🔥Mimpi Ngeri🔥

1.4K 33 0
                                    

Nana pandang wajah Qays sekilas. Ya, suaminya! Pada hari kedua pernikahan mereka.


"Awak," Suara itu lembut memanggil.

"Ya, sayang!"

"Awak betul ke boleh bahagiakan hidup saya?"

Nana keliru. Sebenarnya dia masih lagi ragu-ragu. Mereka masing-masing masih muda, belum stabil kerjaya dan sebagainya. Bagaimana mereka akan tempuhi hari-hari akan datang?

"Awak, pada waktu saya jumpa awak masa kita di library dulu tu, saya dah berjanji yang awak lah yang akan jadi ibu kepada anak-anak saya." Selamba Qays cakap perkataan itu seolah-olah macam tiada apa.

Muka Nana memerah. Malu!

"Haip, kenapa blushing sangat ni, sayang?" Qays pegang bahu Nana dan mengalihkan badannya supaya berdepan dengan dia.

"Saya dah berjanji akan mencintai awak, sampai hujung nafas saya," Qays menarik Nana ke dalam dakapannya, erat. Jantung Nana berdegup-degup kencang, dan dapat dia merasakan degupan jantung Qays turut sama berdebar kencang.

Dan tirai malam pun berlabuh saat Nana merelakan....

***

Lelaki itu tersenyum.

"Aku Qays..."

Semacam terngiang-ngiang suara lelaki itu. Mimpi yang paling ngeri buat seorang perempuan yang bernama Farhana.


Argh! Bullshit, bullshit, bullshit! Kenapa aku mimpi lagi semua benda ni? Kenapa? Qays penipu tu jugak yang masuk mimpi aku ni kenapa? Bodohnya Nana kalau kau nak ingat si jantan tak guna tu! Urgh!

Nana kerlih ke sekeliling. Pukul berapa sekarang ni? Gelap lagi rasanya. Jam! Jam di dinding menunjukkan pukul—

'Whaaat? 6.50 pagi? Bermakna kelaut la Subuh kau hari ni Nana. Nana! Nana!'

Yang paling teruk, the worst adalah kenapa dia boleh mimpi ngeri lagi pasal jantan tak guna tu? Baginya, lelaki itu adalah parut paling buruk yang tak dapat dihilangkan. Ianya lebih menyakitkan daripada apa-apa sahaja luka di dunia ini.

5 years are enough, right?

'Hati, oh hati! Tolong la lepaskan kenangan paling pahit tu.' Doa Nana setiap hari, bagaikan mantera yang sudah lazim di hatinya.

Setahun sahaja kisah mereka. Tapi kenapa 5 tahun yang perlu dia bayar untuk hadapi mimpi ngeri tu di setiap malamnya?

Cukuplah!

Sudah!

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now