🔥Million Reasons🔥

403 21 0
                                    

Selepas makan petang a.k.a makan malam tu, Putra dan Zikri dah balik semula ke rumah. Dan mereka sudah puas bersoal jawab dengan Mak dan Bella.

Dah terjawab persoalan mereka kenapa Nana panggil Bella tu Bella je instead of kakak. Sebab mereka beza setahun je. Dah daripada kecik dok beraku kau, last last jadi macam tu la. Nana kahwin dulu, dan Nana pun lebih nampak matang sikit dari Bella. Tapi muka, sama lebih kurang je.

Dan pagi esoknya,

"Aku rasa kau dah dengar dari Mak kan? Pasal aku nak cerai..." Bella yang memulakan.

"Hmm..." Senafas je.

"Macam mana aku nak cerai? Aku kena isi borang ke macam mana?"

"Dah kenapa kau nak cerai? Nak ikut menjanda macam aku?"

"Kau jaga sikit mulut tu boleh tak? Aku datang sini bukan nak cari gaduh..."

"Rileks arr. Aku tanya je kan? Dah kenapa kau nak cerai? Anak-anak kau macam mana? Kecik lagi budak berdua tu..."

"Aku nak jaga Umar je, biar dia jaga Fatimah!"

"Sanggup? Tapi kau tak jawab lagi soalan aku. Apasal kau nak cerai? Bukan dia tu suami mithali ke?"

Lama soalan tu dibiarkan berlalu.

"Aku...aku tahu aku salah dulu sebab aku tuduh kau macam-macam. Aku ingat kau sengaja nak rampas dia masa kau menjanda dulu. Dia kan suka borak-borang dengan kau..." Bila masa?!

"Aku ni...mungkin la adik yang teruk gila la kan, tapi setakat teruk-teruk aku, tak pernah lagi aku nak ambik laki orang, lagi-lagi suami akak aku. Kau tahu tak bila dia borak dengan aku, benda yang dia borakkan tu semua pasal kau. Pasal kau membebel itu ini... Dia penat nak dengar semua benda. Tapi, ada aku cakap semua tu dekat kau? Tak! Sebab aku nak jaga hubungan kau. Sebab aku tahu kau ego, tak boleh terima pendapat orang lain..."

"...kau sibuk cakap aku nak dekat laki kau padahal sikit pun aku tak ada hati dekat laki kau tu. Kau jaja pulak keliling kampung suruh diorang jaga laki masing-masing sebab kononnya aku sibuk nak menggatal dengan laki orang!" Nana memang lama menahan marah. Dari dulu dia simpan! Kakak dia ni cepat memberi hukum.

Tangan Bella mula memegang tangan adiknya.

"Na...aku minta maaf pasal semua tu...sekarang ni aku dah tahu dah perangai dia yang sebenar. Dia curang belakang aku... Dia kahwin senyap-senyap! Rupanya, dia dah lama dengan perempuan tu. Bila perempuan tu dah mengandung, baru dia nak kahwin Na..." Tersedu-sedan Bella meluahkan. Dia nak meluahkan dengan siapa lagi? Dia ada Mak dengan Nana je, yang boleh terima dia seadanya.

"Huh? Serius lah?" Aku sendiri pun tak percaya.

"Aku baru tahu semalam Na... Perempuan tu telefon aku. Dia bagi gambar wasap diaorang berdua. Aku gaduh besar dengan Zamir. Aku ambik kunci, terus tinggalkan rumah tu. Sekarang ni, aku tak tahu nak buat apa. Aku nak cerai je sekarang ni..." Tak pernah Nana melihat Bella serapuh ini! Benar lah cakap Mak bila Bella menangis tak berhenti semalam. Boleh percaya!

Bella melepaskan segala tangis di bahu adiknya, Nana. Punah! Semua harapan dia untuk bahagia dengan Zamir punah. Ya, dia akui Zamir sangat romantis dan ada-ada, tapi semua tu rupa luaran sahaja!

Nana memeluk Bella kejap. Besar juga dugaan kakak dia kali ni. Dulu, gaduh biasa-biasa je. Ini, teruk nampaknya.

