"Hmmmm, mana lah spek aku ni eh? Wahai... cermin mata ala-ala Harry Potter. Keluarlah kamu dan kembali kepadaku. Kerana aku ingin cepat pergi berkumpul bersama-sama rakanku. Tanpamu tak hidup lah aku.." seloroh Hazwini yang sedang terbongkok-bongkok tubuh mencari cermin mata. Melilau-lilau anak matanya memandang semua tempat.

Akhirnya anak matanya tertumpu sesuatu objek yang amat dikenali. Pantas dia membongkokkan tubuhnya sedikit lalu tangannya mencapai cermin mata miliknya yang elok di bawah kerusi penumpang yang diduki semasa dalam perjalan ke sini.

"Yeayyy!! Sudah jumpa!"

Kruhhhhhhh!!!!! Makin kuat kedengaran dengkuran tidur itu. Membuat dia sekali lagi gelak sopan. Terlupa pula ada mahkluk yang tengah tidur. Tanpa membuang masa, dia terus memakai cermin mata miliknya. Kemudian dengan senang hati dia terus melangkah keluar. Apabila kakinya ingin memijak bumi terasa hidungnya di tekup sesuatu. Terus pemandangannya berubah menjadi gelap.

BUSH! BUSH!
Hazwini terjaga. Bunyi yang kuat seperti simbahan air membuatkan dia tersedar dari pengsannya.

"Erghhhh," dia mengerang perlahan. Sakit kepalanya makin menjadi-jadi. Bila tangannya ingin memicit dahi yang pening terasa kedua belah tangannya tersekat sesuatu.

Tangannya di ikat! Begitu juga dengan kedua-dua belah kakinya terikat kejap.
Matanya memandang dirinya yang sudah lencun kebasahan. Dah kenapa pula ni?

"Dah bangun pun...... Dekat dua kali aku simbah dengan air. Tak bangun-bangun. Kau tidur mati ke apa?!" Gertak seseorang lelaki garau membuat matanya membulat besar.

Okey... ni bukan drama! Ia realiti! Aa..aku ke..kena culik?

"Aku tanya, jawab lahhh!"

Nafas Hazwini kian tidak teratur. Bertenang Wini.. Bertenang Wini... Bertenang...! Lagipun ni first time kena culik. Okey, fikir dulu sebelum bertindak! Monolognya dalam hati. Matanya terkebil-kebil memandang wajah lelaki yang bengis itu. Lelaki itu seperti umur 30 an dan juga berbadan tegap serta kepalanya tidak ada sehelai rambut. Ehhh, sempat lagi kau analisis orang Wini?

Hazwini tergelak kecil melayan kata hatinya itu. Lelaki yang berdiri dihadapannya hanya memandang pelik. Tak pernah dia culik budak sempat lagi gelak. Kebiasaannya budak yang akan terjaga akan menangis dan terpekik-terlolong. Sebelum di seksa sampai mati. Kalau bernasib baik akan dijual di negara jiran.

"Kau pahal gelak sorang-sorang ha?! Gila?"

"Ehemmm! Mana ada saya gelak, pak cik... Saya cuma tersengih tengok tempat ni. By the way, saya kat mana eh? Alaa.. ni tak lawak lah.. Hantar saya balik! Mesti kawan-kawan saya tengah bersuka-ria dekat dalam muzium.." kata Hazwini dengan mulut muncung.

"Kau dalam neraka. Hahahaha! Dah-dah rehat dulu. Sekejap lagi bos aku datang."

"Haaaa dalam neraka?! Aik, pelik je. Saya rasa kan saya dalam kubur. Bezanya saya duduk. Orang yang mati selalunya dikafan dan dibaring atas bumi. Saya pula pakai baju sukan sekolah. Huhu, satgi mai lah nanti malaikat Mungkar dan Nangkir. Huwaaaa saya tak nak mati lahh!"

"Hoiii banyak cakap pula! Kalau kau nak tahu kau kena culik hahaha! Lepas tu bos aku jual organ-organ kau kat Thailand." Lelaki wajah bengis itu mula tertawa terbahak-bahak. Kata orang tadi gila gelak sorang-sorang. Dia pun sama je.

"Huuuu takutnya kita.. Pak cik botak yang handsome dan BAIK sekali... Lepaslahkan saya! Saya ni baru umur 15 dah lah comel pula tu. Karang bos pak cik jual saya.. Nanti saya akan mati. Lepastu roh saya tak tenang. Kemudian saya akan ganggu pak cik dengan bos pak cik sampai MATI! Muahahahahaha," gelak Hazwini dibuat-buat. Sebenarnya saja dia bermain psikologi dengan lelaki itu. Bukan saja-saja dia hendak gelak waktu sukar ni.

Kelihatan lelaki itu tersenyum jahat. "Fikir aku termakan dengan muka comel kau tu? Fikir aku senang-senang nak lepaskan kau ke?!" Ujar lelaki itu. Perlahan-perlahan dia mendekati Hazwini. Tangan kanannya di angkat lalu mengusap pipi polos itu.

"Emmm, badan kau boleh tahan juga.." sambung lelaki itu lagi.

"Hahahahahaha!!! Bongok lah pak cik ni... Fikir lawak ke pegang-pegang pipi anak dara orang? Eeee dah la tua. Hodoh pula tu!"

Mendengar kata Hazwini, terus lelaki itu melempang pipi Hazwini dengan kuat.

"Adehh, sakit lah! Agaknya pipi saya dah merah menyala.. Hehe tapi tak pe kan? Orang kata muka merah tandanya blushing kan? Kan?" Hazwini masih lagi bermain dengan psikologinya. Muka comel ditayangkan.

"Sudah lahh! Cakap dengan kau ni buat aku sakit hati je.. Sekarang ni kau nampak tak tu," lelaki itu menunjukkan sesuatu bungkusan di sebelah Hazwini.

"Of course lah.. Walaupun saya rabun jauh... Saya tak buta lagi tau!"

"Baguslah.. Ni, aku nak kau makan Nasi Ayam dan Milo ais yang..." tak sempat lelaki itu menyudahkan kata, Hazwini mencelah!

"My favourite tu! Thanks pak cik hodoh.. Tapi saya ragu-ragu lah.. Kut-kut pak cik letak ubat tidur ke...? Dadah ke..? Huish, nauzubillah! Kata nak jual organ saya mesti lah elok dan bersih. Kalau saya makan makanan yang ada bahan perosak tu habis melingkup impian bos pakcik nak dapatkan duit,"

"Haihh banyak cakap pula kau ni! Sekarang kau makan! Aku akan bukan ikatan ni. Tapi tak bermakna kau akan terlepas. Lagipun kau dalam gudang terletak di dalam hutan. Hahaha... "

Ikatan pada tangan kaki Hazwini terurai. Ikutkan hati nak je dia menedang atau belasah lelaki itu seperti dalam drama. Impiannya hancur tatkala matanya memandang pistol terselit di seluar.
Hmmm.. Sabar Wini.. take your time nak buat tindakkan..

Pemergian lelaki itu di pandang dengan ekor matanya. Telinga terdengar bunyi kuncikan pintu. Ya! Dia dikurung.. Tapi ada makanan dan minuman sekali. Untung lah..

Hazwini mengeluh perlahan. Dia bersipuh di atas lantai gudang ini. Akhirnya dia menikmati makanan dengan tangisan yang melimpah ruah dari tubir mata.



Done! Vote and comment😘
Sorry kalau hambar. Act ni bab flashback tau..











My Adore, Dr. Annoying Donde viven las historias. Descúbrelo ahora