🔥Panggilan dari Farah🔥

298 18 1
                                    

Okay, so this is gonna be a very short one. Sorry for the longing. Eceh...I was preparing myself for a very big thing from the time I stopped writing the last chapter. So I got distracted for a little while. And thanks God this is not under some ties like the webtoon whatsoever, or else I'll get a scolding for sure. So, he goes. Enjoy!

----------------------------------------------------

Baru sahaja Qays ingin terlelap daripada lenanya usai Isya' tu, ada panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Ragu-ragu dia menjawab.

"Hello?"

"Hello, boss! Farah ni! Boss sihat? Boss busy ke ni? Ke boss dah nak tidur?" Suara ceria di hujung talian tu. Qays tersenyum. Lama dah tak dengar.

"Farah. Sihat alhamdulillah. Tak busy, belum tidur. Awak sihat? Lama tak dengar khabar." Qays bangun daripada pembaringannya sebentar tadi. Senyuman masih tak lekang daripada bibirnya. Long time!

"Sihat. Sangat sihat, boss. I've gained weight tau duduk rumah lama macam ni. Dah macam mommy bear dah. By the way, saya dengar daripada budak ofis, boss dapat offer manager cawangan baru. Betul ke?" Nada ceria macam biasa. Tapi dekat-dekat hujung tu, nada Farah lain sikit, bukan ceria.

"Ouh, awak dengar ke? Ha'ah. Dalam sebulan dua ni lah kot saya kena pergi. Get ready je ni, sebab date tak fixed lagi. Tunggu surat confirmation la." Qays masih bernada biasa.

"Lah, ye ke? Kalau macam tu, saya nak bagitahu boss dulu la. Boss ingat tak dulu saya cakap kalau saya dapat kerja dah, saya nak belanja boss?"

"Eh, awak dah dapat kerja ke?" Qays termakan umpan yang Farah beri tadi.

"Yup. Of course. Company belakang ofis tu..."

"Wow! Tu company besar jugak tu,"

"Yup, thanks for the recommendation letter yang boss buat, senang je saya nak dapat kerja sana. Paling best sebab belakang company lama je. So boleh la nanti lunch dengan orang ofis kita. Rindu diorang."

"I'm glad that you made it. Like I said, you've got a lot of potential."

"Thanks boss. Banyak tolong. Eh, pasal saya cakap tadi, jom la boss. Saya belanja makan. Nanti saya ajak Kak Zara dengan Kak Elina. Encik Farid pun boleh juga. Dengar cerita, isteri dia dah pregnant kan?"

"Wah, laju betul kamu ni bergosip. Saya tak tahu apa pun. Farid tak bagitahu saya pun. Hmm...sejak dia lain department ni, saya payah nak jumpa dia. Orang dah naik pangkat kan."

"Saya ada dengar jugak. Takpe, nanti saya panggil la beberapa orang yang terdekat. Saja je nak lepak-lepak."

"Okay, Farah. Nanti bagitahu la date, time, venue."

"Okay boss. See you soon!"

Talian dimatikan.

Qays tersenyum. Budak bertuah tu dah dapat kerja. Baguslah!

Dan bila Farhana akan memberi keputusannya yang muktamad? Bersedia atau tidak dia? Persoalan yang Qays sendiri tak dapat nak temui jawapannya.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now