28 - A M A R A N ⚠️

Start from the beginning
                                    

🐢🐢🐢

LAMA DIA termenung, buntu juga dia saat itu sama ada perlukah dia mendedahkan hal itu kepada Zara atau simpan saja. Sungguh perkara itu merunsingkan fikirannya, namun lama kelamaan hatinya seperti kuat mengatakan bahawa dia perlu menceritakan hal itu kepada Zara. Gambarnya bersama Thaqief sewaktu kem di Desaru itu ditatap, wajahnya kosong tanpa secalit senyuman.

Benci, tapi rindu.

"Weh homework- eh gambar apa tu?" terbantut niat Zara untuk bertanyakan kerja rumah Sains sebaik saja dia melihat gambar yang dipegang rakannya itu, laju Syafina menyimpan gambar itu.

"T-tak ada apa, kau tanya apa tadi? Homework?" Syafina menukar topik, namun Zara tidak berpuas hati.

"Tak gambar siapa tadi? Fina kau ada boyfriend dekat Johor eh?" soal Zara, teruja dia menyoal. Tak sangka pula rakannya seorang ini milik orang, dia je lah single.

"Tak ada siapa lah"

"Alahai kau! Dengan aku pun nak sorok ke, asal? Kau takut aku caras boyfriend kau?" Zara menjongket kening, Syafina tergelak.

"Tak lah ya Allah, dia bukan boyfriend aku"

"Then? Tunjuk je lah" Zara memaksa, Syafina mengeluh perlahan. Nak bagitahu ke? Bismillah.

"Aku memang dah lama nak bagitahu kau hal ni, tapi aku tunggu masa yang sesuai je. Kau ingat tak waktu kita jumpa dekat pantai bulan lepas? That time aku balik after ibu kau ajak aku dengan maktok join barbecue" ujar Syafina, Zara berfikir seketika.

"Ha ingat, kenapa?"

"Kau nak tahu sebab apa?"

"Sebab apa?" soal Zara semula, Syafina mengeluarkan gambar tadi. Gigil juga tangannya ingin menyerahkan gambar itu, bagaimana jika Zara berpihak kepada Thaqief? Ke mana pula dia nak pindah. Zara mengambil gambar itu, berkerut dahinya melihat lelaki yang berdiri di sebelah Syafina.

"Weh, mamat ni macam-"

"Abang kau" pintas Syafina, membuntang biji mata Zara.

"Fina, kau kenal abang aku?" soal Zara teruja, Syafina mengangguk dengan senyuman tipis.

"Serious lah? Macam mana korang kenal? Siap bergambar lagi ni, kau scandal Abang Qief aku ke apa ni? Ish tak guna punya orang tua, patutlah ibu aku suruh dia kahwin dengan pilihan ibu aku dia tak nak! Rupanya dah ada-"

"Eh bukan! Bukan tu, k-kau salah faham ni" laju Syafina memintas, hubungannya dengan Thaqief tidak lah seperti yang Zara fikirkan.

"Oh, bukan? Habis tu?"

"Aku ex-student dia lah"

"Oh lah! Aku ingat kan girlfriend dia, so kau balik hari tu sebab kau nampak Abang Qief kat situ ke?" Zara mula meneka, Syafina mengangguk.

"Kenapa je kalau jumpa?"

"Aku boleh cerita dekat kau but first thing first, kau kena janji dengan aku jangan bagitahu dia aku dekat sini" ujar Syafina, berkerut seribu dahi Zara.

"O-ok, but why?" Zara menjongket kening, Syafina menghela nafas.

"Before aku ke sini, ada something yang jadi. Apa yang aku tahu, abang kau dapat surat-surat pervert yang tak elok dari student dia. Ada sorang perempuan ni, nama dia Nadia. Kitorang memang tak ngam dari dulu lagi, apa yang orang lain suka dia akan caras. To make it clear, dia memang tak boleh tengok orang bahagia. Suddenly aku kena tuduh, weh tak kan lah aku tergamak nak buat semua tu. Aku masih waras, lagi pun aku tahu jaga maruah aku" Syafina memulakan cerita, Zara mengangguk faham.

"Ok ok, lepas tu?"

"Dia fitnah aku, dia cakap aku yang buat surat-surat tu and yaa... Abang kau apa lagi, mengamuk lah dia. Aku jujur dengan kau sekarang ni, aku memang suka dekat abang kau. Well then dia mengamuk, teruk aku kena hina and untill now aku still tak boleh terima apa yang dia buat" Syafina tersenyum tipis, walau dalam hatinya sakit mengingati hal itu.

"Uish! Bapak cilake abang aku, asal dia tak selidik dulu?" soal Zara, Syafina mencebik.

"Kalau lah aku ada jawapan untuk soalan tu"

"Hm, so that's why lah kau lari ke sini? Nak tenangkan diri?" soal Zara, Syafina mengangguk.

"Lepas tu boleh pulak kau berkawan dengan aku which is- adik dia! Aku rasa korang ni berjodoh lah sia, kau dah lari pun tapi masih dekat" Zara menggaru kepala, pening pula dia memikirkan situasi Syafina dengan abangnya itu.

"Entah lah, aku nak mulakan hidup baru dekat sini. That's why lah aku cerita dekat kau, so that kau tahu. Tolong faham aku, jangan expose aku dekat family kau especially- Abang Qief kau. Hari tu kakak aku bagitahu aku, abang kau cari aku dekat rumah after dia tahu perkara sebenar. Aku tak nak dia tahu aku kat mana, so aku mintak sangat kau tolong aku rahsiakan benda ni" pinta Syafina, sungguh dia meletakkan pengharapan seratus peratus pada rakannya itu.

"Dah lah, no need to worry. Aku faham kau, kalau aku kat tempat kau pun aku buat benda yang sama. Yaa even dia abang aku, tapi dia tak patut buat macam tu. You deserved to be happy what even dia nak reject sekali pun boleh je dia reject cara baik, tak perlulah nak hina orang. Kau jangan risau ok? Aku team kau! Lagipun kau tak payah risau lah kalau terserempak dengan dia, dia balik sini pun dua tiga kali je setahun.

Kalau tak cuti sekolah, dia tak balik sini pun. Plus, kau pun tahu dia busy kat sekolah kan? Kadang cuti pun dia tak balik, so kau tak payah risau kalau dia jumpa kau kat sini ke apa. Aku tak kan bocorkan rahsia kau, abang aku tu pun tak guna jugak! Nama je cikgu, tapi otaknya kadang tak boleh pakai" ujar Zara, tergelak Syafina mendengarnya. Namun pada masa yang sama dia lega, syukur Zara menyebelahinya.

Alhamdulillah, settle.

Tenanglah sikit hidupnya di situ.

🍒 B E R S A M B U N G 🍒

.

.

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Hii ,

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Sincere ,
hanaakhairul

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now