16 | Nausea

78.4K 1.3K 100
                                    

Aaira memusingkan tubuhnya dengan membawa pinggan yang berisi nasi dan meletakkannya di atas meja. OBila sahaja dia mengangkat wajahnya, terlihat langkah Megat Ian ingin mendekatinya.

Belum sempat lelaki itu datang ke arahnya, dia terlebih dahulu menghampiri Megat Ian dan mengikatkan tali leher lelaki itu.

Megat Ian memandang wajah Aaira yang berada tidak jauh darinya. Mata gadis itu menatap serius ke arah tali lehernya. Dia menikmati pemandangan ini sejak hari pertama Aaira mengikatkan tali lehernya.

Dia sudah terbiasa keluar dari kamarnya dengan tali leher yang masih bertengek mengelilingi bahunya menunggu Aaira mengikatkan untuknya.

Megat Ian juga tidak pernah marah pada gadis itu karena pilihan warna baju yang salah dengan tali leher yang dipasangkan.

Sungguh, dia tidak tahu mengapa dia menjadi seperti bukan dirinya yang biasa.

"Dah siap." tangan kecil Aaira menolak dada Megat Ian lembut.

Setelah selesai memasangkan tali leher Megat Ian, Aaira melanjutkan tugasnya ingin menuangkan sup yang baru saja dibuatnya.

Keningnya berkerut ketika mencium aroma tajam dari sup itu. Seboleh mungkin, gadis itu menahan desakan di dalam perutnya yang minta dimuntahkan. Cepat-cepat, Aaira  menutup periuk itu.

"Aaira, kau kenapa?" tanya Megat Ian ketika menyedari ada yang tidak kena.

"Saya tak tahu kenapa dengan sup ni. Bau dia lain." adu Aaira pada Megat Ian.

Megat Ian berdiri menghampiri Aaira lalu membuka penutup periuk itu diletakkan di tepi, lalu mengambil bau aromanya.

"Bau dia pelik kan?" tanya Aaira menunggu jawaban Megat Ian.

"Mana ada. Aku bau sedap je." jawab Megat Ian.

"Kau ok ke tak ni?" tanya Megat Ian risau melihat wajah Aaira yang makin pucat.

"Tapi, bau dia buat saya rasa mual." jawab Aaira dengan alis berkerut. Dia cuba menahan rasa mual itu.

Tidak lama kemudian Aaira cepat-cepat mengambil penutup periuk tadi lalu menutup sup itu bila melihat bau sup itu makin membuat dia terasa mahu muntah.

Aaira segera melangkah laju ke kamarnya. Isi perutnya seperti mahu keluar sekarang juga.

'Silap makan ke?' bisik hati Megat Ian pelik.

Tiba-tiba Megat Ian terdiam seketika. Cuba mencerna segalanya. Aaira mual? Aaira dah mengandung ke?

Dia mengingat sejak kebelakangan ini, dia kerap menyentuh gadis itu. Menyedari Aaira yang sudah lama tidak datang bulan mengukuhkan lagi sangkaannya.

Teringat kembali perbualannya dengan Puan Inara semalam menyatakan yang Aaira makin berisi.

Dia terus mendail seseorang.

"Assalamualaikum Mak cik Aida. Ian ni. Ian nak minta tolong Mak cik Aida belikan pregnancy test sebelum datang sini."

"Ian nak berapa? Nanti Mak cik Aida berhenti dekat farmasi." jawab wanita tua itu seperti sudah dapat mengaggak apa yang terjadi.

"Beli tiga."

"Ok, Waalaikumussalam."

❦ ❦ ❦

"Tahniah puan mengandung dua bulan." ujar doktor wanita itu menghadiahkan senyuman buat pasangan suami isteri ini.

Dia kenal benar Megat Ian ini. Siapa tidak kenal. Pemuda yang berjaya dalam dunia business.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now