Aku mula menuruni katil. Menapak ke arah pintu bilik. Lalu pintu aku bukakan perlahan-lahan dan cuba melihat kalau kalau ada mereka tadi di luar.

Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Lengang.

Sesuatu perkara yang agak bodoh terlintas di akal fikiranku sekarang ini. Aku nak larikan diri dari hospital ni sekarang.

Walaupun ia memang bodoh jika dilakukan, tapi aku rasa ada bagusnya idea itu.

Aku pun segera bertindak mencari jalan keluar dengan berhati-hati.

🥀🥀🥀

Seorang kelibat gadis, yang memakai pakaian hospital, terlihat sedang berjalan di area taman rekreasi yang tidak jauh dari hospital.

Itulah aku.

Dah seperti orang tak betul.

Terjumpa sebuah bangku, segera aku melabuhkan punggung di atasnya.

Penat. Aku harap mereka takkan jumpa aku.

Memang hidup aku terdesak sekarang perlukan orang untuk bergantung. Dan bodohnya aku, aku larikan diri daripada mummy daddy Aqram yang nak tolong aku. Yang nak berikan aku tempat berteduh.

Tapi aku tak boleh. Tinggal serumah dengan bekas tunang setelah apa yang terjadi antara kami.

Bukan sebab aku benci. Takk

Aqram akan berkahwin dan akan mulakan kehidupan baru dengan wanita lain. Dan kalau aku di sana, melihat kebahagiaan mereka, aku akan sakit.

Aku tak kuat nak saksikan lelaki yang pernah aku cinta separuh mati jadi milik wanita lain secara SAH.

Aku lebih rela menjadi pengemis penganggur yang mungkin akhirnya akan mati di jalanan.

Kepergian mama papa amat memberi impak yang besar dalam hidup aku. Selayaknya lah aku dibuang kerana dulunya aku pun dikutip.

Beberapa minit kemudian suasana taman itu mulai gelap. Aku mendongak ke arah langit. Kelihatan awan sudah mendung dan sepertinya hujan lebat akan jatuh ke bumi tidak lama lagi.

Mata aku melilau ke sekeliling. Taman itu kosong. Tiada seorang manusia pun.

Baguslah.

Terasa rintik-rintik hujan menimpa diri. Dan lama kelamaan semakin lebat.

Alangkah bagusnya kalau Tuhan tarik je nyawa aku dalam hujan ni. Jadi tak lagi aku terbeban dengan ujian dunia.

Allahu Rabbi.

Lantas air mata aku mengalir di pipi bersama-sama air hujan yang membasahi wajahku.

Sekali lagi kau berfikir yang entah apa-apa Fira? Allah takkan suka dengar kau cakap macam tu lah.

Mata aku pejam erat. Aku kesejukan. Arh biarlah. Cari tempat berteduh untuk lindung diri pun tak ada gunanya bagi aku sekarang ni.

"Aafira."

Tersentak. Namaku diseru. Suara tu.. suara yang aku kenal.

Tak. Tak mungkin dia boleh sampai di sini. Mungkin cuma ilusi aku.

Wajahnya mula bermain di fikiran. Keinginan untuk bertemu dengannya mula melonjak. Alangkah bagusnya jika dia ada bersamaku sekarang.

Aku perlukan dia.

"Aafira." kali ini suara tersebut semakin keras.

Aku cuba bukakan mata. Tidak disangka-sangka dia betul-betul ada di sini. Sedang berdiri di hadapanku sekarang dalam keadaan yang turut basah kuyup.

Aku mula bangun. Memandang wajahnya yang langsung tiada senyuman di bibir. Wajah beku.

Ini bukan sekadar bayangan aku kan? Dani betul-betul berada di hadapan aku sekarang kan?

Ya Allah, entah kenapa kesedihan yang membelenggu ku tadi mula pudar setelah melihatnya. Seakan semua masalah sudah selesai sekarang.

"Balik." katanya.

Kau juga nak hantar aku pada mummy daddy Aqram ke?

"Balik Fira. Kau tak fikir dulu ke apa yang kau buat ni betul atau salah?"

"Tak. Saya tak akan tinggal dengan mereka. Tak akan tinggal serumah dengan Aqram. Saya tak nak." bantahku.

Tolonglah faham aku. Takkan kau nak hantar aku ke tempat yang lebih menyeksakan aku nanti?

"Kau belum move on Fira?" serta merta aku terkedu.

Wajah, suara dan cara dia melontarkan soalan tersebut, buat aku rasa aneh. Seakan ada sesuatu yang lain hadir dalam diri dia.

Apa itu awak?

Dia lalu menghela nafas perlahan. "Aku tak nak kita terus berlama dalam hujan ni. Balik Fira."

"Saya tak nak tinggal dengan mereka Dani. Awak kena faham saya. Saya boleh bertambah sengsara hidup dengan mereka. Jangan paksa saya. Tolong?" rayuku sepenuh hati. Minta untuk difahami.

"Ikut aku Fira. Kalau tak sekarang juga aku call diorang suruh heret kau balik." sudah tentu nya dia akan memaksaku dengan cara mengugut.

Awak serious ke nak serahkan saya pada mereka, Dani?

Awak tak kasihankan saya ke?

🎈

Klikokay?

Thankie !!

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now