30 - M E E T 👀

Start from the beginning
                                    

Cikgu ingat saya ni apa? Patung tak ada perasaan? Apa yang cikgu buat, beri kesan besar dalam hidup saya tau tak! Hanya kerana cikgu, saya terpaksa jauh dengan keluarga saya, kawan-kawan saya, saya hilang semuanya dan yang paling penting-... saya hilang diri saya yang dulu. Dah dah lah seksa saya macam ni, saya penat... Saya dah terlalu penat nak hadap, tolonglah pergi. Kalau cikgu rasa maaf cikgu ni boleh ubah hati saya, cikgu silap.

Saya tetap tak kan balik pada cikgu, hati saya dah mati. Saya memang dah lama maafkan cikgu, tapi untuk cintakan cikgu macam dulu- saya mintak maaf, saya tak nak seksa diri saya lagi" Syafina meluahkan segala rasa, sangkaannya untuk hidup bahagia di situ benar-benar meleset. Airmata yang laju mengalir diseka, dia marah orang tapi dia yang menangis.

"Fina saya tahu saya salah, tapi saya betul-betul mintak maaf. Percayalah, saya cintakan awak Fina. Kalau tak saya tak kan tunggu awak balik selama ni, cakap je lah apa pun dan saya akan buat demi dapatkan cinta awak semula. Saya merayu sangat, tolonglah terima saya macam dulu. Saya janji saya akan sayangkan awak sepenuh hati, saya tak kan seksa hati awak lagi" akhirnya mulut berbicara meluahkan rasa cinta, Syafina pula tersenyum sinis.

Cinta?

Huh, dusta.

"Simpan je lah ayat manis cikgu tu, saya tetap tak kan balik pada cikgu. Daripada cikgu menagih kasih dekat sini, ada baiknya cikgu jaga je lah wife dengan anak cikgu tu elok-elok" balas Syafina, hanya tatapan benci yang diberi buat lelaki itu.

Thaqief berkerut dahi.

Isteri?

Anak?

"Fina awak cakap apa ni? Since when saya-"

"Eh dah lah, saya semak tahu tak! Tak cukup ke cikgu sakitkan hati saya sejak dulu lagi? Berhenti cari saya, biarkan saya hidup bahagia sendiri. Selama cikgu tak ada ni pun, hidup saya tenang"

"Fina..." Thaqief mengeluh, sungguh dia berharap gadis itu memberinya peluang.

"Cikgu balik lah, keadaan akan bertambah teruk kalau cikgu dekat sini. Saya merayu sangat tolonglah balik, tadi cikgu cakap apa? Cikgu cintakan saya kan? Buktikan cinta cikgu tu dengan biarkan saya cari kebahagiaan saya sendiri, hidup saya akan lebih tenang tanpa kehadiran cikgu" Syafina bertutur tegas, sikit pun dia tidak kesiankan Thaqief.

"Tengok muka cikgu pun saya tak nak sekarang ni, saya sayangkan diri saya. Cukup-cukuplah cikgu seksa Syafina yang dulu, saya tak kan biarkan cikgu seksa Syafina yang sekarang. Pergilah balik, jangan jadi bodoh kerana kesalahan sendiri"

Lelaki itu menunduk, dia mengangguk lemah. Perih telinga mendengar, perih lagi hati menerima. Benar gadis itu betul-betul mati rasa untuknya, tiada sikit pun ruang untuknya bertakhta di hati Syafina seperti dulu. Tepat pada masa, Ayra keluar dari rumah dan berlari ke arahnya.

"Daddy, are you ok?"

"Ayra, kita balik ye" tubuh Ayra didukung, budak itu mengangguk.

"Kalau awak dah cakap macam tu, saya terima. Tapi percayalah Fina, saya cintakan awak. Saya sayangkan awak, saya menyesal dengan apa yang saya buat. Saya tahu saya dah buat silap besar, saya tahu saya tak patut hina awak macam tu. Saya balik dulu, assalamualaikum" Thaqief melangkah pergi bersama Ayra, Syafina terduduk melutut di situ.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now