"Kau try tanya dia ke tak? Zamir...dah tahu ke yang kau tahu pasal semua ni? Tak nak dengar penjelasan dia dulu?"

"Nak dengar apanya lagi, Na? Dia curang belakang aku! Dia dengan perempuan tu..." tak sanggup lagi dia meneruskan, sempat disambung oleh tangisan yang berpanjangan sahaja.

Tiba-tiba, Mak melangkah masuk dari pintu bilik.

"Bella, Zamir telefon Mak ni. Kamu nak cakap tak?" Muka Mak pun nampak bengangnya. Dia memang memihak pada anaknya kot-kot mana pun. Tapi, dia sendiri pun tak dengar lagi dari sudut sana kenapa boleh curang.

"Tak nak!" Laju Bella menjawab.

Bella masih menangis. Nana pandang ke Bella, kesal. Tak matang nya! Eh! Kau matang sangat la tu, Na!

"Mak, biar Nana cakap dengan Zamir... Kau bagi aku cakap dengan dia tak ni, Bella?" Bella angguk perlahan. Ya, sekarang dia dah percaya pada Nana.

Telefon bertukar tangan.

"Ni Nana..."

"Nana, tolong lah bagi aku peluang cakap. Bella salah faham tu..." Cemas suara di sana.

"Okay, speak..." Tenang.

"Perempuan tu tak ada apa-apa dengan aku. Sumpah! Memang dia banyak kali cuba goda aku kat office, kat mana-mana lah, tapi aku tak pernah tergoda. Serius! Sumpah! Wallah! Gambar yang dia bagi, semua pengakuan yang perempuan tu bagi, semua palsu. Aku tak tahu pun yang dia mengandung, entah anak siapa! Aku sendiri pun tak pernah buat la dengan dia! Kau fikir aku lelaki macam mana? Aku sayang anak bini aku lah!" Zamir nampak sangat-sangat defensive.

"Okay! Tenang! Kau ada nombor perempuan tu?" Senada je Nana bertanya.

"Ada! Dia selalu contact aku kat wasap, tapi aku sumpah tak pernah reply pun! Aku saman perempuan tu nanti! Dasar betina jalang betul! Ada je yang nak rosakkan hubungan keluarga aku! Aku peliklah!"

"Zamir! Sabar jap...bagi aku settle...bagi nombor perempuan tu dulu! Aku letak ni eh..."

Klik!

Satu wasap yang tertera nombor masuk.

Cepat sahaja Nana mendail.

"Hello, hai! Selamat pagi! Saya Farhana daripada Rayna Boutique. Saya dapat contact Cik Dira daripada client kami. Macam ni, saya dengar Cik Dira ada buat part-time modelling. So, boleh saya berjumpa Cik Dira ke untuk tanya lebih lanjut? Hari Rabu ni? Baik, saya akan prepare contract untuk Cik, kalau Cik setuju, boleh terus proceed ya. Baik, terima kasih!"

"Naaa....kau nak offer dia kerja buat apa? Aku sakit hati dengan dia, kau boleh bagi dia kerja pulak..."

"Sabar lah, aku jumpa dia nanti, aku cuba korek dari dia. Kau relaks je."

Bella terdiam, membiarkan sahaja Nana nak buat apa.

Dan semuanya buat Nana terfikir.

Kenapa dia dan Qays bercerai dulu?

Banyak sebabnya.

Terlalu banyak.

Banyak sebab kenapa dia perlu mengakhiri sebuah perhubungan itu. Walaupun dia sendiri akui, sayang dia juga melebihi segalanya.

Tapi terlalu banyak. Million reasons!

Dan tak lama lagi, aku akan cuba cari reason kenapa perlu wanita itu mencari peluang untuk bahagia di atas airmata wanita yang lain.

Kerana salah satu sebabnya, Qays juga cuba mencari bahagia dengan wanita lain di atas airmata dia. Yang dia sendiri pegang, tak ada siapa yang tahu. Itu aib bekas suami yang dia perlu jaga.

----------

Comment if you guys think should there be improvement.

Haha.

Love y'alls 😘😘😘

Darah Muda ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum