17 - R I N D U 💘

3.7K 176 8
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i  U n t u k  C i k g u ~

♡♡♡

BERANDA rumah di kampungnya itu menjadi tempat dia termenung, entah mengapa tiba-tiba saja fikirannya teringatkan pelajarnya yang satu itu. Sudah hampir dua bulan batang hidung gadis itu tidak kelihatan, tiba-tiba rindu pula. Angin sepoi-sepoi bahasa mula menampar wajah, sawah yang terbentang luas di hadapannya saat itu ditatap.

"Dear cikgu, I love you. Deeply love you, have no one else instead of you. You're more than a blessing for me, you're the only one who's take off my priority and replace it with yourself. I love you, I'd sacrifice my life to have you. Wish to make you mine one day, bless if you completed half of my Deen"

Kata-kata gadis masih itu menampar minda, sampai saat itu dia masih terfikir. Apakah setiap ungkapan itu sekadar gurauan atau benar-benar sebuah luahan perasaan? Namun perasaan sangsinya itu ditepis, tak mungkin Syafina jatuh cinta padanya yang bergelar guru.

"Qief" tegur Puan Izzah, tersentak Thaqief dibuatnya.

"Eh ibu, kenapa bu?"

"Jauh termenung, fikir apa?" soal wanita berusia hampir separuh abad itu, Thaqief mencebik.

"Tak ada apa lah bu, rindu nak mengajar dekat sekolah je"

"Oh ye? Rindu nak mengajar ke, rindu pelajarnya? Siapa namanya tu, Fi-Fina? Ha Fina ye?" soal Puan Fizah, ligat akalnya mengingati nama pelajar anaknya itu. Tergelak Thaqief mendengarnya, entah apa-apa.

"Ada je lah ibu ni, tu student Qief je lah"

"Huh! Iye lah tu, Qief jangan macam-macam ye. Hubungan cinta dengan budak bawah umur ni tak valid tau, hati-hati" pesan Puan Fizah, bimbang juga.

"Hahah tak ada lah ibu, Qief tahu batas Qief"

"Hm, baguslah. Ni ibu nak tanya ni, Qief bila nak kahwin? Tak kan tak ada satu pun calon yang boleh Qief bawak jadikan isteri, umur Qief makin meningkat tau" Puan Fizah meluahkan hasratnya, Thaqief mengeluh perlahan.

"Ibu Qief bukan tak ada calon, tapi-... Qief belum ready lagi lah nak berumah tangga"

"Tak ready? Qief umur kamu dah 27 tahun tau, nak tunggu sampai bila? Sampai perempuan tak guna tu datang mintak maaf dekat Qief, macam tu ke?" suara Puan Fizah mula meninggi, Thaqief mengeluh.

"Ibu tolonglah bu, ni tak ada kaitan dengan dia pun lah. Qief-... Qief bukan tak nak kenal dengan perempuan, tapi Qief tak nak kena khianat lagi. Qief memang dah lupakan dia pun even dia lah cinta pertama Qief, dia lah satu-satunya perempuan yang Qief sayang sangat. Tapi apa yang dia dah buat dekat Qief sebelum ni, tinggalkan kesan besar dalam hidup Qief. Qief memang benci dia bu, itu lah sebabnya Qief tak boleh terima mana-mana perempuan pun dalam hidup Qief. Please lah ibu, Qief merayu sangat jangan lah paksa Qief..." rayu Thaqief, kalau boleh dia tak mahu mengingati kisah itu.

"Ibu bukan memaksa, tapi janganlah samakan semua perempuan. Dalam seribu perempuan yang Qief kenal, tak kan satu pun tak ada yang baik. Bagitahu ibu, sampai bila Qief nak macam ni? Tak perlu dah fikirkan benda lama, semua ni dah takdir. Tak semua perempuan berperangai macam dia Qief, semuanya memang ada kekurangan tapi tak semestinya dia tak setia. Bukaklah hati tu untuk yang lebih berhak memiliki, pemikiran Qief terhadap perempuan dah salah tahu tak" ujar Puan Fizah, Thaqief hanya diam.

"Ni ibu nak tanya, Qief dengan Fina tu memang ada apa-apa ke?" soal Puan Fizah meminta kepastian, Thaqief tergelak. Kepala digelengkan, berkerut dahinya memikirkan soalan ibunya itu.

Hati Untuk Cikgu जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें