24 - M O V E 🚗

Start from the beginning
                                    

"Niaa, kalau ada masalah selesaikan. Bukannya lari, pindah sekolah ni tak selesaikan masalah tau" ujar Puan Lina, Syafina diam.

"Siapa buat Niaa? Bagitahu abang, biar abang bantai dia!!!" Mikael mencelah, semua memandangnya dengan riak wajah menjengkelkan. Mikael tersengeh, bagi idea je pun nak marah.

"Masalah hanya akan selesai kalau Niaa pindah, semuanya akan kembali asal kalau Fina tak jejak kaki dekat sekolah tu. Please ma ba, faham Niaa. Nothing else I want, Niaa pindah sekolah. Tu je, I promised I'll fix everything" pujuk Syafina, sungguh dia berharap kedua ibu bapanya mengizinkan.

"Kalau pindah, Niaa nak duduk mana? Hostel? Kalau baba masukkan Niaa dalam MRSM nak?" soal Encik Khairil, laju Syafina menggeleng.

"No need ba, N-Niaa tak nak masuk hostel" jawabnya, asrama? Tak mungkin sama sekali!

"Habis tu?"

"Niaa nak pindah kampung Maktok, Machang. Boleh?" soal Syafina, buat sekian kalinya Encik Khairil berpandangan dengan isterinya.

"Nak jadi abang dia pulak dah, merajuk dengan baba sampai pindah rumah Maktok" perli Miaa, semua tergelak. Ingat pula kisah dulu, Mikael dihantar ke rumah Maktok kerana perangainya yang tidak rupa orang. Mujur saja neneknya itu garang, akhirnya mampu juga dia dibentuk menjadi orang.

"Diam ar" Mikael menjeling.

"So... how?" soal Syafina.

"Kalau itu yang terbaik, why not?" balas Puan Lina, muncul senyuman di wajah Syafina.

"Thanks ma! Niaa sayang mama, baba?" soal Syafina lagi, wajah bapanya dipandang.

"Hm kalau pindah rumah Maktok, baba tak kisah. Asalkan, Niaa tahu keputusan ni terbaik untuk Niaa. Weekend kita gerak ke sana, Niaa sekolah dulu esok since esok pun last day kan. Pasal permohonan pindah sekolah tu, biar baba settle kan" jawab Encik Khairil, tersenyum lebar Syafina dibuatnya.

"Alhamdulillah, terima kasih baba mama! Niaa janji Niaa tak kan sia-siakan peluang baba mama bagi ni, Niaa akan belajar baik-baik dekat sana. I love you guys!" Syafina berlari menaiki tangga ke bilik, bersyukur dia saat itu. Namun walau senyumannya melebar, hatinya tetap berdarah. Bukan mudah untuk dia lupakan semua kenangan, namun dia perlu kuat untuk diri sendiri.

🐢🐢🐢

KECOH satu kelas itu mendengar berita Syafina untuk berpindah, bermacam-macam ucapan diterima. Segala tangisan, gelak tawa mereka bercampur dalam satu masa. Tiada lagi usikan Syafina, gelak tawanya bagai pontianak di dalam kelas itu. Semuanya bakal tinggal kenangan, beberapa orang juga ada memberi hadiah padanya buat kali terakhir.

"So sekarang dah pukul 2, aku kena balik and- yaaa, for the last time. Bye guys, I'll miss you guys a lot" Syafina berkata dengan nada sebaknya, namun wajahnya tetap mengukir senyuman. Begitu juga yang lain, Syafina tersangatlah penting dalam memeriahkan kelas itu.

"Fina kau jangan lupa kitorang tau, no matter what kita masih boleh contact each other kan? Kau jangan hide status dari aku tau, jangan unfollow, jangan block! Tau tau" panjang lebar Hana memesan, sebagai wakil kelas 4 Sains itu.

Syafina tergelak, airmatanya diseka.

"Tak lah, tak kan lah aku nak buat macam tu... Korang belajar rajin tau semua, dengar cakap Cikgu Maya kita baik-baik" balas Syafina, semua mengangguk. Maya selaku guru kelas 4 Sains itu juga sudah sebak, tambah pula dia dan Hana tahu punca Syafina terpaksa berpindah.

"Fina, saya harap sangat keputusan yang awak buat ni betul. Saya doakan awak berjaya kat luar sana, belajar rajin-rajin. Buktikan yang awak tak lemah, tau?" pesan Maya, Syafina mengangguk. Mereka saling berpelukan, gurunya yang satu ini sentiasa memahaminya.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now