Satu

18.9K 701 19
                                    

Pintu kaca transparen dari biliknya ditolak dengan agak kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu kaca transparen dari biliknya ditolak dengan agak kuat. Baju tshirt berwarna hitam itu dibuka dan di sangkut pada hanger yang disediakan. Angin malam yang agak sejuk langsung tidak mengganggunya pada malam ini. Earphone yang berada dalam poket di ambil lalu dipasang di kedua-dua telinganya sebelum disambung ke telefonnya.

"Huh." Keluhnya agak kuat. Lagu yang  berentak catchy dibuka dan kakinya menapak keluar dari biliknya ke ruangan belakang rumah. Punching bag yang tergantung elok pada pokok disentuh dan dibetulkan.

Kain yang terletak elok berdekatan dengan punching bag dicapai dan dilitkan pada tangannya beberapa kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kain yang terletak elok berdekatan dengan punching bag dicapai dan dilitkan pada tangannya beberapa kali. Nafas ditarik sedalamnya setelah selesai. Beberapa senaman memanaskan badan dilakukan sebelum penumbuk pertamanya mengenai punching bag. Sesiapa sahaja gerun dengan hanya mendengar bunyi penumbuknya mengenai punching bag. Padu!

Hampir sejam tumbukan berselang seli kanan kiri dan juga sepak terajang mengenai punching bag, akhirnya jejaka itu berhenti. Dadanya turun naik. Mengah barangkali. Badannya juga basah dengan peluhnya sendiri.

"Maira!" Jeritnya dengan tiba-tiba. Laju sahaja tangannya menggapai baju dan dipakai walaupun peluh masih tidak hilang. Wajahnya terasa membahang.

"Hehe. Sorry." Tiba-tiba satu suara kedengaran. Hanya kepalanya sahaja kelihatan di sebalik pagar yang setinggi 1.7 meter itu. Sambil menyengih, tangannya dilambaikan kepada jejaka itu.

"Sejak bila ada kat sini?"

"Sejak tumbukan pertama." Jawab Umairah, masih dengan sengihnya. Macam kerang busuk! Jejaka itu buat muka. Kakinya diatur masuk ke dalam biliknya. Tidak betah menjadi santapan mata gadis itu.

"Bang Ngah!" Jerit gadis itu lagi.

"Tidur, Umairah!" Laung jejaka yang dilabel Bang Ngah itu. Pintu kaca transparen itu ditutup separuh agar angin malam masuk untuk menyejukkan badannya yang tidak sempat melakukan senaman menyejukkan badan.

"Bang Ngah!" Umairah masih lagi berada di sebelah pagar yang memisahkan rumahnyan jejaka itu. Mulutnya memuncung apabila tidak dipedulikan.

"Tidur Maira!" Laung jejaka itu. Bajunya dibuka lagi dan dilemparkan ke dalam bakul.

"Urgh! Good night Hilman busuk." Hilman senyum sinis ketika telinganya dapat menangkap bunyi hentakan kaki Umairah yang mungkin tidak berpuas hati. Hilman mengambil tualanya dan berlalu ke bilik air.

------

Aku tak boleh tidur. So aku nak menulis. Tapi tulah, dah pukul 6. Takpelah, aku up jugaklah. Kalau nak baca tu baca jelah. Macam biasa, tak tahulah habis ke tak cerita ni.

Dah sekarang ni, mana nak order sepet ikat tepi?

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now