🔥Date🔥

368 15 0
                                    

Sudah tiga hari mereka semua pulang ke Kuala Lumpur dari Cameron Highland. Sejak peristiwa hari itu, Nana sudah tak nampak Qays di mana-mana.

Entahlah! Malas nak fikir.

Sampai-sampai sahaja di rumah balik kerja tu, dan-dan masa tu juga Putra baru balik dari surau.

"Assalamualaikum kak. How's Cameron?" Nana senyum segaris dengan pertanyaan sopan daripada Putra.

"Waalaikumussalam. It was okay. Biasa je kot. Lambat balik dari surau hari ni?" Jam tangan menunjukkan pukul 10 lebih kurang. Agak lambat sebenarnya. 

"Ouh, hari ni ada ceramah. Saya berborak dengan ustaz sikit lepas ceramah tadi. Lama juga tak berjumpa ustaz kan." Putra senyum segaris. Terserlah seri di wajahnya.

Aduhai! Semua ciri-ciri a good husband memang ada dekat si Putra ni ha! Siapa yang menolak tu memang silap besar la!

Eh!

"Ouh, akak sempat pergi sekali dua kali je ceramah ustaz. Tak sempat nak pergi. Balik kerja pun macam ni, memang tak sempat lah jawabnya." Sambil-sambil itu, tangannya mengambil beg tangan dan beg berisi sample pattern baju rekaannya untuk musim raya tahun ini daripada pintu penumpang kereta.

"Ouh ya, Putra dah makan?" Nana mengeluarkan satu bungkusan beg plastik daripada keretanya.

"Err—tak sempat tadi. Balik kerja terus ke surau kan. Nak tengok dalam peti ada apa boleh masak lepas ni kalau lapar." Sambil berkira-kira hendak menapak masuk ke dalam pagar rumahnya.

"Tak payah masak! Ambik ni je, akak bungkus dari kedai depan butik akak tu. Sebenarnya akak beli untuk Elly, tapi dia balik kampung pulak lepas Isya' tadi sebab maknya tak sihat. So akak bagi awak je lah eh. Akak dah makan tadi–"

"Eh, no need lah. Boleh simpan buat sarapan esok kot–"

"Eh, tak apa. Akak biasanya tak makan benda simpan lama-lama. Perut tak berapa tahan. Awak ambik lah eh, makan kejap lagi–"

"Okay. Terima kasih." Bungkusan plastik bertukar tangan.

Nana pun mula tutup pintu kereta dan dia berkira-kira hendak masuk ke dalam rumah.

"Kak Nana, berkaitan dengan apa yang kita bincang sebelum Kak Nana pergi Cameron tu, akak dah fikir ke? Pasal date tu?" Ragu-ragu sebenarnya Putra ingin bertanya, takut-takut jika Nana menolaknya lagi. Entah di mana mukanya sekarang ini.

"Huh?" Nana buat-buat tak ingat apa. Dia tahu, tapi dia sengaja.

"Okay. Maksudnya saya yang boleh tentukan bila kita keluar kan? So esok, since esok saya day off, dan akak pun tak buka butik, so jam 7.30 pagi saya tunggu kat luar eh."

"Awalnya 7.30?"

"I gotta use tomorrow to the max. Saya ada satu hari je untuk buka hati Kak Nana. So, saya kena guna hari esok betul-betul." Putra senyum sehingga ke pipi. Terserlah keriangan di hatinya ingin mencuba sebaik mungkin untuk memenangi hati Kak Nana.

Nana hanya membalas senyum, akan tetapi senyuman itu hanya sekadar hiasan sahaja.

"Okay then. 7.30 it is. Erm, akak masuk dulu ya." Lambat-lambat Nana membalas.

Matanya melirik ke arah Putra saat dia masuk ke dalam rumah. Pintu dikatup rapat, sehinggakan tiada ruang langsung untuk angin luar mencuri masuk.

'What's happening to me?'

Mindanya sungguh terasa sangat berat untuk mengizinkan apa-apa sahaja yang bakal berlaku hari esok.

Tapi, bagaimana harus dia menolak lelaki yang baik seperti itu.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now