25 - T R U T H 🌻

5.7K 206 32
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

PAKAIANNYA dilipat rapi, tidak lupa juga barang-barang pentingnya dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dizip. Laci almari ditarik untuk mengambil anak tudung, entah bagaimana pandangannya terhenti pada sehelai sapu tangan. Lama matanya menatap fabrik kecil itu, dirinya diserang perasaan hiba.

"Sapu tangan cikgu hari tu pada saya"

"Tak apa, awak simpan je. Kalau rindu, ada lah jugak pengubatnya"

Perbualannya bersama Thaqief terlayar di minda, bergetar tangannya mengambil sapu tangan itu. Airmatanya mula menitis, sungguh dia rindu akan saat manis malam itu. Gurunya itu benar-benar berjaya mencuri hatinya, namun mudah saja lelaki itu menghancurkan segala harapan.

"Niaa! Dah siap ke? Kita dah kena gerak ni, nanti sampai sana lewat pulak" jerit Puan Lina dari tingkat bawah, tersentak Syafina dibuatnya.

"D-dah siap ma, sekejap" balasnya, sapu tangan itu dibelek. Akalnya ligat berfikir, nak bawak pindah sekali ke tak?

"...Tolonglah cermin diri tu sikit, layak ke awak untuk saya? Sedar diri Syafina, you're nothing!"

Laju saja tangannya melempar kembali sapu tangan itu ke dalam laci sebaik saja kata-kata Thaqief terlayar di minda, anak tudung diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Biar saja lah sapu tangan itu mereput di situ, tiada apa lagi yang perlu diingatkan.

🐢🐢🐢

HELAIAN demi helaian kertas bergambar itu ditatap dengan senyuman, sungguh puas hatinya saat itu. Semua bukti-bukti itu akan membuahkan hasil, pada akhirnya nama Syafina bakal dibersihkan. Bukan itu sahaja, Thaqief juga akan menyesali perbuatannya.

"Semua bahan ugutan dah ada, kawan-kawan dia akan mengaku apa yang Nadia dah buat" Hana tersenyum, Maya mengangguk faham.

"Saya dah suruh student saya panggil diorang, kejap lagi sampai lah tu" ujar Maya, Hana pula mengangguk.

"Hm, sampai dah tu" Hana berbicara dengan bibir yang terkatup, nak cover sikit.

"Oh ye?" mahu saja dia menoleh ke belakang, teruja dengan kehadiran tiga orang gadis yang dipanggil itu.

"Yup, in one two three-"

"Assalamualaikum cikgu..." tegur Haida, masa itu lah Maya menoleh.

"Hm, walaikumsalam"

"Cikgu panggil kitorang ke?" soal Fasha, dia sudah merasakan ada perkara yang bakal berlaku. Tambah pula mereka bertiga dipanggil serentak, Hana pula sudah menyimpan senyum.

"Haah, duduk. Ada benda yang saya nak bincang" ujar Maya, Hana beralih ke sebelahnya manakala ketiga-tiga pelajarnya itu mengambil tempat Hana di hadapan.

"So, awak tahu kenapa saya panggil awak ke sini?" soal Maya, kening dijongket.

"T-tak tahu cikgu" tergagap Fasha menjawab, gerun dengan wajah garang Maya. Entah apa silapnya, tapi kalau gurunya ini mengamuk habislah.

Hati Untuk Cikgu Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum