"Mulut kau, celupar betul." Rungut Aisyatul.

"Aku setuju dengan Wini. Janganlah selalu sangat gaduh."

Aisyatul menghela nafas panjang. Tak cukup dengan Pn. Hawa dan Hazwini, Fify pula menokok nasihat.

"Dah, makan. Nanti dah tak sedap pulak nanti. Penat mak cik masak ni."

"Terima kasih ibu masak laksa pulas ni. Sedap!" Puji Airil Adryan. Dia dari tadi tidak ambil tahu tentang pergaduhan tadi. Dia hanya tumpu pada makanannya sahaja.

"What? Wait... Bro, kau panggil mak cik Hawa ibu? Wah, mana aci.." kata Aqil Aryan seraya membuat acah-acah nangis yang tak ada air mata.

"Aci kat dahi kau."

"Bagi tahu mama dengan papa..."

"Eleh, kau ni. Rileks lah."

"Hmph!"

"Mak cik tak kesah kalau Aqil nak panggil mak cik ibu. Lagi suka."

Terus suapan Hazwini sekali lagi terhenti. Matanya membulat besar. Dia memadang ibunya lama.

"Takkan Aqil je, ibu? Kami?" Membuatkan pandangan Hazwini terkalih ke arah Liana.

"Boleh je. Tak apa lah kau orang semua boleh panggil mak cik, ibu."

"Okey ibu!" Jawab mereka semua serentak. Kecuali Hazwini dan Haziq.

"Ada orang tu nak menangis lah.." usik Fatini apabila melihat wajah Hazwini dan Haziq bertukar keruh.

"Mana adalah!" Balas dua adik beradik ini serentak.
Tak lama kemudian mereka saling berpandangan terkejut. Membuatkan manusia didalam rumah ini menghambur ketawa melihat telatah Hazwini dan Haziq.

________________________________________
TOK, TOK, TOK!
Mereka semua menoleh ke arah pintu rumah.

"Assalamualaikum... saya datang nak beraya." Ucap satu suara garau

"Siapa pula mahkluk yang sesat nak beraya ni?" Terjongket sikit kening kanan Aqil Aryan.

"Dyaz."- Airil Adryan sepatah.

Adriana yang melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya itu, lantas dengan senyap-senyap. Dia bangun dari kerusi lalu terus menyorok di dalam bilik air berdekatan dengan dapur. Dalam hatinya dia berdoa lelaki itu tidak nampak kelibatnya.

"Kau ajak Dyaz, bro?" Tanya Affan kepada Airil Adryan yang seang leka menghadap dengan telefonnya. Ketika itu Airil, Aqil, Affan dan Haziq berada di ruang tamu berhadapan tv. Manakala perempuan-perempuan di dalam rumah ini masih di meja makan.

"Dyaz is bala. You know? Kalau dia ada habis kita semua nanti."kata Aqil Aryan selamba.

"Ewah, kau! Sempat lagi kau eh mengayam aku?" Bebel Dyaz yang masih diluar pintu rumah.

Aqil Aryan membuat muka smirk. Selamba itu dia membetulkan rambutnya berwarna coklat gelap asli.

"Airil, siapa datang tu?" Laung Pn. Hawa dari meja makan.

"Dyaz. Kawan Airil, ibu. Airil yang ajak datang sini."

"Oh... Ajaklah dia masuk."

Akhirnya Dyaz menjejak masuk rumah batu ini. Walaupun kekampungan di luar rumah. Dalamnya sungguh cantik dan bersih.

"Kau nak makan ke, Dyaz?" Affan bersuara setelah Dyaz duduk di atas sofa. Sebenarnya Dyaz adalah kawan rapat Airil, Aqil dan juga Affan ketika di Universiti Oxford dulu. Walaupun mereka semuanya jurusan lain mereka tetap rapat. Cuma Dyaz ni betul-betul menjadi mualaf pada 2 tahun yang lepas. Dyaz Lanzo Mark yang dulunya seorang penganut kristian mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk islam. Tetapi antara mereka berempat ini dia lebih rapat dengan Airil Adryan. Semua kisah silam sahabatnya itu semuanya dia tahu.

"Kejap lagi lah aku makan. Sekarang ni aku rasa nak membuang. So, where's the toilet?" Daripada duduk terus dia bangun.

"Tu kau nampak tak dapur? Kau masuk tepi sana nampak pintu plastik coklat tu, itulah tandas." Terang Aqil Aryan tetapi mukanya tidak terkalih dari menonton tv.

Dyaz mencebik. "Ok." Sahutnya perlahan.

Tanpa membuang masa terus dia pergi ke tempat yang telah dinyatakan oleh Aqil Aryan. Sempat juga dia menunduk hormat kepada wanita-wanita yang berbual di meja makan. Yang dia tahu cuma perempuan bernama Hazwini sahaja. Itupun jemu dia dengar sebab Airil Adryan pernah menceritakan kepadanya.

Sampai sahaja di depan pintu tandas, dia ingin membuka pintu. Tetapi seperti terkunci didalam.
Dyaz mengetuk perlahan pintu tandas itu. Kut-kut la ada orang dalam tu.

Kemudian pintu terbuka dari dalam.

"Arghhhhhhhh!" Suara garau campur suara gadis menjerit memenuhi di dalam rumah ini.



Done! Huhu. Vote and comment. Btw, selamat hari raya, guys. Dan saya mohon ampun jika saya suka update lambat. Huhu. Saya nak cakap sikit.. kemungkinan citer ni lambat saya update sbb saya tengah fokus dkat cter baru saya yang akan jual di ebook. Nak tau tak apa tajuk dia?

DUDA MATA HAZEL. Hahaha... walaupun saya bujang trang tang tang... Saya cuba nak tulis kisah duda ini. Huhu.

K.bye

Tags sesuka hati kepala saya: NuraFatini Rose_Felinne alang ii tu baca lah story depa dorang ni. Huhu

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now