretan rantai leher direnung satu persatu. Semuanya menarik namun ada satu rantai leher yang menarik minatnya.

"Yang ni, cantik. Sesuailah untuk someone special abang tu." Umairah menunjukkan rantai leher yang berada paling hujung. Design yang sangat simple namun sedap mata memandang. Senyum Ian melebar.

"Cantik. Abang setuju." Mata kanannya dikenyitkan. Umairah terpanah. Manis sangat abang Ian ni. Senyum macam madu. Hati, jangan buat hal. Dalam asyik merenung Ian, tiba terasa hujung begnya ditarik. Umairah kembali ke dunia nyata.

"Maira." Umairah mendongak. Gadis itu sedikit terkejut melihat Hilman sudah berada di sebelahnya. Masih dengan wajah dinginnya tanpa senyuman.

"Ya, Bang Ngah?"

"Ian, aku nak ajak Maira teman aku jap. Nanti dah siap, call." Tidak menjawab soalan Umairah, Hilman malah memberitahu Ian untuk membawa Umairah bersamanya. Ian jungkitkan keningnya.

"Jap. Dah nak siap dah." Ian menghulurkan kadnya kepada cashier setelah mengisi beberapa helaian kertas yang diperlukan. Hilman tarik nafas panjang sebelum kembali ke tempatnya, meninggalkan Umairah tercengang.

"Bang Ngah okay?" Risau melihat keadaan Hilman, Umairah mula menapak mendekatinya. Dengar sahaja suara Umairah, Hilman mendongak.

"Hm. Okay je." Jawab Hilman dengan dingin.

"Oh okay." Umairah menunduk. Gadis itu kembali menapak ke arah Ian.

"Bang Ngah nampak tak okay. Kita balik lepas ni, okay? Kesian Bang Ngah. Sorry abang Ian." Ujar Umairah perlahan. Ian mengangguk. Masih dengan senyumnya. Barangan yang diletak dalam paperbag diambil menandakan urusannya telah selesai.

"Ngah, jom balik." Hilman lantas sahaja bangkit dan membuntuti langkah Ian dan Umairah. Hatinya rasa tidak senang. Entahlah, rasa kecewa kerana Umairah memilih Ian berbandinhnya.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now