"Kau nak buat apa ni? Jangan sentuh aku!"marah Mawar. Tangan Alex yang mahu membuka kancing baju kemeja ditepisnya kasar. Alex mendengus kasar. Geram betul orang yang melambatkan kerjanya. Nasib sahaja Mawar orang yang dia cintai. Kalau tidak, sudah lama dia cekik sampai mati.

"Aku nak tukar baju kau inilah. Tak akan kau nak pakai baju ni sampai bila-bila? Basah tahu tak? Nanti kau demam pula."bebel Alex.

"Aku boleh tukar sendiri!"bentak Mawar. Dia lantas berdiri lalu beredar menuju ke arah bilik air. Main terjah sahaja pintu itu. Tidak tahu pun sebenarnya bilik air ke tidak, namun bernasib baiklah itu sememangnya bilik air. Baju serta tuala di atas meja tadi sempat disambarnya dan dibawa masuk ke dalam bilik air.

Terlopong mulut Mawar saat dia melihat dirinya pada pantulan cermin. Bagaikan dia langsung tidak memakai seurat benang. Kemeja yang basah itu melekat pada tubuhnya menampakkan bentuk badannya agak jelas.

"Tak akanlah dia nampak? Berdosanya aku! Sudahlah free hair depan dia, lepas tu seluar pun tak pakai. Kali ini seluruh tubuh aku dia nampak."keluh Mawar. Buat seketika dia menangis di dalam bilik air itu sebelum pakaiannya ditukar. Tuala dibelitkan pada pinggang ingin menutup kakinya.

"Mama dan papa mesti risau pasal aku. Dah berapa harilah aku tinggal dekat sini."omel Mawar risau akan orang tuanya. Pintu bilik air dibuka tiba-tiba oleh Alex. Mawar yang terkejut terundur ke belakang sedikit. Dada diurut tanda terlalu terkejut. Sesaat terasa sakit di bahagian dadanya.

"Auch."adu Mawar perlahan.

"Kau dah siap ke belum?"soal Alex. Lagaknya seperti langsung tiada apa-apa yang terjadi sahaja. Mawar pula sudah naik bengang.

"Kau ni dah kenapa? Dah tahu aku tukar pakaian kan, kenapa masuk juga? Dasar penyumbangleweng!"marah Mawar kegeraman. Kalaulah dia boleh karate lelaki di hadapannya ini, dia akan buat. Namun luka yang masih belum sembuh sepenuhnya pada perut dan dadanya membataskan pergerakannya.

"Ada aku kesah?"selamba Alex merapati Mawar lalu badan Mawar dicempungnya menuju ke arah katil. Terjerit Mawar seketika kemudian dia meronta ingin dilepaskan. Sekali lagi Alex berjaya membaringkannya di atas katil.

"Kau gila ke? Aku dah kata jangan sentuh aku! Tak tahu halal haram ke?"tengking Mawar. Kesabarannya sudah semakin tipis.

"Aku tak ada agama. Pendek kata non-muslim."balas Alex membuatkan mata Mawar membulat. Kalau tiada agama, macam mana mahu tahu halal haram pula?

"Jadi, kalau kau non-muslim, dengarlah apa aku cakap ni! Jangan sentuh aku. Aku pun ada agama aku sendiri. Kau tak boleh nak sentuh aku sesuka hati."ujar Mawar sedikit tenang.

"Aku yang selamatkan kau dan kau sekarang ni milik aku. Suka hati aku nak sentuh kau atau tidak."Alex menundingkan jarinya ke arah Mawar kemudian ke arah dirinya sendiri pula.

"Aku tak pernah jadi milik kau! Kau siapa sebenarnya?"soal Mawar.

"Aku? Kau tak kenal aku? Sadis betul. Aku Alex, kawan Aarash. Kau tak kenal? Dah beberapa kali kita terserempak dekat hospital."ujar Alex.

"Hantar aku balik."arah Mawar.

"Hantar kau balik? Tak akan sesekali! Kau milik aku dan kau hanya akan tinggal di sini!"suara Alex naik seoktaf. Punya lah bersusah payah dia cuba dapatkan gadis itu. Tidak akan sesenang itu dia akan melepaskan Mawar?

"Habis tu kau nak apa dengan aku? Aku nak baliklah!"bentak Mawar.

"Sesenang itu? Kau tahu tak? Susah payah aku palsukan DNA, malah palsukan mayat kau untuk tunjukkan yang kau dah mati semata-mata nak kau bersama aku!"ujar Alex.

"Apa maksud kau?"soal Mawar dengan dahi berkerut.

"Kau dah mati pada mereka. Dah tiga minggu berlalu Mawar. Mesti mereka pun dah lupakan kau."Alex mengelus lembut pipi Mawar, namun cepat Mawar menepis. Air matanya mula menuruni tubir mata. Tidak disangka sekali lelaki itu sanggup memalsukan kematiannya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang