19 - G A D U H 🩸

4.2K 182 4
                                    

P R E S E N T ;

~  H a t i  U n t u k  C i k g u  ~

♡♡♡

HAMPIR sepuluh minit mereka berada di dalam kelas, tak pasal-pasal masa rehat mereka dihabiskan dengan menyiapkan carta organisasi kelas. Bersungguh-sungguh Syafina membantu rakannya itu, lambat siap lambat lah mereka keluar berehat. Setelah selesai, mereka keluar dari kelas. Namun langkah terhenti sebaik saja mereka ditahan oleh Nadia, serta-merta wajah mereka berubah.

"Kau nak apa ni Nadia? Aku malas lah nak layan budak mental macam kau ni, adu" Syafina mendengus, Nadia tersenyum sinis.

"No I just wanna asking you something, seronok camping dengan buah hati kau hari tu?" perli Nadia, sudah lama dia ingin bahaskan hal itu dengan Syafina. Namun kenalannya telah disekat, Syafina benar-benar mencabarnya.

"Tak payah merepek lah, salah kau jugak kan? Siapa suruh tak ikut, poor you sis ahah!" balas Syafina, suaranya memenuhi blok yang kosong itu memandangkan semua keluar rehat.

"Ha sedap lah kau kan dapat menggedik dengan dia?" perli Nadia, dia menjeling.

"Well, you should asking yourself lah. Kau kan dah biasa menggedik ni, so kau lebih tahu kan?" perli Syafina pula, Hana turut tersenyum sinis.

"Kenapa, jelous ye? Alololo kesian" tangannya mengusap dagu Nadia, namun gadis itu menepis.

"Eh Fina, kau sengaja kan tarik perhatian dia?" ujar Nadia lagi, Syafina mengetap gigi menahan geram.

"Eh kau ingat aku murah macam kau ke? Jual body sana sini" bentak Syafina pula, macam lah dia tak tahu selok-belok hidup Nadia.

"Aku nak kau jauhkan diri daripada dia" selamba Nadia memberi arahan, Syafina mencebik.

"Lah, kau siapa nak halang aku?"

"Kau tak kenal aku siapa Fina"

"Peduli pulak aku!" dengan beraninya Syafina menjawab, wajah Nadia ditatap dengan penuh marah. Umur baru belasan tahun, acah-acah pulak nak warning orang.

"Tah kau! Gila" Hana menyokong rakannya itu, dia menjeling.

"Aku dah cakap dia aku punya, jauhkan diri kau dari dia!" ujar Nadia dengan yakin, confident level angkasa sia perempuan ni. Syafina dan Hana saling berpandangan, mereka menahan gelak sehingga kembung pipi masing sebelum-

"HAHAHAHAHAHAHAHA!!! FINA KAU DENGAR TAK SI LANGAU NI CAKAP APA TADI? HAHAAHAHHAHAAHAHAH!!!!" sakan Hana menghamburkan gelaknya bersama Syafina, gadis itu mengangguk perlahan dengan tawa yang terbahak-bahak.

"DENGAR WEH DENGAR HAHAHHAHAHA. NA, KALAU KITA CONFIDENT SANGAT PUN TAK BOLEH KAN? AHAHAHAHAHAH, WHAT A SHAME!!! AHAHAHAH" balas Syafina, Nadia dan rakannya yang lain sudah bengang.

"Nak gelak? Ha, gelak lah sampai mampus! Apa yang aku tahu, make sure you avoid yourself from him!" arah Nadia tegas, Syafina dan Hana menghabiskan sisa tawanya.

"Whatever, kau ingat aku kisah ke? Cikgu Qief tu, bukan dia nak kat kau pun. Just keep your dreaming sis, berangan tak salah tapi jangan over confident. Kau nampak memalukan lah, dah aku nak rehat. Jom Hana" tangan rakannya itu ditarik, Nadia mendengus kasar.

"Sial!!!" sejurus itu, tudung Syafina ditarik dari belakang. Spontan, dahi Syafina dihantukkan ke dinding.

"Fina!!!" jerit Hana, terkejut dia dengan tindakan Nadia.

"Arghhh!!!!" Syafina mengerang kesakitan, tergamam semua di situ. Semuanya berlaku di luar kawalan, darah di dahi Syafina mula mengalir.

"Weh Nad! Kau dah gila ke?!!!" soal Shasha, bahu rakannya itu ditolak.

"Dah bla lah gila, ciao!" jerit Fasha, mereka berlari meninggalkan Syafina di situ.

"Ya Allah Fina! Fina!!!" jerit Hana, pipi rakannya itu ditampar lembut apabila Syafina sudah tidak sedarkan diri.

"Fina ya Allah, tolong!!!! Anyone tolong!!!!" sekuat hati Hana menjerit, entah bagaimana kelibat seseorang yang baru saja menaiki tangga ke aras itu menarik perhatian.

"Cikgu? Cikguuu tolong!!!" jerit Hana, lelaki itu menoleh. Terkejut dia saat itu, pantas kakinya berlari ke arah pelajarnya itu.

"Ya Allah Hana, kenapa dengan Fina ni?!!" gelabah Thaqief menyoal, terkejut dia melihat Syafina yang sudah terbaring di lantai dengan tudung yang sudah dipenuhi darah.

"Nadia hantuk dahi dia ke dinding sebab gaduh pasal cikgu, cikgu please do something!!!" jerit Hana, Thaqief tergamam. Semua tu jadi hanya kerana dia?

"Astaghfirullahalazim Fina! Ya Allah, Hana awak call ambulans" Thaqief melepaskan keluhan berat, telefonnya dihulur kepada Hana. Tubuh kecil Syafina dicempung menuruni tangga, Ustaz Rahim yang ingin menaiki tangga itu ditahan Thaqief.

"Eh Qief, ya Allah kenapa ni?!!"

"Ustaz tolong saya ustaz, Fina!"

"Subhanallah! Dah jom jom kita pergi bilik rawatan sekarang, dahi dia teruk bleeding tu" arah Ustaz Rahim, Thaqief menurut. Keadaan menjadi huru-hara, semua pelajar di situ memandang mereka. Syafina dibawa ke hospital sebaik saja ambulans sampai, ibu bapa Syafina juga telah diberitahu.

"Qief, apa jadi ni?" soal Amir, pelik juga dia.

"A-aku tak tahu" Thaqief bersandar ke dinding, wajahnya diraup kasar.

"Aku takut apa-apa jadi kat Fina Am..." rasa bimbangnya diluahkan, sungguh dia risau akan keadaan Syafina saat itu.

"Doa yang baik-baik Qief, In Sya Allah dia tak apa-apa" balas Amir, bahu rakannya itu diusap perlahan.

🍒 B E R S A M B U N G 🍒

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Hii ,

Stay tune ! 🐝

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Thankyou ! ❤

Sincere ,
hanaakhairul

Hati Untuk Cikgu Onde histórias criam vida. Descubra agora