"Tapi abang... Perempuan ni salah seorang dari keturunan yang bunuh mama kita. Sandra tak boleh nak hadap dia selamanya abang. Abang pun mesti sayangkan Sandra kan? Lepaskan dia kalau abang tak nak Sandra bunuh dia."Sandra membalas membuatkan Alex kian tersepit.

Kalau sebelum ini dia tersepit antara keadilan mamanya dan Mawar, kali ini dia tersepit antara adiknya dengan Mawar pula. Melepaskan Mawar ibaratkan meletakkan Mawar di dalam bahaya juga. Bila-bila masa sahaja papa mereka boleh mengarahkan orang supaya membunuh Mawar. Dan sudah tentu Alex pun akan terlibat sekali kerana telah menyelamatkan Mawar.

"Abang tak boleh Sandra. Tolonglah faham abang. Dua-dua pilihan tu sama je. Kalau abang lepaskan Mawar, adik tak terfikir ke yang papa pasti akan cari tahu siapa yang selamatkan Mawar? Papa taklah sebodoh yang disangka adik."ujar Alex setelah beberapa minit dia mendiamkan diri memikirkan perihal permintaan adiknya itu.

"Okay fine! Demi abang, adik biarkan dia!"balas Sandra dengan amarahnya yang belum hilang. Cemberut sahaja wajahnya dengan tangan yang berpeluk tubuh.

"Thank you, I love you!"Alex memeluk Sandra erat. Begitu gembira dirasakan apabila masalah antaranya dengan Sandra sudah tiada. Mawar yang melihat menghelakan nafasnya untuk kesekian kalinya. Dia berdiri lalu kakinya dihayun melangkah menuju ke bilik. Nampaknya tiada gunanya lagi dia meminta Alex melepaskannya dari cara Alex bercakap dengan adiknya tadi.

Punggung dilabuhkan di atas lantai berhadapan balkoni. Pandangan pokok-pokok yang menghijau dipandangnya sekilas sebelum lututnya dipeluk erat. Di bawahnya tiada apa-apa pun kecuali laman yang tidak berapa luas dengan beberapa batang pokok yang besar serta pengawal yang berkawal ketat di luar pagar.

Esakkan tangisan kedengaran di sebalik wajah yang disembamkan pada lutut. Dia merindui kedua orang tuanya serta ahli keluarganya yang lain. Terfikir juga dia jika dia tidak dapat keluar dari sini dan keluarganya menganggap dirinya sudah mati untuk selama-lamanya. Sedih sekali apabila perasaan itu hadir.

"Mawar..."panggil Alex perlahan. Tubuh Mawar dipeluknya lembut setelah melabuhkan punggung di sebelah Mawar. Mawar yang menyedari Alex memeluknya lantas menepis kasar. Air matanya diseka kemudian pandangannya dihalakan ke hadapan. Malas mahu melihat wajah Alex.

"Aku dah cakap jangan sentuh aku! Aku tak suka! Itu pun kau tak boleh nak faham ke?"marah Mawar.

"Sorry, niat aku cuma nak pujuk kau je tadi."kata Alex lembut.

"Aku tak perlukan pujukan kau. Aku cuma nak keluarga aku."

"Aku tak boleh lepaskan kau. Faham keadaan aku Mawar. Aku cuma-"

"Aku cuma apa? Cuma tak nak diri sendiri terkorban bila papa kau jumpa aku?"duga Mawar memotong percakapan Alex. Alex menggelengkan kepalanya. Dia langsung tidak risaukan nyawanya sendiri jika berkaitan dengan Mawar. Kata-katanya pada Sandra tadi cumalah atas sebab ingin memujuk. Dia tidak mahu Sandra membongkarkan tentang Mawar kepada sesiapa pun.

"Jujurnya aku tak kisahkan nyawa aku. Aku cuma tak nak kau cedera. Aku tak nak kau jadi mangsa pembalasan dendam papa aku. Papa aku boleh bunuh kau bila-bila masa sahaja. Sebab tu aku tak nak kau keluar. Aku nak lindungi kau."jelas Alex jujur.

"Habis tu keluarga aku akan terkorbanlah disebabkan rancangan jahat dia tu? Macam tu?"Mawar membuat andaian. Tidak sanggup rasanya jika seluruh keluarganya meninggalkan dirinya berseorangan.

"Aku tak tahu Mawar. Aku tersepit antara kau dengan mama aku. Selama ni tugas aku cuma memerhatikan Aarash sejak di kolej. Aku belajar untuk jadi doktor semata-mata untuk itu. Aku tahu daripada papa aku dulu yang Aarash bakal menjadi raja sebelum dia bongkarkan semua ni dekat aku. Sebab itulah aku memerhatikan dia.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSWhere stories live. Discover now