🔥Farewell🔥

451 24 0
                                    

Keadaan riuh-rendah bagai apa. Yelah! Satu department yang bawah jagaan Qays berada di situ. Farah geleng kepala sahaja tengok keadaan macam kelas yang cikgu tak masuk lagi.

Well, it is not such a bad idea to have makan makan here at KFC, right?

Actually, Qays ada tanya mereka yang lain nak makan di mana. Tapi memandangkan tak ada siapa yang berani bertentang mata dengan dia apatah lagi nak mencadangkan idea untuk bos singa tu, they ended up here la kat KFC. Tu pun cadangan Qays sendiri dan semua yang lain pun ibarat macam kena paksa sahaja menurut kehendak Qays.

Bila bos singa masuk sahaja ke kawasan tempat duduk mereka yang agak ala ala dalam bilik meeting tu, keadaan serta-merta bertukar jadi senyap. Boleh la kata macam malaikat lalu.

Qays boleh perasan change of atmosphere tu.

"Dah kenapa senyap? Ada malaikat lalu ke?" Kot dia sangkut di kerusi yang tersedia untuknya. Qays duduk di atas kerusi sambil melipat lengan bajunya.

No kidding, it's uncomfortable. It's 6.30pm kut! Sape je yang masih okay dengan bau dan segala mak nenek ketidakselesaan yang melanda. Tapi demi Farah. Ni farewell Farah. She would leave the company soon. Intership dia dah berakhir. Tinggal submit paper, dan tralala....graduation and finding a workplace to kill her ample time.

Selang beberapa minit, Qays bangun daripada tempat duduknya. Dia berdiri, mengharapkan perhatian ditumpukan kepadanya. Well, sememangnya tumpuan memang kepada dia sahaja daripada awal tadi.

"Good evening semua. Sebenarnya some of you might notice that soon, Farah akan pergi daripada company kita, so this one is for her. Terima kasih Farah atas apa yang awak pernah beri kepada company ni. And for your information guys, makan puas-puas sebab hari ni Farah belanja kita semua makan. So dig in!!!" semua bersorak apabila Qays tersenyum. Maknanya bos singa mood tengah baik.

Keadaan boleh lah kata meriah. Dan Farah pun sibuk berborak sini sana. Kebanyakannya bertanyakan Farah lepas ni apa plan dia, nak kerja dalam bidang bagaimana, dan ramai la mula mengersyorkan itu ini. Bagi Farah, dia okay je. Kecuali boss singa tu.

Kesian boss singa tu berdiam diri sorang-sorang. Kesian sebenarnya dekat boss ni. Dia fun je, but nobody noticed that. Dan sebab lain pangkat, jadi tak siapa berani nak reach out dengan boss ni.

Qays sudah kenyang. Dia perhati sorang-sorang punya attitude. Macam ni rupanya anak-anak buah dia bila lepas pejabat. Masing-masing mulut riuh macam apa. Kalau dalam ofis, diam macam kena tape mulut tu.

"Boss..." Farah ambil tempat di kerusi kosong sebelah Qays.

Qays pandang ke dia sedikit terkejut. Kantoi dok perhati budak budak ofis sorang sorang tadi!

"Mungkin tak seberapa, boss. Tapi hadiah ni saya memang plan nak bagi boss. Ni sebab boss dah banyak kali tolong saya adjust and adapt dekat company ni. Sebab boss dah banyak ajar saya macam mana nak work under pressure. Boss ajar saya basic things on survival. Seriously, banyak saya belajar dari boss. Dan saya yakin, kat mana mana pun saya takkan dapat boss baik macam boss dah." Tergelak sekejap Qays mendengarkan luahan hati Farah tu.

Dan Farah tu pun memang budak baik. Itu yang dia tak berapa nak garang-garang sangat.

"Dan, kalau ada vacancy dalam pejabat, boss contact contact la saya. Saya boleh interview.." Farah sengih.

"Ha, ye lah. Baik-baik grad. Jangan kahwin lagi baik lepas grad. Nak kahwin tu, tunggu lepas kerjaya stabil dulu." Pesan Qays ikhlas. Berdasarkan pengalaman dia...

"Nak kahwin macam mana dah kala lelaki tu tak nak kahwin lagi...hmm..." Farah pandang ke Qays.

"Bagus lah tu. Dia nak bagi stabil dulu kerjaya. Tak terkejar-kejar."

"Masalahnya dia tu dah stabil.." Farah pandang lagi ke Qays tepat ke wajahnya.

"Takpe la. Yang pasti, awak tu bagi stabil kerjaya awak dulu.."

Farah sedikit geram. Boss ni lambat pick up la. Pape la boss. Jumpa nanti kalau ada jodoh!

Darah Muda ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora